5 Delicious Fast Food Items To Order In Malaysia  | Restoran Makanan Segera atau Fast Food memang sangat popular untuk mereka yang berada di bandar besar sebagai contoh di Kuala Lumpur ni. Rata-rata sanggup beratur untuk dapatkan set makanan ringan untuk alas perut. Kadang-kadang mereka yang bekerjaya ni tiada masa untuk masak kadang terus meluru ke Restoran Makanan Segera yang berhampiran.

Baca : 10 Delicious Fast Food Items You Can Only Order In Malaysia

Sebenarnya Fast Food ni, memang menjadi kegilaan pilihan dari budak kecil hingga golongan yang dewasa. Zaman sekarang semuanya nak pantas, hinggakan sanggup drive-thru semata nak dapatkan set hidangan makanan yang di pesan. Macam Cikza sendiri memang dibesarkan dengan makanan tu, bila mak ayah sibuk bekerja. Tapi sekarang ni semuanya semudah hujung jari sahaja. Meh baca sampai habis fast food pilihan Cikza. (Sebab tu Kita Makin Montel)

5 Fast Food Delivery Malaysia Items Yang Menjadi Pilihan 

Mc Donald Malaysia

Ini Menjadi Pilihan Cikza, sebab banyak pilihan burger yang boleh kita pilih disini, Cuma Kalau nak compare Ayam Goreng McD dan KFC, ini menjadi pilihan pertama Cikza sebab suka kepedasan Ayam Goreng McD ni. Dan Burger Yang Menjadi Pilihan adalah Set Fillet Fish didatangkan dengan satu jenis air, dan kentang goreng.

Kentucky Fried Chicken (KFC)

Menjadi Pilihan kedua Cikza sebab ada pelbagai pilihan ayam dan variasi burger yang ada beberapa pilihan boleh korang pilih. Jika berkesempatan ke KFC hidangan utama Cikza adalah ZInger Burger, Nugget Ayam tapi kalau korang nak tahu, Nuget ayam KFC ini menjadi pilihan pertama Cikza berbanding McDonald’s sebab Cikza akan minta Cheezy Wedges Sauce Mayo tau. Memang Padu. Selain tu, Whipped Potato dan Cheezy Loaded Potato Bowl menjadi pilihan pantas jika drive thru.

Dominos Pizza

Antara yang menjadi pilihan pertama jika memilih makanan beasaskan Pizza, Tapi yang menarik Domino’s ni adalah topping dan roti pizza tu. Yang penting menjadi pilihan Cikza adalah Chicken Pepperoni dan Chili Cheese Burst, memang padu tak terkata, di tabur pulak dengan Chili Flake tu memang terbaik. Roasted Chicken pun wajib korang cuba memang sedap.

Pizza Hut Malaysia

Kalau Pizza Hut ni menjadi pilihan terakhir Cikza, sebab topping dan spagethi carbonara yang menjadi pilihan. Berbanding Domino’s yang meletakkan roti pizza sebagai utama menjadi pilihan. Tapi jika berkunjung ke sini, Cikza akan memilih untuk menu Spageti Carbonara dan Meatball Bolognaise memang sedap dan padu. Lepastu ada pulak Mushroom Soup perghh!

Subway Malaysia

Kalau dah bosan makanan segera 4 diatas tu, Yang terakhir Subway menjadi pilihan Cikza. Ini pun memand padu sangat tau. Steak Daging, Tuna Dan Chicken Tandori menjadi pilihan. Lepastu Roti pulak, Oregano Wheat Bread memang sedap. Dah bayar dalam satu harga, korang pilihlah sayur apa yang ada jangan di tolak termasuk sos-sos yang ada.

Kesemua Diatas adalah kesemuanya pilihan Cikza sendiri mengikut CItarasa tekak bangsawan ni. Kadang kalau korang takde bajet, last choice boleh letak KFC sebab semua harga adalah on bajet kita pun. Tapi sebenarnya makan seorang memang takde feel, Kebiasaan kami akan kutip order dan terus beli untuk makan ramai-ramai baru seronok.

Food Panda Malaysia Menjadi Pilihan Cikza

Nak jimat masa, Cikza sentiasa menggunakan perkhidmatan Food Panda ni, boleh dikatakan setiap hari jugaklah penggunaan Apps ni. Selain menjimatkan masa, rasanya Apps ni sangat memabntu buat mereka dengan menjimatkan minyak, pendek kata korang order tanpa perlu beratur panjang tau. Cuma order dan tunggu pesanan korang sampai lah ye.

Kalau korang nak tahu, setiap ceruk ada je perkhidmatan Food Panda ni, Jangan korang tak tahu, kawasan kampung pun dah ada Food Panda ni tau. Lepas ni, kalau nak buat party makan ramai-ramai rasanya dah memudahkan kerja korang. Bukan apa, hanya perlukan line internet sahaja. Caj penghantaran adalah bergantung, Kalau dekat mereka akan kenakan penghantaran secara percuma.

Hungry Atau Lapar ??

Fast Food Delivery Malaysia Kan Ada!

Semudah Hujung Jari Sahaja Tau!

 

 349 total views,  2 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge