Luckin Kopi Warung Kopitiam Padu Tengah Bandar Kuala Lumpur

Siapa pemnat tegar kopi? atau mereka yang suka berkunjung ke warung kopi? Tentu korang terfikir susahnya nak cari warung kopi yang padu dan halal di tengah bandar Kuala Lumpur ni. Dari luar nampak macam santai dan memang style kampung. Bila melangkah masuk confirm terus melekat kat hati, sebab bau kopi tu menusuk hidung. Diberi kesempatan untuk mencuba disini, jom baca sampai habis apa yang menarik disini.

Dah Baca : Santai Ngopi Di Balik Pulau

Luckin Kopi Warung Kopitiam Padu Tengah Bandar Kuala Lumpur

Terletak berhampiran MRT Pasar seni, dan kawasan Spot China Town, semestinya lokasi disini sangat menarik, sempat jugak aku tengok sekeliling, rupanya terlalu dekat dengan Petaling Street dan Central Market. Dah puas pekena kopi boleh lah pergi menyopping. Untuk korang yang nak kesini usah risau jika membawa kenderaan, berhadapan cafe jugak di sediakan parking cuma sediakan wang yang mencukupi.

Luckin Kopi, Jalan Panggong, Kuala Lumpur

Konsep kafe yang santai memang terlalu santai. sesuai korang yang nak dating atau nak buat tugasan kerja ke. Tapi tarikan utama yang ada disini adalah mural hiasan dinding di sekitar bangunan kedai tersebut. Jangan risau untuk korang yang nak berbincang pasal kerja, Free WIFI juga turut disediakan. Korang cuma bawa laptop sahaja. sambil santai sambil pekena kopi.

Petai Pasta Tarikan Menu Kampung Yang Teringin Sangat Nak Cuba

Sedang belek-belek buku menu, tertarik dengan Petai Pasta, tapi frust pulak, pasta dah Sold Out waktu tu! Nampak sangat sedap, Next time kalau datang boleh cuba menu wajib ni. Jom kita tengok menu lain, Cuma untuk harini, aku cuba order Chicken Chop versi buttermilk dan Salted Egg sebab nampak mengiurkan dalam gambar.

Petai Pasta | Luckin Kopi Warung Kopitiam Padu Tengah Bandar Kuala Lumpur
Salted Egg Chicken Chop | Luckin Kopi Warung Kopitiam Padu Tengah Bandar Kuala Lumpur
Buttermilk Sauce Chicken Chop | Luckin Kopi Warung Kopitiam Padu Tengah Bandar Kuala Lumpur
Luckin Toast Serve With Half Boiled Egg | Luckin Kopi Warung Kopitiam Padu Tengah Bandar Kuala Lumpur
Luckin Kopi Kaw Peng | Luckin Kopi Warung Kopitiam Padu Tengah Bandar Kuala Lumpur
Air Batu Campur | Luckin Kopi Warung Kopitiam Padu Tengah Bandar Kuala Lumpur

Hiasan Dalaman Yang Seakan Warung Kopitiam Kampung

Korang dah kenyang menyantap, kopitiam ini juga turut menyediakan ruangan santai untuk korang nak ambil gambar sebagai kenangan di ruangan tengah. Rugi kalau dah datang dari jauh tapi tak tinggalkan kenangan. Kalau korang nak tahu, Owner kopitiam ni sangat friendly dengan pelanggan, setiap hidangan yang terhidang beliau akan bertanya samada sangat berpuas hati dengan penyediaan sajian makanan yang menjadi pilihan.

Luckin Kopi Warung Kopitiam Padu Tengah Bandar Kuala Lumpur
Luckin Kopi Warung Kopitiam Padu Tengah Bandar Kuala Lumpur
Luckin Kopi Warung Kopitiam Padu Tengah Bandar Kuala Lumpur

Wajib Cuba Luckin Kopi Warung Kopitiam Ala Kampung 

Secara keseluruhan, menu yang disediakan sangat kena dengan tekak aku, bukan apa, ada sesetengah kopitiam hidangan makanan yang disediakan ada yang tak tepati selera aku. Tapi di Luckin Kopi Overall memang sangat padu, Kopi Kaw Peng tu korang wajib cuba, sebab aku tak cukup segelas tau, memang padu dan kaw. Yang pasti kawasan kopitiam ni best sebab kawasan tarikan pelancong. Memang aku datang lagi.

Luckin Kopi 

14, Jalan Panggong, City Centre, 50000 Wilayah Persekutuan,

Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Tel : 016 – 3976898

Instagram Luckin Kopi | Facebook Luckin Kopi 

 

One thought on “Luckin Kopi Warung Kopitiam Padu Tengah Bandar Kuala Lumpur”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge