5 Cara Paling Cepat Nak Kumpul Duit Pergi Travel | Cikza percaya ramai yang tengah seronok travel hasil dari tabungan setahun yang korang buat. Namun buat mereka yang suka travel tu, ada yang seronok mendengar tapi punya kekangan kewangan lain. Travelling merupakan salah satu hobi yang sangat best untuk kita buat bersama yang tersayang.
Yelah kita kalau boleh nak travel tu biarlah duit kita cukup, tak adalah sampai nak kena ikat perut waktu travel dan duduk dalam satu bilik berhimpit-himpit. Itu namanya bukan percutian terindah, tapi mimpi ngeri namanya. Jadi sebelum nak merancang percutian tu, ada baikknya kita tengok pada kewangan kita. Kukuh dekat sini bukanlah maksudnya kita kena kaya. Tetapi rasanya memadailah kita ada duit yang cukup untuk pengangkutan dan penginapan yang selesa, makanan yang mengenyangkan. Hati pun senang.
Jadi ini tips mudah dan berguna untuk korang yang nak cuba untuk capai impian korang untuk pergi travel. Tapi sebelum menabung, rancang dulu target nak kumpul berapa, destinasi percutian dan juga bila nak pergi bercuti. Mudah untuk buat kiraan. Dari segi kos penginapan dan liburan.
5 Cara Paling Cepat Nak Kumpul Duit Pergi Travel
#1 Sumber Pendapatan Pasif
Gunakan sumber pendapatan lain. sebagai contoh kita tak perlu kerja keraslah untuk dapatkan sumber pendapatan pasif ni. Kalau kita ada rumah yang disewakan, jadikan sumber pendapatan sewa tu sebagai tabung untuk kita travel. So, kita memang takkan kacau dah duit gaji kita untuk travel ni. Kumpul 5 ke 6 bulan hasil sewa rasanya cukup untuk support pergi travel ni. Kalau nak lagi best cukupkan setahun terus, lagi banyak tempat yang boleh kita pergi nanti.
Macam Cikza, sekarang, menabung dengan duit pendapatan Google Adsesnse sahaja, set target untuk berapa lama nak menyimpan, kebiasaan setahun lah, untuk dapatkan hasil yang boleh di guna pakai nanti.
#2 Buat Dropship
Rata-rata ramai yang kita lihat, tawaran dropship tanpa modal, tapi market tinggi. Kebiasaannya, dropship ni tak memerlukan apa-apa kos kalau ada kos pun terlalu sikit so ia sangat membantu kita untuk generate side income yang lain. Cuma kalau nak buat dropship ni yang penting kita kena rajin je. Kalau rajin banyak yang kita boleh dapat, kalau tak apa-apa pun tak dapat. Dan yang penting duit hasil dropship ni jangan kita usik, kalau boleh asingkan khusus untuk travel je.
Cikza juga sebenarnya menjadi agen dropship di satu butik online yang agak popular jugak. Dengan duit tu jugak, selain dapat menampung untuk kos travel, malah dapat membantu untuk membantu menyelesaikan bil dan lain-lain. Jadi selebihnya bolehlah menabung. Lagi pulak, set masa percutian kebiasaan hujung tahun, atau awal tahun.
#3 Main Kutu
Nampak macam simple je kan, tapi sebenarnya untuk ajar diri saving secara berdisiplin. Apakata letakkan target bila kita nak pergi travel tu dan cuba letakkan masa untuk terima bahagian kita dengan masa yang kita set tadi. Cikza sendiri main kutu bersama rakan pejabat yang lain, kebiasaan target untuk awal tahun lebih senang cerita adalah bulan pertama setiap awal tahun.
Sebabnya, hari istimewa tu adalah Hari lahir suami Cikza. Jadi kebiasaan perancangan tu di buat 2-3 bulan sebelum penutup setiap tahun. Jadi waktu tu, boleh merancang nak kemana dan kiraan kos untuk ke satu destinasi yang ingin di tuju.
