Jom Cuba Rawatan HydraOxy Glow C Di Dr Medispa Dan Wellness

Jangan Berangan Nak Cantik Sebelum Mencuba Rawatan HydraOxy Glow C di Dr Medispa Dan Wellness. Jujurnya Cikza ni jarang nak buat facial-facial muka, pada Cikza semuanya buang masa, tapi Cikza ni berangan nak cantik macam Neelofa. Itu pendapat sebelum melangkah masuk ke Dr Medispa Dan Wellness. Segalanya boleh berubah kan.

Baru-baru ni, Cikza disyorkan oleh kawan untuk mencuba rawatan di Dr Medispa Dan Wellness, Jalan Reko Bangi. Katanya kalau nak cantik kena labur sikitlah ongkosnya. Hari-hari pakai pencuci muka, belum tentu muka tu akan mulus 100%. Sebenarnya kalau diikutkan, sebagai wanita kita kena manjakan kulit muka di SPA sebulan sekali.

Jom Cuba Rawatan HydraOxy Glow C Di Dr Medispa Dan Wellness

Lokasinya di Jalan Reko, Bangi, Terletak di tingkat 1 atas KK Mart dan bersebelahan dengan pusat karaoke Malaysia Idol. Melangkah masuk ke Spa ni tersusun kemas buat mood semakin membuak na buat rawatan ni. Dan untuk pengetahuan korang semua, Dr Medispa & Wellness , fokus utama mereka adalah treatment anti-jerawat dan mereka  yang berkaitan dengan masalah kulit dan muka. Berbalik pada masalah kulit tadi, sebenarnya kulit muka Cikza adalah sesnsitif dan kusam. Dengan ada jerawat yang hampir teruk buat kadang tu tak berapa nak yakin bila berhadapan dengan orang ramai.

 

Lepas dapatkan temujanji melalui whatsapp, Cikza disyorkan untuk mengambil rawatan HydraOxy Glow C Facial. Treatment ni khusus bertujuan untuk membaikpulih wajah dari penuaan, selain memelihara wajah dan mencerahkan kulit rawatan ini juga dapat memudarkan parut jerawat dan jeragat di kulit muka. HydraOxy Glow C Facial ni ada beberapa langkah rawatan tapi untuk permulaan adalah dengan membersih kulit muka terlebih dahulu.

Antara Kelebihan Rawatan HydraOxy Glow C :-

    • Semua Sel Kulit Mati akan di sedut keluar di samping turut membersihkan whitehead dan blackhead menggunakan vacum khas.
    • Rawatan ini dapat juga membantu mengecilkan liang pori serta akan membuat kulit terasa lembab sentiasa.
    • Serum Khas digunakan untuk kulit kelihatan seperti natural, cantik dan glow ketika bermekap.
    • Vitamin C dikatakan sangat bagus untuk kulit wajah dimana, ia dapat membaikpulih kulit wajah dari penuaan serta memelihara kulit wajah serta mencerahkan kulit wajah.
    • Jangan tak tahu, rawatan ni juga dapat memudarkan parut jerawat dan jeragat di sekitar kulit muka.

Rawatan HydraOxy Glow C Di Dr Medispa Dan Wellness

Rawatan dimulakan dengan Face Wash Milk Dan Face Cleanser, ini bertujuan untuk membersihkan membersihkan wajah sebab kita sebagai wanita selalu menggunakan make-up setiap hari tak cukup dengan itu, pelbagai jenis kotoran dan debu setelah kita seharian bekerja. Itu belum tentu dapat dihindarkan dengan pencuci muka biasa sahaja tau. Jom kita tengok step by step HydraOxy Glow C ni.

Rawatan Dimulakan Dengan Membersihkan Wajah Terlebih Dahulu | Rawatan HydraOxy Glow C di Dr Medispa Dan Wellness
Bila Kulit Dah Bersih, Baru Boleh Pergi Langkah Seterusnya | Rawatan HydraOxy Glow C di Dr Medispa Dan Wellness
Wap Panas Bagi Terbuka Pori-Pori Muka | Rawatan HydraOxy Glow C Di Dr Medispa Dan Wellness
Sesi Nak Buang WhiteHead Dan BlackHead Guna Vacum Tau | Rawatan HydraOxy Glow C Di Dr Medispa Dan Wellness
Lepas Guna Vacum, Agaknya Yang Whitehead Dan Blackhead degil tak nak keluar, Diguna pulak Blackhead Remover | Rawatan HydraOxy Glow C Di Dr Medispa Dan Wellness
Segala whitehead dan blackhead dah keluar, barulah proses hydra facial di jalankan. Proses ini menggunakan mesin, sambil alat tuh ditekan sambil itu jugaklah serum di masukkan. | Rawatan HydraOxy Glow C Di Dr Medispa Dan Wellness
Proses Ultrasonic, Katanya untuk meratakan serum-serumdi keseluruhan kulit muka dengan menggunakan juga gel khas | Rawatan HydraOxy Glow C Di Dr Medispa Dan Wellness
Selepas 6 langkah selesai, maka kita teruskan sesi mengurut kulit muka | Rawatan HydraOxy Glow C Di Dr Medispa Dan Wellness
Sekarang Untuk Nampak Glow, Rawatan Oxygen Facial dengan semburan Vitamin C terusk ke liang-liang kulit muka | Rawatan HydraOxy Glow C Di Dr Medispa Dan Wellness
Mask Led ini bertujuan untuk mematikan kuman dan juga untuk menaikkan seri wajah muka | Rawatan HydraOxy Glow C Di Dr Medispa Dan Wellness

Hasil Selepas Melakukan Rawatan HydraOxy Glow C Di Dr Medispa Dan Wellness

Pada awalnya Cikza agak lemas sikit lah, maklumlah jarang buat facial. Tapi sesekali pun muka jugak nak di manja, bukan badan je nak di manja. Tapi sebelum rawatan tu, memang berdebar jugak, sebab ada sorang kawan Cikza pernah buat rawatan facial, terus muka beliau naik jerawat. Itu lah yang Cikza paling-paling takut. Setelah buat rawatan, hasilnya memang sangat mengaum. Selepas beberapa hari pun jerawat makin kecut. Dan Cikza sangat berpuas hati, memang akan buat berulang kali.

Hasil Setelah Melakukan Rawatan, Memang Ada Iras-iras Neelopa kan ? | Rawatan HydraOxy Glow C Di Dr Medispa Dan Wellness

Bagi Cikza,  Rawatan HydraOxy Glow C Di Dr Medispa Dan Wellness ni amat berbaloi untuk mereka yang bekerja. Harga pun sangat berpatutan RM 220 sahaja.  Murah dan sangat puas hati. Layanan kakitangan pun yang sangat friendly dan penerangan yang di berikan memang padat. Rawatan mengambil masa dalam 1 jam lebih. Untuk mereka yang nak cuba buat rawatan disini memang Cikza rekomen sangat

Dr Medispa & Wellness 
No 6-1, Jalan Reko Sentral 6, 
Reko Sentral, Jalan Reko 
Kajang, Selangor 
Untuk konsultansi dan tempatan rawatan, korang hubungi 
03-87331980  / 017 – 3092861
FB page : 
FB : 
IG : 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge