MATXI Corp Bakal Melebarkan Sayap Ke Malaysia, Korea Dan Amerika

Harini Cikza nak kongsi dengan korang, Teruja hati apabila di jemput buat pertama kali dalam event glamour bak karpet merah gitu. Bukan apa teruja dapat tengok mereka yang dari negara jiran datang ke Malaysia. Terasa bangga tau. Macam-macam ragam manusia Cikza tengok. Tapi apa yang menarik minat rupanya dah 2 Tahun Matxicorp ni dah bertapak di Vietnam, tapi jangan tak tahu, mereka bakal melebarkan sayap ke Malaysia, Korea dan Amerika. Fuh! Pasaran Antarabangsa.

Sesampai je, dekat Plenary Hall, KLCC terpegun, risau satu hal nak berjalan, takut terpijak mereka yang pakai gaun meleret.Pembuka majlis tu memang mantap, tak sangka dapat tengok live tarian pemenang Asia Got Talent Tahun 2017 team 218 Dance Crew, memang padu dan mantap. Berkelip-kelip mata sebab terpegun tengok tarian dorang tu tau. Maklumlah selalu tengok dalam TV. Tapi Lagi terpegun ada tarian dari Malaysia kita sendiri, bangga kot bila orang luar turut sama terhibur dengan budaya kita.

Apa Itu MATXICorp?

Korang ni, mesti dah terfikir tentang Matxicorp yang dari awal lagi Cikza duk berceloteh ni. Apa yang Cikza tau, Matxicorp ni dahulunya dikenali sebagai Matxi S.G, kalau tak silap mereka adalah dibawah pengurusan anak syarikat MIIC Holdings Sdn Bhd. Tapi mereka turut memfokuskan dalam latihan perniagaan yang juga turut membantu individu untuk berkecimpung dalam dunia perniagaan bagi menghasilkan jualan yang lebih cemerlang dan berjaya.

Cikza pun baru tahu, rupanya Matxicorp dah 2 tahun beroperasi, tapi telah mencapai pelbagai kejayaan dan pencapaian luar biasa walaupun pada awalnya mereka beroperasi dari negara Vietnam sahaja. Memang padu dan sangat profesional sebab selepas Vietnam, mereka bakal melebarkan sayap ke Malaysia pulak tau! Kira pasaran antarabangsa lah. Baru setahun jagung beroperasi, jangan tak tahu, malam ulangtahun tu, hampir kesemua pengedar yang hadir meraikan majlis Ulangtahun Kejayaan Matxicorp.

Walau 2 Tahun Berdaya Saing, Tapi Tidak Bertumpu Satu Bidang

Setakat sehingga Julai 2019, MatxiCorp kini ada lebih 20,000 pengedar dan agen seluruh negara Asean terutama di negara Vietnam. Setelah 2 tahun berdaya saing, Matxicorp tidak bertumpu dalam satu bidang, bagus jugak sebenarnya jika tidak berfokus kepada satu bidang, boleh mempelbagaikan bidang yang menjadi tumpuan. Tapi kalau korang nak tahu, mereka ni, banyak bertumpu kepada :-

  • Hartanah
  • Peruncitan Kanak-Kanak
  • Percetakan Dan Pembungkusan
  • Penyelenggaraan Acara Majlis
  • Produk Kesihatan Dan Kosmetik
  • Restoran

Sebut pasal produk kosmetik & kesihatan, salah satunya Max Life, Max Skincare dan Max1, Antara salah satunya produk Kolagen khususnya untuk kecantikan wanita dan minuman tongkat ali khas bagi lelaki. Terkejut jugak, rupanya Tongkat Ali dah sampai ke Vietnam tak lama lagi masuk pasaran antarabangsa.

MatXicorp Kini Ada Pusat R&D Sendiri

Yang bagusnya, mereka pun ada Pusat R&D sendiri semuanya untuk mengkaji memantapkan lagi kualiti produk mereka disamping, masih mengekalkan pada harga mampu milik serta berpatutan buat mereka yang ingin memilikinya. Lebih menarik lagi mereka turut menandatangani kontrak strategik dengan pusat penyelidikan dan pembuatan di Malaysia, Amerika Syarikat, Jerman dan Korea Selatan bagi memantapkan lagi  dari segi sektor teknologi penyelidikan dan pengurusan serta aliran operasi mengikut piawaian yang ditetapkan.

Barisan CEO Yang Mantap Dan Berpengalaman

Malam tadi turut di perkenalkan beberapa CEO yang bakal bertapak dan melebarkan sayap perniagaan ini agar lebih gah di antarabangsa. Antaranya seperti Cik Nung (Pengarah Matxi Corp Vietnam), Encik Kenny (Pengarah Matxi Corp Malaysia), Cik Jenny (Pengarah Matxi Corp USA), Cik Luck Kim (Pengarah Matxi Corp Korea) dan Encik Matthew James Morris (Pengarah Pembangunan Perniagaan Holdings Sdn Bhd)

Cetusan Semangat Dari Encik Kenny (Pengarah Matxi Corp Malaysia)
Cetusan Semangat Dari Cik Jenny (Pengarah Matxi Corp USA)
Cetusan Semangat Dari Cik Luck Kim (Pengarah Matxi Corp Korea)
Cetusan Semangat Dari Encik Matthew James Morris (Pengarah Pembangunan Perniagaan Holdings Sdn Bhd)

Rata-rata penampakkan mereka yang di lantik semuanya berpengalaman dalam bidang perniagaan. Ini membolehkan mereka yang di beri tanggungjawab  dapat memantapkan lagi dan membuatkan syarikat lebih gah. Fuh! Cikza pulak yang teruja, macam kita pulak CEO tu, aminn! Mana tahu rezeki! Selain tu, majlis turut memberi anugerah & meraikan kepada penerima Diamond Distributor atas usaha mereka yang dapat kecapi jualan cukup membanggakan. Kesemuanya 18 orang dan 16 daripadanya adalah perempuan.

Sebahagian Penerima penerima Diamond Distributor

Sejujurnya, Cikza enjoy sangat majlis malam tersebut, satu lagi pemangkin semangat, nak berjaya bukan mudah, perlu belajar dari bawah dan bersusah dahulu untuk berjaya. Seronok tengok aura positif pada malam tu. Tapi masih lagi terkejut dan tak sangka, tongkat ali kini di persada antarabangsa. Namun umum mengetahui, Matxi Corp ini mempunyai visi untuk membina produk kecantikkan dan juga penjagaan kesihatan utama serta menjadi rangkaian pengedar professional utama di lima benua.

Dengan slogan ” You Deserve A Better Life “ atau anda berhak mendapat kehidupan yang lebih baik memang bertepatan dengan visi serta misi mereka seawal ianya ditubuhkan. Tahniah sekali lagi buat MATXI Corp yang kini bakal tembusi pasaran antarabangsa.

Untuk maklumat lanjut mengenai Matxi Malaysia Sdn. Bhd. (1340975-W) korang boleh sekodeng terus di :-

Facebook: Matxicorp Malaysia, | Instagram: @matxicorp

 

 

2 thoughts on “MATXI Corp Bakal Melebarkan Sayap Ke Malaysia, Korea Dan Amerika”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge