Aku Chemical Pregnancy Rupanya | Alhamdulillah, pembuka tahun 2020 ada berita gembira, tapi sekejap pun dah kira syukur. Setelah disahkan , Cikza baru berani nak bukak mulut sebenarnya. Selagi tak sahih, selagi tu kena cari ilmu lagi dahulu. Berita Kehamilan, siapa tak gembira, Cikza dan suami dah 3 tahun, tapi dikalangan sahabat Cikza ada yang dah hampir 8 tahun. Itu lah kekuatan Cikza sebenarnya.
Jika sebelum ni, Cikza dah 3 kali on Clomid dan alami pelbagai kesan sampingan, namun masih tidak berjaya. Tapi atas sebab kewangan, Cikza hold dulu rawatan ke stage seterusnya. Dan berbincang dengan suami, yang nak cuba hamil secara natural sahaja. Bermula 3 bulan pertama Cikza fokuskan pada kitaran haid terlebih dahulu.
Kitaran Haid Tak Teratur
Yes! memang kitaran haid Cikza masih lagi tidak teratur, tapi cara Cikza Rancang Kehamilan Selepas Keguguran kini di praktik semula. Maklumlah Umur pun dah 34 tahun. Itupun dah cukup risau bagi Cikza. Semakin umur ni meningkat, hormon dalaman kita semakin bercelaru. Namun kalau korang nak tahu, Kerana D-folia Dan Sedu Arrow lah yang menyelamatkan Kitaran Haid Cikza kembali normal. Tapi kalau tak ambil, mulalah gelong semula.
Berbalik pada cerita tadi, tarikh Cikza period hari pertama adalah 27 Disember 2019, setelah dibuat kiraan, anggaran waktu subur Cikza sekitar CD 12 – CD 19, tapi ovulasi pula sahih pada CD ke 18. Cara kiraan nanti Cikza tunjuk pada next entri seterusnya. Sepanjang Fertile Window, hati sentiasa berdoa agar dipermudahkan urusan bulan ni. Jom Cikza kongsikan simptom bermula dari DPO by DPO
OPK Positif Pada DPO 5
Sepanjang DPO memang Cikza tak buat BBT pun, tapi Cikza boleh agak sendiri, namun badan kita, hanya kita lebih mengetahui betul tak? Pada mulanya memang frst jugak sebab frasa Fertile Window day 1- 3 Cikza mula demam. Waktu tu fikir takpelah mungkin bukan rezeki. tapi :-
- DPO 1
- Demam / Cramping / Sakit Kepala / Creamy CM
- DPO 2
- Demam / Cramping / Sakit Kepala / Creamy CM
- DPO 3
- Hot Flashes / Cramping / Sakit Kepala / Creamy CM / Sekitar Pusat Bekas Tebukan EP Berdenyut-Denyut
- DPO 4
- Hot Flashes / Cramping / Sakit Kepala / Creamy CM / Terasa Nak Buang Air Kecil Manjang
- DPO 5
- OPK hampir +ve / Hot Flashes / Cramping / Sakit Kepala / Creamy CM / Terasa Nak Buang Air Kecil Manjang
- Mual Nak Muntah
- DPO 6
- OPK hampir +ve / Hot Flashes / Cramping / Sakit Kepala / Creamy CM / Terasa Nak Buang Air Kecil Manjang
- Mual Nak Muntah / Terasa Nak Demam / Sakit Belakang / Jerawat Naik Teruk / Sore Breast / Nipple Sakit
- DPO 7
- OPK +ve / Hot Flashes / Cramping / Sakit Kepala / Creamy CM / Terasa Nak Buang Air Kecil Manjang
- Mual Nak Muntah / Terasa Nak Demam / Sakit Belakang / Jerawat Naik Teruk / Sore Breast / Nipple Sakit
- UPT 10miu – Very Faint Line
- DPO 8

- Pergi Klinik dan hari missed period kena sahkan kehamilan, jika naik terang.
- DPO 9
- OPK +ve / Hot Flashes / Cramping / Sakit Kepala / Creamy CM / Terasa Nak Buang Air Kecil Manjang
- Mual Nak Muntah / Terasa Nak Demam / Sakit Belakang / Jerawat Naik Teruk / Sore Breast / Nipple Sakit
- UPT 10miu – Very Faint Line
- DPO 10
- OPK +ve / Hot Flashes / Cramping / Sakit Kepala / Creamy CM / Terasa Nak Buang Air Kecil Manjang
- Mual Nak Muntah / Terasa Nak Demam / Sakit Belakang / Jerawat Naik Teruk / Sore Breast / Nipple Sakit
- UPT 10miu – Faint Line
- DPO 11

- DPO 12 – 13
- OPK makin pudar, Tapi masih lagi tak fikir apa-apa,
- Cramping / Sakit Kepala / Creamy CM / Terasa Nak Buang Air Kecil Manjang
- Mual Nak Muntah / Terasa Nak Demam / Sakit Belakang / Perut Mula Senak
- DPO 14
- Done Repeat UPT di Klinik, Dan Doctor sahkan ianya Chemical Pregnancy, tapi diberi ubat samada nak paksa turun darah, atau tunggu ianya keluar sendiri. Padahal sepatutnya Hari yang sama kena pergi PAC untuk buat pengesahan kehamilan.
Apa Itu Chemical Pregnancy ?
Apabila telur disenyawakan dan tertanam pada dinding rahim, badan kita akan mula merembeskan hormon yang dipanggil hCG. Sekiranya berlaku keguguran, sebelum tarikh haid anda yang akan datang, ia dipanggil chemical pregnancy atau kehamilan kimia. Disebabkan ia gugur terlalu awal, ujian ultrasounds selalunya gagal mengesan kehamilan ini dan satu satunya cara untuk mengetahui dengan tepat mengukur tahap hormon hCG dalam darah.
Kadang kadang ujian air kencing juga boleh mengesan kehadiran kehamilan kimia ini tetapi bergantung kepada tahap sensitiviti UPT tersebut.
Keguguran awal sebenarnya sangat kerap terjadi dan kebanyakkan wanita tidak perasan yang mereka sebenarnya hamil kerana ia terjadi pada sekitar masa yang sama haid anda yang seterusnya. Statistik menjangkakan 50-60% dari kandungan pertama berakhir dengan kehamilan kimia.
Tapi seeloknya jika dah 3 kali terkena Chemical Pregnancy, sebaiknya perlulah rujuk kepada pakar sakit puan yang berhampiran tempat korang tau. Jangan biarkan ia melarat, takut penyakit lain yang datang.