Sepanjang 3 tahun kahwin, tiba-tiba semalam nak cuba Resepi Ayam Masak Bali Mudah Dan Ringkas. Cuma sebelum ni, hanya tengok perkongsian sahabat di media sosial je. Tapi setelah “Google” resipi, terjumpa satu resepi yang mudah dan senang. Cuma Cikza olah sedikit mengikut citarasa kita sendiri. Pergi kedai berdesup terus cari ayam. Kata nak masak ayam, kerana ayam adalah kegemaran Cikza.
Resepi Ayam Masak Bali Mudah Dan Ringkas
Salah satu tabiat yang paling Cikza tak boleh lepaskan, setiap kali gugel resipi, mesti akan cuba sedaya upaya untuk mengolah mengikut resipi tekak sendiri. Maklumlah kita nak jamu suami ni, pun kena tahu citarasa beliau jugak. Jadi sila baca sampai habis Resepi Ayam Masak Bali Mudah Dan Ringkas ni, itupun kalau ada yang nak mencuba kan. Senang dan Mudah sahaja. Gerenti Sedap!
Bahan-Bahan Resepi Ayam Masak Bali
- 1 Ekor Ayam ( Potong 12 / 20 )
- 1 Ekor Ayam
- 2 Batang Serai
- 8 Helai Daun Kari
- 2sk Garam
- 1sk Kunyit
- 3sk Gula
- 1sb Kicap Manis
- Minyak Masak
Bahan-Bahan Kisar
- 2 biji Bawang Besar
- 1 ulas Bawang Putih
- 4 sb pes cili kering / 20 tangkai Cili kering
- 1/2 inci Halia
- 2sk Sos Tiram
- 1sk Sos Cili
- **Belacan ( Tak buh pun Takpe )
Cara Masak
- Panaskan Minyak Masak
- Lumurkan ayam dengan kunyit dan garam, goreng separuh masak. Kalau nak goreng garing pun takpe.
- Lepas siap goreng, guna minyak ayam goreng tadi tumiskan serai dan daun kari lepastu masuk bahan kisar masak sampai garing.
- Letakkan gula, garam, kunyit, kicap manis ikut rasa memasing.
- Perasa garam, tutup api, masukkan ayam dan gaul rata.
- Hidangkan dengan nasi panas-panas
Senang dan pantas kan, Cubalah korang buat nanti, Cikza buat sebab dah bosan dengan menu ayam yang ada. Gerenti sedap. Rasanya rugi kalau korang tak cuba buat sendiri. Cara penyediaan pun ringkas.