CARA PALING MUDAH HENTIKAN LANGGANAN UNIFI | Baru – baru ni Cikza dapat panggilan dari debt collector lah katanya, ada hutang dengan TM Unifi RM 700++ maybe my mistake lah sebab salah satunya terlupa pulang modem, sibuk sangat lah pindah rumah waktu tu. Beberapa hari lepas, Cikza dapat satu panggilan dari debt collector, suruh selesaikan pembayaran harini jugak. RM700 dan pemulangan modem tidak diperlukan. Eh! Terkejut jugak tapi cool. Yang best di tanya kita balik selama 2 tahun kenapa tak balik kampung ke untuk ambil modem. Eh! Hal dalam kain pun nak di tanya jugak ke.
Akta Peribadi Perlu Berkongsi Kepada Orang Ketiga Ke?
Sudahnya! Cikza hamun bagitahu, nak buat report polis, sebab Akta Peribadi pun nak di tanya jugak ke, sebab Cikza tahu, di belakang tu ada satu suara yang seakan beri skrip yang mengarahkan. Bukan apa, bila terkena kes macamni, korang jangan panik, layan jer percakapan macam biasa.
“ Oooh! Ini rupanya company debt collector menang setiap tahun pemungut hutang paling berjaya, eh! Sebelum panjang cerita lagi, sis dah google dah company u all, melayu kita punya jugak..”
Lepastu, dia nak hamun kita, dan katanya nak buat follow up call nak tahu perbulan kita dengan pegawai TM. Tapi lepas Cikza terus ke TM berhampiran, rupanya senang mudah dan pantas je. Pegawai tu banyak membantu, dan siap beritahu lagi, selagi tak pulang modem memang akan ada cas pun. Maka Cikza pun bagi satu beg dari Modem TM Unifi tu sampailah dekoder Hypp TV. Pegawai TM siap beritahu, nak modem sahaja, Tapi Cikza pulang satu set terus semuanya. Puas Hati!

Cara -Cara Nak Terminate Unifi TM Point
- Buka Website TM untuk bertanya dekat mana TM Point Yang boleh kita hantar modem, ( Tak semua TM Point Yang terima Pemulangan Modem tau. )
- Terus ke TM Point, Isi Borang, biasanya pegawai TM isi dari PC dan terus print. Kita just beri kad pengenalan dan Tanda tangan sahaja.
- Bayar Bil Tunggakan ( Jika Ada ) Jika Ada sekalipun, korang boleh bayar secara ansuran, walau sekecil RM 50 sebulan.
- Terus pulang Modem, aku terus pulang satu set router dengan Hypp Tv Unifi sekali dah alang-alang bawa sekali kan.

Jadi kalau korang rasa tak yakin, boleh terus ke pejabat TM Point berhampiran. Jika korang tamatkan Unifi sebelum kontrak habis, Penalty RM2000 akan di kenakan, Harga tu termasuk modem jika tak di pulangkan RM500. Jika ada reason yang cukup, maka dorang akan waived kan penalti kita tu.

Lega rasanya dah pulang modem, next satu kerja nak dengar pulak makian debt collector selagi tak habis hutangnya tu. Rileks dan Chill je sebab boleh bayar secara ansuran, dah tak banyak pun tinggal RM 200 lebih sahaja. Jadi selagi tak habis bayar, maka debt collector akan call kita setiap hari. Fuh! Pening.

Jadi kalau korang ragu-ragu lagi, boleh terjah TM Point yang berhampiran. Tapi kena ingat seperkara lagi, yang tak semua cawangan akan terima pemulangan modem tu tau. Ada sesetengah tempat sahaja. Yang pasti Cikza dah rasa lega, dan sangat lega. semoga dipermudahkan urusan Cikza selepas ni.
nk tnye..lps terminate kann kne hntar modem dlm masa 7 hari..klau lmbat pulang brape kne penalti..rm500 tu ke
yup betul, tapi kan saya bertahun lewat hantar. macam biasalah debt collector nak caj lebih, pergi TM, staff yang incharge tu bagus, cuma beritahu je. takde nak marah-marah,
apa reason yg cukup utk diorang waived kan penalty rm500 tu?
Walau bagaimana pun, kena serahkan juga one set modem tu. Kalo tidak tetap kena waived penalty rm500 tu.
Salam CikZa, macam mana nak tangani debt collector yang call kita hari2 tu. Kalau contohlah dorg keluarkan message mengatakan nak buka kes ni & bawa ke mahkamah kita kena bayar habis ke jumlah fee termination tu walaupun kita ada buat bayaran secara ansuran? Stress kekadang x paham bahasa betul debt collector ni. Dh kata kita x kerja lagi ditekannya kita suh bayar habis.
Sebenarnya depa gertak je, dun worry buat bodoh dan teruskan bayaran sampai habis. Kalau susah, pergi TM sendiri. Discuss cara pembayaran setiap bulan, simpan detail nama pegawai yang berjumpa tu, bila depa call semula bagitahu kami dah dsscus dengan TM mengenai pembayaran bulanan sebegini. dan ada bukti bertulis sekiranya perlu.
lepastu kalau rbut jugak. Saya akan adukan kepada tm sbb awak hanya syarikat debt collector dilantik oleh TM sahaja. biasanya seminggu depa akan call 2 kali sahaja yang boleh hanya pada waktu bekerja.
salam nak tanya. akaun unifi saya ada tunggakan 3 bulan dari Nov22-Dis22. baru ni nk buat bayaran tunggakan bila semak rupanya akaun dah kena terminated dgn tm. bila call tm, mmg xkan dpt hidup balik akaun dan saya akan dikenakan penati baki 14 bulan kontrak. since mmg xde cara nk hidupkan semula akaun dan continue bayar smpi hbs kontrak, utk bayaran penalti mmg boleh runding bicara ke utk bayaran bulanan serendah rm 50 tu dgn tm ye? on call mmg customer services suruh ke cawangan tm point centre. dan bila kes mcm ni mmg saya siap2 kena bawak modem ke utk pulangkan ye?
Salam Cikza, nak tanya apa maksud “unbill miscellaneous” dlm penyata bil tu?. Sbb sy baru je terminate unifi semalam.
Yang tu cikza tak sure tapi boleh rujuk TM untuk keterangan lanjut.