#4 Buat Tabungan RM 5, RM 10 Dan RM 20
Ini bergantung kepada komitmen diri sendiri. Kalau rasa mampu untuk menabung RM20 memang lagi banyak yang kita boleh dapat hasil nanti. Tetapi kalau rasa berat nak menabung RM20 tu cuba buat dengan RM5 je dulu. Macam Cikza sendiri, kalau keluar mana-mana, ada pulangan baki RM 5, cecepat terus asingkan. Memang lambat nak menunggu, tapi boleh je kumpul sampai modal yang mencukupi tu.
#5 Kerja Secara Sampingan
Rupanya banyak kerja sampingan yang boleh korang pilih, antara nya buat E-Hailing, Kerja Secara Part Time di mana-mana cawangan restoran makanan segera mahupun kedai serbaneka berhampiran untuk menambahkan lagi tabung percutian korang. Pada pendapat Cikza, cara begini lagi cepat kadar penyimpanan tabung ercutian korang.
Macam Cikza sendiri bekerja setiap hujung minggu, dan hari biasa, seperti menyediakan tempahan makanan dari pelanggan, dan menyediakan tempahan untuk di letakkan di pejabat. Hendak seribu daya taknak seribu dalih, kalau betul-betul fokus, RM1000 sebulan pasti boleh. Selain itu, kalau kita ada skill writing freelance review produk dan yang penting kita kena market kan diri kita dulu. Ni semua income yang kita boleh dapat dengan skill yang kita ada secara freelance.
Dah Rancang Percutian Termasuk Kos Dan Penginapan?
Banyak lagi cara yang boleh kita gunakan untuk kumpul duit pergi travel dengan mudah. Cuma nak dengan tak nak je. Kalau kita rajin dan ada target kita akan dapat kumpul tetapi kalau kita malas memang tak dapat nak tolong dah lah. Cikza nak tanya, dah rancang ke percutian korang selepas mendapat ilham dari fakta diatas?
Sebenarnya banyak medium yang boleh korang gunakan untuk dapatkan percutian yang best dan berbaloi. Salah satunya pilihan Cikza adalah Apps Traveloka. Dan memang Cikza syorkan korang guna Apps tu. Setiap kali nak merancang cuti, mesti rujuk Traveloka terlebih dahulu untuk mendapat harga mengikut kos yang Cikza ada. Sebab dalam satu Apps tu semuanya dah cukup maklumat yang diperlukan, dari segi kos penginapan, penerbangan dan sebagainya. Korang Nak Book Cheap Singapore Airlines tickets pun boleh tau. Bukan setakat tu je, untuk penerbangan domestic pun boleh juga book dekat sini macam Airasia dan Fireflyz Flights.
wah makasih, sudah lama gak traveling jd hrs mulai nabung
ya wajib sis, harusnya mulai ketika ini, kamu udah boleh nyimpan terus
Info yg sgt berguna. Tips yg mudah tp perlukan disiplin yg tinggi.
Nak travel, kena korban masa dan kerahan tenaga
Akupun sukaaaa banget traveling. Dan selalu punya saving khusus untuk ini. Tiap bulan sisihkan dari gaji sekian persen, lalu masukkan ke rekening traveling. Biasanya bonus dari kantorpun aku masukkan ke rekening jalan-jalan tadi. Dan setelah 11 bulan, baru dipakai untuk pergi ke destinasi yang sudah diplanningkan.
Tiket dan hotel, aku juga selalu dari traveloka Cikza. Udah sering banget dapat tiket promo dari traveloka ini. Yang penting rajin untuk cek promo2nya dan compare dengan aplikasi pemesanan lainnya.
Dari dulu lagi, saya memang suka guna apps ni, senang dan mudah, terima kasih kerana sudi tinggalkan jejak ya
Memang gigih Cikza simpan duit nak travel. Salute sbb sanggup kerja lebih masa sampai buat tempahan makan lagi.
Ramai yg keluh kesah minta hubby pi cuti, sedangkan hubby pun senget dah sebelah kaki.
Tapi kalau semua yang nak cuti kerja keras macam Cikza, takde hubby yang tak happy.
Suri recently posted…Taman Tema MAPS Ipoh DiTutup Tiba-Tiba Semalam – Ini Sebabnya
Tq suri, saya setakat bantu mana yang perlu, buat pun sama-sama