PUAS HATI DENGAN SHOKUBUTSU MOCHI HADA

Bila sebut pasal mochi, confirm korang teringat mochi dekat Empire Sushi kan! Aku harini nak berkongsi review jujur ikhlas dari hati nurani aku sendiri. Bukan apa, sebab bagus kita kongsi, kalau tak bagus atau kurang bagus, kita jujur terus terang. Takkan nak menipu. Aku nak tanya berapa ramai yang setia dengan Shokubutsu ni, kalau korang tanya aku, memang aku setia dengan botol penutup pink, macam-macam bau floral gitu.

Ramai di kalangan kita yang meluangkan lebih banyak masa untuk menjaga kecantikan wajah, tetapi mengabaikan 90% bahagian lain kulit badan kita. Sebab demikian, kulit badan kita mengalami proses penuaan yang lebih pantas akibat kekeringan dan dehidrasi berbanding dengan wajah. Tapi Shokubutsu dengan banganya melancarkan produk BAHARU di bawah jenama Shokubutsu Mochi Hada yang bermakna kulit berseri lembut dan licin umpama Mochi dalam bahasa Jepun. ( Seriuss! korang wajib cuba )

Apa Yang Menariknya Shokubutsu Mochi Hada Ni? 

Kalau korang nak tau, Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Lotion dan Face & Body Shower Oil baharu diilhamkan daripada rutin kecantikan ringkas Jepun yang menampilkan ciri pembersihan dan pelembapan untuk kedua-dua bahagian wajah dan badan dalam SATU langkah sahaja. Ia dicipta untuk membersih secara lembut dan melembapkan kulit di setiap mandian dan dalam tempoh dua minggu hasilnya boleh dilihat. Boleh percaya ke? Kalau tak percaya cuba sendiri baru korang tau. Tapi dengar kata, segala mekap korang yang vass tu boleh dicuci dan dibersihkan dengan produk ni.

Ia sangat efektif untuk menanggalkan bendasing seperti solekan ringan, kotoran, krim siang dengan SPF dan pencemaran alam sekitar tetapi masih lembut tanpa mengabailkan kelembapan dari kulit. Sesuai untuk digunakan pada wajah dan badan, menjadikan kulit lembut dan licin umpama Mochi. Jadi dah boleh berjimatlah korang lepasni, beli sebotol besar terus.

Teknologi Moisture – Lock Jepun Shokubutsu Mochi Hada & Rahsia Kulit Tanpa Cela Dengan Ramuan Asli Jepun

Teknologi Moisture – Lock Jepun Shokubutsu Mochi Hada adalah satu formulasi mandian cemerlang daripada LION Corporation Japan yang mengekalkan kelembapan kulit dengan mengurangkan penyejatan air dari permukaan kulit. Cara ini mengunci molekul-molekul air yang sedia ada di dalam kulit, menjadikannya lebih efektif dalam mengekalkan tahap hidrasi kulit.

Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Lotion dan Face & Body Shower Oil  diformulasikan dengan teknologi Moisture-Lock yang menggabungkan secara aktif Minyak Tsubaki Ultra-Pelembap, Ekstrak Tapai Beras dan Minyak Bran Beras yang mengunci kelembapan dari dalam untuk kulit yang kekal terhidrat, lembut, licin dan berseri selepas setiap mandian. Kenapa aku kata, Shokubutsu Hada Mochi ni sangat bagus :-

  • Minyak Tsubaki (atau Minyak Bunga Camelia Jepun)
    • Minyak ini mudah diserap, hipoalergenik dan bukan komedogenik. Pada kebiasaannya, minyak tradisional Jepun ini digunakan untuk anti-penuaan, melembut dan melembapkan kulit dengan mendalam, hasil kombinasi kebaikan antioksidan, asid lemak dan vitamin E yang terkandung di dalamnya.
  • Minyak Bran Beras
    • satu rahsia anti-penuaan di Jepun. Ia membantu kulit wajah untuk tampak anjal dan tegang sambil mengekalkan kelembapan. Kaya dengan vitamin dan zat-zat galian, minyak bran beras membantu untuk memperolehi kulit lebih cerah, lebih lembut dan licin.
  • Extrak Tapai Beras
    • Air beras yang diproses secara penapaian. Ia kaya dengan antioksidan dan asid amino yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kelembapan kulit, tekstur, daya tahanan, serta penampilan keseluruhan yang lembut dan sihat.

