Makan Tengahari Murah Di Restoran Gerak 23, Kampung Baru

Makan Tengahari Murah Di Restoran Gerak 23, Kampung Baru | Kalau hujung minggu, sedang helok jalan-jalan mesti tak tahu nak makan mana kan? Tapi baru-baru n, Cikza dan suami saja lah ronda-ronda KL. Maklumlah walau duk KL tapi jarang dapat pergi town. Lagi senang memasak di rumah. Saja lalu kampung baru. Duk tengok ada satu kedai ni yang menarik perhatian.

Restoran Gerak 23 Terletak di Kampung Bharu, kedai ni khabarnya asal dari kedai makan selambak berhampiran pintu gerbang nak masuk pintu Kampung baru tu dulu. Cuma sekarang dah berpindah tapak ke tempat lain. Terkejut bila, baca banner Restorang Gerak 23 ni turut menyediakan 120 hidangan termasuk ulam-ulam setiap hari.

120 Jenis Hidangan Pelbagai Pilihan 

Memang rambang mata, tak tahu nak pilih yang mana. Sebab kalau dah kaki makan semuanya nampak sedap. Ikan goreng kunyit pun rasanya nampak lagi sedap dari lauk lain. Restoran ni, menyediakan pelbagai masakan kampung, termasuk ikan bakar yang menjadi kesukaan Cikza tu. Memang Cikza pertama kali kesini selepas dia bukak kedai baru. Tapi korang caya tak, Sup tulang, seketul RM3.00, memang betul-betul murah.

Kalau Dah Setempat tu Daging Dan Ayam, Memang Pelbagai Olah Yang DI Buat | Restoran Gerak 23 Kampung Baru
Pelbagai Sayur Yang Menjadi Pelbagai Pilihan | Restoran Gerak 23 Kampung Baru
Kerabu Pelbagai Pilihan, Buat Tak Tahu Nak Pilih Yang Mana | Restoran Gerak 23 Kampung Baru
Namanya Goreng Kunyit, Dari Peria Sampai Lah Ke Ikan dan Ayam Tak Tahu Nak Pilih Yang Mana | Restoran Gerak 23 Kampung Baru
Udang Masak Kunyit Tu, Meman Menempah Namanya | Restoran Gerak 23 Kampung Baru
Pelbagai Ulam Dan Pencicah Turut Disediakan | Restoran Gerak 23 Kampung Baru
Rambang Mata, Tak Tahu Nak Pilih Ulam Yang Mana Satu | Restoran Gerak 23 Kampung Baru
Ikan Bakar Memang Terangkat, Sos Pencicah Pun, Memang Sangat Terangkat | Restoran Gerak 23 Kampung Baru
Masak Lomak Cili Padi Pun Ado Disediakan Tau | Restoran Gerak 23 Kampung Baru
Masak Lomak Lidah Lombu, Ekau Makan Tak ? | Restoran Gerak 23 Kampung Baru
Seketul Macamni RM 3.00 Siapa Tak Suka | Restoran Gerak 23 Kampung Baru

Tidak memfokuskan satu tempat, korang juga boleh cuba kioks-kioks yang ada dalam tu. Pelbagai kiosk makanan lain turut disediakan yang juga menarik minat korang. Cuma Cikza tak kesempatan nak menyinggah sebab masa mencemburui kita.

Keseluruhan Sangat Puas Hati 

Keseluruhan, kedai ni sangat bersih dan juga Cikza sangat puas hati. Dengan Harga yang sangat berpatutan, korang kena cuba makan tengahari di situ tau, Tapi pergi awal sikt, kalau lambat memang lauk cepat habis lah. Cuma Cikza nak berkongsi sebab murah sangat makan kat sini, Kami makan berdua sahaja termasuk ikan bakar dan sup tulang, total tidak lebih dari RM 25.00, Yang pasti sukatan harga dikira mengikut senduk.

 

Kalau korang nak terjah sini boleh je!

Restoran Gerak 23

36, Jalan Raja Abdullah, Chow Kit
50300 Kuala Lumpur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge