Ramai yang mengeluh, setiap kali hadir temuduga pasti berakhir dengan kegagalan, begitu juga aku, pernah hadir bermacam-macam temuduga untuk dapatkan kerja yang boleh menjamin masa hadapan. Tapi ramai yang kurang mengambil berat tentang perihal temuduga. Bagi aku temuduga ni adalah peringkat pertama untuk ke level seterusnya. Tapi apa yang perlu korang ada dalam diri untuk menghadapi temuduga? Tapi nampaknya, ramai yang dapat temuduga dari SPA. Sudahkah korang bersedia?
1- Penampilan
Teringat waktu mula-mula dapat tawaran temuduga, rata-rata yang hadir, ada yang dah perfect tapi kurang mengambil kira pasal penampilan, biarlah kemas dari awal rambut sehingga hujung kaki. Sebab ada yang datang pakai seluar jeans warna ala-ala seluar slack.
2- Pengetahuan Am
Kalau boleh, sebelum nak ke tempat temuduga tu, rasanya belilah senaskah suratkhabar, untuk mengetahui isu-isu semasa. Tak rugi pun membeli, sekurangnya itu soalan wajib yang bakal ditanya.
3- Bersungguh-sungguh
Ramai yang bersungguh-sungguh tapi tak dipandang oleh penemuduga, yang penting eye contact tu main peranan tau, jangan sesekali terlepas. Serius mesti dorang akan cair punya dengan jawapan bernas korang.
4- Baca tentang Selok-Belok Tentang Tempat Tersebut
Yang ni sangat penting, bukan apa, confirm soalan maut korang akan terkandas disini, bila korang gugup. Semua apa yang korang baca boleh hilang tau, tapi sentiasa tenang dan yang paling penting wajib study tentang syarikat yang korang nak pergi temuduga ni.
5- Skop Jawatan Yang Dipohon
Yang ni penting, sebab soalan wajib jugak bakal ditanya, tentang skop kerja jawatan yang korang dapat ni. Kalau korang terlepas pandang soalan ni, maka bye-bye lah jawapannya.
Adakah Korang Perlukan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Dan Swasta ?
Jika korang memerlukan Panduan Temuduga Kerja Kerajaan Dan Swasta, disarankan korang wajib dapatkan satu sebagai langkah persediaan. Insha allah ia sangat membantu. Terutama persiapan awal bagi menghadapi temuduga. Memang berbaloi untuk memilikinya.
Semoga dapat dimanfaatkan sebaiknya. Pilih untuk berjaya. Pilih untuk bersedia. Pilih untuk lulus temuduga. Pilih Untuk Membantu Bina Kerjaya.
Nice sharing. Tahun 2012 je last dapat interview kerajaan lepas tu sunyi dah…
insha allah ada rezeki tak kemana
terima kasih. semoga aku lulus temuduga nanti..
paklong recently posted…LIRIK LAGU CINTA – ISMAIL IZZANI
gudluck paklong, semoga ianya bermanfaat