Ramai yang mengeluh, kulit cepat kusam. Ramai wanita bekerjaya yang kurang titik beratkan kecantikkan luaran dalaman. Bahkan ada yang setakat menggunakan sabun pencuci muka sahaja tanpa menggunakan produk2 yang sesuai dengan mereka. Untuk harini aku nak berkongsi, cara nak dapatkan kulit segar untuk kulit mulus dan gebu.
Baru-baru ni, aku terjah Watson’s kebetulan pencuci muka aku dah habis, dah dapat gaji, wajiblah topup apa yang dah habis, memang rambang mata dari awal lagi. Sebab SALE sana sini. Tapi adalah soang kawan ni, katanya dah consume produk Safi ni since zaman beliau di bangku sekolah lagi. Tapi dalam banyak-banyak produk yang disyorkan, cuma ada satu yang berkenan dihati. Jom baca sampai habis.
Pernah tak korang dengar Beautea By Safi?
Pernah tak korang dengar Beautea By Safi ? Kalau korang nak tahu yang ni lah produk baru dari Safi yang disebut-sebutkan tu. Hadir dengan 4 variasi, tapi aku story dekat korang 2 variasi yang aku pakai. Safi tampil dengan mengeluarkan produk yang lebih premium, 100 % dari ekstrak teh. Nak cantik kenalah berkorban wang ringgit. Tapi produk yang aku syorkan ni memang sangat sesuai dengan bajet korang. Murah dan jimat. Lagi pulak mudah di bawa kemana-mana. 4 variasi tersebut adalah :-
- Green Tea & Neem untuk normal to oily skin
- Apricot Tea untuk scrub muka
- White Tea & Damask rose untuk dry skin
- Black Tea & Black Orchid untuk kulit sensitif
White Tea & Damask Rose Hydrating Gel Cleanser
Walaupun didatangkan 4 variasi, tapi aku nak kongsi 2 variasi yang menjadi pilihan aku. Yang ni farvourite aku, sebab dihasilkan dari pemilihan penting ekstrak teh premium yang membuatkan kulit muka korang sentiasa rasa segar dengan gabungan bahan-bahan semulajadi yang terbaik, selain dibentuk untuk memerangi kesan negatif dari pencemaran alam sekitar, tekanan dan kosmetik untuk mendapat kulit yang sihat.
Pembersih didatangkan dengan gel yang lembut dan bebas sabun ini sangat membersihkan liang yang tersumbat dan mengeluarkan kekotoran. Dirumus dengan gabungan teh Putih Putih & Damask Rose yang kaya dengan antioksidan untuk mengimbangi tahap kelembapan kulit, menghidrat dan mengurangkan saiz liang-liang roma.
Apricot Tea Revitalising Face Scrub
3 hari sekali pasti aku guna scrub ni, serius memang sedap, lepas kerja-kerja menggosok tu terus kulit muka segar sentiasa. Licin dan mulus. Maklumlah biji scrub tu kalau di tonyoh confirm dia tarik sekali kotoran-kotoran yang ada ni. Penggunaan scrub wajah memang sangat penting bagi menghilangkan sel – sel kulit mati yang menjadikan kulit kita tampak kusam dan tidak berseri. Pemakaian pencuci wajah Beautea by Safi korang boleh gabungkan dengan pemakaian Apricot Tea Revitalising Face Scrub ini.
Setakat sekarang ni, aku consume kedua-dua produk ni, takde pulak muka jadi breakout. Kiranya kedua-dua variasi ni sesuai dengan kulit muka aku. Tapi sejujurnya, memang puashati dengan kedua-dua produk ni.
Produk Safi Beautea Terjamin Selamat Digunakan
Kesemua variasi diatas memang selamat digunakan tanpa ada ektrak-estrak aiwan dan sebagainya. Kandungan yang digunakan terjamin dan halal serta selamat digunakan untuk semua jenis kulit. Dan disahkan oleh pakar dermatologi sendiri tau.
- Dermatologi diuji
- Bebas alkohol
- Bebas Paraben
- Bebas SLS / SLES
- Bebas Silicone
Harga pun RM 23.00++ jauh berbaloi dari pakai pencuci muka yang mahal. Tapi ni untuk mereka yang memikirkan bajet yang bersesuaian. Kesemua produk ni boleh didapati di Semua rangkaian Watsons yang berhampiran. atau mereka yang malas nak beratur tu, boleh je beli terus di Watsons Online.
Wah, dah ada pelbagai produk Safi keluarkan yer
yup, jangan lupa cuba tau..