Tak Puas Hati Dengan Hatten Hotel Melaka, Bandar Hilir

Dah puas pekena Asam Pedas, terus blur terfikir nak tidur mana pun tak tahu. Waktu dah hampir penghujung malam. 4 kali pusing tawaf dekat Dataran Pahlawan tu. Sambil tangan capai tengok Agoda. Cari punya Cari dapatlah Hotel Hatten Melaka, berhampiran Dataran Pahlawan. Nampak gah woo! Aku macam biasa teruja sakan, maklumlah claim hadiah Anniversary tempohari kan.

Hotel Hatten Melaka Bertaraf 4 Bintang di Jalan Merdeka, Bandar Hilir Melaka.

Wajib Baca : Datang Melaka Wajib Pekena Asam Pedas Sedap Dan Padu Di Pasar Borong Melaka

Terletak berhampiran kawasan yang paling strategik untuk aku yang suka  beli belah ni, memang padu habislah. Sementara ada masa bolehlah jalan-jalan kejap kawasan berhampiran, tapi sempat ke? Check-in pun pukul 11.30 Malam. Nak jalan kemana aku pun tak tahu. Debor pulak rasa masuk bilik ni. Tapi rupanya petugas Hatten Hotel di Kaunter dah upgrade dari 2 single bed kepada 1 queen bed. Nasiblah dorang paham kami ni laki bini. apa lagi masuk bilik lah.

Suasana bilik tu, tenang diam dan takda gangguan sebarang bunyi pun, tu yang aku suka menginap hotel ni. Privasi orang lain terjaga. Kenapa aku suka hotel ni, sebab katanya swimming pool tu best woo! Cuma kalau dah sampai tengah malam cenggini mana nak terjun swimming pool nya.

Studio Suite Tingkat 19 Hadap Kolam Renang, Kena Dengan Harganya

Siapa tak suka, dapat bilik tandas boleh main kejar-kejar, lepastu, tv sampai ada dua. Keluasan bilik boleh bawa bincang khususnya untuk laki bini kan. Satu lagi susun atur dalam bilik tu, menampakkan bilik tu nampak luas. Bila selak langsir, memang facing kolam renang, tapi gayat woo! Tinggi tu tingkat 19

Fasiliti Yang Sesuai Dan Setaraf Dengan Hotel 4 Bintang 

Wajib Baca : Pengalaman Menarik 3 hari 2 Malam Di Hatten Hotel, Melaka 

Kemudahan yang ada ni, memang sangat sesuai, 5 minit berjalan kaki ke shopping Mall, dan persekitaran hotel ni pun dah cuckup dengan adanya Infinity Pool , Gym untuk mereka yang suka workout, Spa untuk mereka yang nak manjakan diri, serta Salon untuk mereka yang nak berkehendakkan tatarias.

Sakan Teruja, Tapi Part Kebersihan ?

Keseluruhan, semuanya menepati citarasa aku, Sorry guys! aku bukan cerewet mana tapi part kebersihan dari segi penyediaan makanan memang aku utamakan. Dan aku tak suka simpan-simpan, terusterang itu lebih baik, nama pun aku review jujur, takkan nak kata sedap tapi sebenarnya tak sedap.

Makan kat tingkat 11 fuh! memang best lah kalau dapat duduk tepi tingkap, sambil makan and sambil nikmati keindahan Bandar Melaka. Cuma semua tempat yang kita pergi tu, tak semuanya sempurna. Ada yang bilik cantik, tapi dari segi lain Out! Keseluruhan Hatten Hotel memang best, puas hati dengan bilik dan persekitaran. Tapi satu sahaja, Kesegaran makanan.

Terkejut besar, rata-rata pengunjung hotel ni, semuanya pelancong asing yang dari pelosok dunia. Maklumlah dekat dengan 3 segi trangle memang jadi tumpuan. Apa yang buat aku terkejut, adalah kesegaran salad. Salad adalah makanan wajib bag mereka yang suka diet, even pelancong pun makan salad untuk sarapan pagi. Yang buat aku terkejut, bila ada part salad yang hampir layu dah bertukar warna masih lagi dihidang untuk para tetamu hotel. Macam aku kata, tak semua hotel perfect, tapi ini salah satu perkara paling utama yang wajib dititikberatkan.

Harap, next time kalau datang Melaka lagi, memang hotel ni jadi pilihan aku, cuma harapan aku agar perkara yang aku hadapi tidak berulang lagi. Imej korporat paling utama adalah kebersihan itu wajib jaga. Korang kalau nak menginap hotel ni, memang aku rekomenkan untuk mereka yang bercadang nak berbulan madu.

Hatten Hotel Website | Hatten Hotel Facebook | Hatten Hotel Instagram

Untuk Tempahan : +606 286 9696

Hatten Square,
Jalan Merdeka, Bandar Hilir,
75000 Melaka, Malaysia.

 

2 thoughts on “Tak Puas Hati Dengan Hatten Hotel Melaka, Bandar Hilir”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge