PUASHATI DENGAN HANSAEGEE NATURAL GOLD NANO CC CREAM

Hansaegee Nature CC Cream | Siapa yang mempunyai masalah, kalau nak keluar rumah, atau masalah tona tidak sekata? Yess sama dengan masalah aku lalui. Kalau kita sebagai perempuan, masalah tu dikira paling besar dalam segala masalah. Semua nak nampak cantik dan tiada kesan tompokan. Aku sendiri kalau nak pergi kedai sekalipun, mesti kenakan cc cream dan secalit gincu merah mengerlip.

Sebenarnya, dah lama jugak aku mencari CC Cream yang bersesuaian dengan kulit muka aku, bukan apa, sebab kulit muka aku ni sangat-sangat sensitif. Kadang kalau produk yang tak kena dengan kulit, mulalah jerawat naik berbatu-batu. Aku pernah cuba foundation produk jenama popular, sudahnya muka aku breakout teruk.

Memang give up and makan masa nak dapatkan kulit yang mulus macam asal. Baru-baru ni, ada sorang sahabat yang suggest kat aku,CC Cream yang dia pakai. Nampak macam puas hati, feedback yang diberikan pun sangat-sangat puas hati. Bukan beliau seorang sahaja yang bagi semangat positif, banyak feedback-feedback lain yang positif tentang produk ni.

MENGENAI HANSAEGEE ?

Hansaegee Nature merupakan produk skincare yang original yang diperbuat dari korea dan telah berada di Malaysia sejak tahun 2011 lagi. Tak sangka lama jugak dalam pasaran Malaysia.  Bukan itu sahaja, dalam tempoh setakat harini mereka turut mengeluarkan beberapa jenis produk skincare seperti cleanser, whitening cream dan lain-lain.  Sebelum ini, aku tak kenal tentang produk skincare Hansaegee ni, tapi bila tengok Wawa Ashira punya review meletop, terus aku nak cuba.

HANSAEGEE NATURAL GOLD NANO CC CREAM SANGAT MEMBANTU MENGATASI TONA TIDAK SEKATA.

CC Cream mempunyai tekstur lebih ringan dan halus daripada BB Cream. Tahukah korang yang suka cantikkan muka tu, yang CC Cream atau color correction sebenarnya berfungsi untuk menaikkan tona kulit muka khususnya mereka yang mem punyai kulit kusam tidak bermaya atau tidak sekata. Kulit muka aku jenis kulit berjerawat, bintik hitam, kulit kusam dan tak bermaya, Terus aku calit sekali dengan satu sapuan, ternyata Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream ini sangat sesuai kerana dapat membuatkan kulit terasa halus, tidak berminyak, dan yang penting supaya kelihatan lebih natural dan ringan sepanjang hari. Jangan tak tahu, boleh juga dijadikan base makeup korang tau.

KELEBIHAN HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM

  • Mengandungi perlindungan UV matahari SPF50 PA+++
  • Mengimbangi tona kulit secara semulajadi
  • Meminimumkan penampilan pori
  • Boleh bertindak sebagai Makeup Base atau Makeup Primer
  • Mencerahkan kulit
  • Mencegah anti penuaan serta meningkatkan keanjalan kulit
  • Glowing skin dan melicinkan kulit
  • Mengekalkan kelembapan
  • Melegakan masalah kulit

ADAKAH HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM BEBAS DARI SUMBER HAIWAN DAN SELAMAT DIGUNAKAN OLEH MUSLIM?

Ya! Hansaegee Nature Gold Nano CC Cream bebas dari sumber haiwan, malah bebas juga daripada paraben, sulfate dan alkohol serta sesuai digunakan  semua jenis kulit. Dan diperakui halal digunakan untuk semua jenis kulit.

TIGA KANDUNGAN UTAMA DALAM HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM :-

  • Mineral Water
    • mengekalkan keseimbangan pH kulit serta meningkatkan keanjalan kulit
  • Ipomoea Hederacea Callus Culture Extract
    • anti bakteria, melegakan kerengsaan kulit dan kulit bermasalah
  • Nano Gold
    • Mencegah penuaan kulit, menghalang radiasi infrared dan mempunyai antioksidan yang tinggi

CARA PENGGUNAAN HANSAEGEE NATURE GOLD NANO CC CREAM YANG MUDAH DAN PANTAS

Hanya apply Gold Nano CC Cream dengan tangan atau jari, (Rujuk Pic atas muka comel aku tu) kemudian sapukan ke seluruh wajah sehingga ia sekata. Kulit akan nampak lebih cerah, halus pada permukaan kulit, tidak berminyak mahupun sticky.Pada permulaan korang akan nampak krim tersebut pada asalnya berwarna putih, Selepas korang dah oles kat muka, secara automatiknya akan bertukar warna coklat mengikut wana kulit korang nanti.

KESAN SELEPAS PEMAKAIAN HANSAEGEE NATURE GOLD CC CREAM YANG MUDAH DAN PANTAS

Selepas sekali oles je, kulit dah nampak sekata, no more sticky and lekit sana sini. Sebab ada sesetengah produk, akan melekit. Lepastu, jangan risau kalau korang tak sempat nak bermekap sekalipun, Hansaegee cc cream sangat membantu, dah sapu sekali lepastu nampak macam korang dah pakai compact powder.

Jangan tak tahu, Gold Nano CC Cream ini pun dah cukup, sebab ada sun UV protection SPF50 lagi, ianya membantu menghalang kulit dari sunburn dan cepat berkedut. Terasa macam awet muda pula pakai cc cream gituu! Korang boleh tengok testimoni aku sendiri, cc cream ni memang buat makeup korang nampak lebih gah tau! Berbanding tanpa cc cream malap je rasa.

Tapi memang worth it sangat sebab ia ada sekali SPF50 dan jimat tak perlu beli sunblock dah. Dengan hanya RM128 lepastu isipadu sebanyak 50ml, jimat sehingga 4 – 6 bulan penggunaan tau. Memang terasa sangat berbaloi untuk memiliki sebab ada SPF50 tau. Jangan tak tahu, setiap pembelian RM70 keatas, korang akan dapat penghantaran secara percuma.

Untuk korang yang masih tercari-cari CC Cream yang sesuai, apa lagi boleh terus lihat detail di bawah untuk keterangan lanjut, so far setakat ni, memang aku berpuashati dengan CC Cream ni, sebab nak pergi kedai runcit pun, oles sekali je, dah tutup mengerutu yang ada kat kulit tu.

Website : https://hansaegee.com/shop/

Instagram : www.instagram.com/hansaegeenature/

Facebook : www.facebook.com/HansaegeeNature/

Youtube : www.youtube.com/HansaegeeNatureMalaysia/

12 thoughts on “PUASHATI DENGAN HANSAEGEE NATURAL GOLD NANO CC CREAM”

Leave a Reply to mess Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge