Hai korang, harini aku cuma nak share je, tentang satu produk keluaran jenama popular Safi, Aku sebenarnya dari zaman sekolah lagi, dah consume produk Safi Balqis ni, sebab sesuai dengan kulit aku. Cuma lately ni, disebabkan perubahan hormon, aku terpaksa beralih kepada produk lain. Cuma bila dapat tau, Safi ada keluarkan produk terbaru, terdetilk dalam hati nak jugak mencuba.
Safi Balqis OxyWhite Hydrating Lotion 2 Dalam 1
Kaum wanita, kalau tak berhabis kerana tatarias memang tak sah, penjagaan dari hujung rambut sehingga kaki, sangat dititikberatkan. Maklumlah Wanita Asia mempunyai kulit yang paling menawan sekali. Penjagaan rutin itu sangat wajib, biarlah habis beribu. Tapi buat apa nak berhabis sampai beribu kalau nak tampak cantik, gebu dan mulus.
Safi Balqis OxyWhite Hydrating Lotion 2 Dalam 1 hasil dari gabungan formulasi 2 in 1 iaitu penyegar dan pelembap dalam satu langkah untuk penjagaan kulit yang ringkas namun memberikan kesan lembapan yang optimum, nampak tak menjimatkan dan mudah dibawa kemana pun. Waktu Cikza pergi bercuti baru-baru ni, memang wajib bawa sebab jimat ruang dalam beg.
Kelebihan Safi Balqis OxyWhite Hydrating Lotion 2 Dalam 1
- Ramai yang kurang yakin, sebab kemampuan Safi Balqis OxyWhite Losyen Pencerah Menghidrat bertindak :
- Memberikan 2x penghidratan dan kesegaran dengan satu penggunaan.
- Meningkatkan rintangan perlindungan kulit untuk mengunci lembapan secara mendalam dan optimum sepanjang hari dengan 5 jenis Hyaluronic Acid
- Macro Hyaluronic Acid
- Nano Hyaluronic Acid
- Bio-Hyaluronate
-
Oligo-Hyaluronic Acid
-
Super Nano Hyaluronic Acid
-
Mudah meresap ke dalam kulit tanpa meninggalkan kesan melekit
-
Mencegah kulit menjadi gelap akibat radiasi infrared (IR) dengan pelindung IR.OXYWHITE = NANO OXYGEN + NANO BIOWHITE
Nano Oxygen membebaskan oksigen tambahan ke dalam epidermis kulit agar segar, bermaya dan berseri manakala Nano BioWhite memperlahankan kesan pembentukan pigmentasi untuk tona kulit sekata dan cerah sempurna.
Nampak tak? Kelebihan Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion 2 Dalam 1 ni? Sememangnya Safi sedang cuba mempergiatkan dan membantu menyelesaikan permasalahan kulit wanita Asia. Bila dengar ada yang pakai produk mahal-mahal tapi kulit muka terbakar, itu yang kita nak elakkan, Dengan produk Safi Balqis OxyWhite Hydrating Lotion 2 Dalam 1, semua pilihan ditangan anda?
Pengalaman 7 hari Bersama Safi Balqis Oxywhite Hydrating Lotion 2 in 1
Sejujurnya, kulit muka aku ni, memang sangat sensitif, kalau salah pakai produk, mula lah jerawat batu timbul. Waktu tu memang stress! rasa macam dah putus asa pun ada. Tapi baru-baru ni kulit muka aku breakout teruk tau! Jerawat 4 ketol tumbuh bawah bibir. Dengan kulit kusam berminyak lagi. Target aku cuma 7 hari sahaja. Alhamdulillah setelah penggunaan, nampak lah jugak, jerawat ni makin surut, lepastu kulit nampak segar, maklumlah jujur aku cakap, lepas kahwin, aku leka dengan penjagaan kulit wajah.
Bila nampak mulus sikit, terus aku konsisten jadi sahabat baik yang bawa kemana sahaja. Cara nak pakai pun mudah, cuba letak kat tapak tangan, lepastu dab-dab je dekat muka. Percaya atau tidak lotion ni pantas buat kerja tau. Tepuk dada tanya selera. Korang kalau nak jimat tapi nak cantik, rasanya jawapan dah ada.