Diformulasi Untuk Wajah Serta Badan Dan Yakin Selamat Digunakan

Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Lotion dan Face & Body Shower Oiladalah terbukti selamat untuk digunakan ke atas kulit dan tidak menyebabkan kerengsaan (iritasi) dan keradangan (reaksi alergi) kepada kulit. Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Lotion dan Face & Body Shower Oil terbukti lembut untuk digunakan ke atas kulit wajah dan tidak menyebabkan kerengsaan. Shokubutsu Mochi Hada Face & Body Shower Lotion dan Face & Body Shower Oil boleh didapati dalam 3 varian iaitu botol (525ml) dan pek isi-semula (450ml) seperti berikut:

  • Shower Oil Nourishing & Softening 
    • RM 25.50
  • Shower Lotion Glow Radiance 
    • RM 19.00
  • Shower Lotion Ultra Moisture
    • RM19.00

Shokubutsu Semakin Gah Disebalik Southern Lion Sdn Bhd 

Southern Lion Sdn Bhd adalah sebuah syarikat usaha sama di antara LION CORPORATION Japan dan Lam Soon (M) Bhd. Ia memulakan operasi pada April 1987 dan telah berkembang dan mencapai kedudukan sebagai Pengilang Detergen No.1 Malaysia pada hari ini dengan pelbagai jenama utama seperti TOP, Bio Zip, Shokubutsu, Systema, Fresh & White dan Kodomo. Southern Lion sentiasa berusaha untuk terus meningkatkan kualiti hidup para penggunanya dengan menawarkan produk yang inovatif pada harga mampu milik.

SHOKUBUTSU MALAYSIA | WATSONS MALAYSIA

Rangkaian 3 beradik Mochi Hada ni, korang boleh dapatkan terus di Watsons yang berhampiran atau malas nak beratur panjang, klik jer link kat bawah ni!

WATSONS ONLINE STORE 

 


MEDIA LAUNCH SHOKUBUTSU MOCHI HADA FACE AND BODY SHOWER SERIES

Rangkaian produk baharu ini berjaya dilancarkan pada hari ini, 3 Ogos 2019 di Sunway Pyramid dengan kerjasama dari Watsons Malaysia dan duta jenama Shokubutsu Mochi Hada, pelakon terkenal Hong Kong Natalie Tong. Selaras dengan prinsip-prinsip Shokubutsu yang menetapkan penggunaan bahan-bahan yang selamat dan semulajadi, rahsia kemujaraban Shokubutsu Mochi Hada terkandung di dalam  khasiat semulajadi.

“Saya gemarkan Shokubutsu Mochi Hada kerana ia menjimatkan masa mandi dengan meringkaskan rutin membersih dan melembapkan badan. Ia adalah selamat, lembut dan sangat efektif untuk wajah dan badan saya. Produk ini sangat hebat untuk pengguna-pengguna yang mempunyai jadual harian yang padat seperti saya. Saya belum pernah menemui produk yang seumpamanya yang diperbuat daripada bahan-bahan semulajadi Jepun. Saya menyaksikan kesan perubahan yang positif dalam tempoh dua minggu setelah menggunakannya dengan kerap. Saya syorkan produk ini kepada semua untuk mendapatkan kulit yang lembut, licin dan berseri,” ulas Natalie Tong tentang pengalamannya dengan Shokubutsu Mochi Hada.

Minyak Tsubaki, satu ramuan penting dalam amalan kecantikan Jepun dan menjadi rahsia kecantikan di kalangan Geisha; Minyak Bran Beras, satu ramuan anti-penuaan yang membantu kulit wajah untuk tampak anjal dan tegang sambil mengekalkan kelembapannya; dan Ekstrak Tapai Beras, yang kaya dengan mineral dan asid amino yang diperlukan untuk mengekalkan tahap kelembapan kulit, tekstur, daya tahanan, serta penampilan keseluruhan yang lembut dan sihat.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *