Siapa yang tak pernah alami keputihan, semua pernah alami keputihan tetapi ada yang teruk dan melampau. Ramai yang mengeluh segala pelbagai cara telah dilakukan termasuk pelbagai petua telah dilakukan antaranya bertangas, makan jamu dan sebagainya. Tapi itu semua mengambil masa berminggu-minggu.
Adakah keputihan saya normal jika ia warna putih atau kuning? Kenapa keputihan saya berbau?
Apa Itu Keputihan ? Wajib Ambil Tahu
Keputihan adalah lendiran yang keluar dari vagina atau faraj wanita, memang ianya isu sensitif untuk dibincangkan tapi ia mampu membantu mereka yang menghadapi keputihan melampau. Keputihan yang normal, ianya tidak berbau nampak jernih atau putih. Namun, jika anda mengalami gejala seperti
- Faraj Terasa gatal
- Pengeluaran Lendir Berlebihan Dan Berbau
- Keputihan yang berupa yogurt dan likat
Mungkin korang tengah alami Keputihan Teruk. Cikza pernah alami keputihan yang teruk, sampai malu nak bersama dengan suami, sebab keputihan jenis berbau hamis teruk. Gatal-Gatal tu jangan kata, memang setiap kali keputihan keluar, terasa gatal tu tak boleh dibendung dan dibawa bincang. Antara Penyebab Keputihan Boleh Terjadi :-
- Jangkitan kulat
- Sistem imun yang lemah
- Masalah kebersihan
- Kanser serviks atau kanser pangkal rahim
- Pengambilan antibiotik atau steroid
- Bakteria vaginosis, sejenis jangkitan bakteria yang biasanya berlaku pada wanita mengandung atau wanita yang mempunyai beberapa pasangan
- Pil perancang keluarga
- Klamidia atau gonorea (penyakit kelamin)
- Diabetes
- Sabun wangi, losyen atau mandian buih
- Penyakit radang pelvik
- Trikomoniasis, sejenis jangkitan parasit yang kebiasaanya disebabkan oleh seks tanpa perlindungan
- Atrofi faraj, penipisan dan pengeringan dinding-dinding faraj sewaktu menopaus
(Sumber : The Asian Parent )
Cara Atasi Keputihan Gatal Dan Melampau
Cikza menggunakan Fluomizin, ianya digunakan untuk rawatan jangkitan faraj, yang disebabkan oleh bakteria (bacterial vaginosis), yis (jangkitan Candida) dan parasit (trichomoniasis). Ia juga digunakan untuk penyediaan keadaan aseptik sebelum pembedahan ginekologi atau kelahiran bayi.
- Dos yang biasa digunakan ialah satu tablet setiap hari.
- Tablet ini perlu dimasukkan jauh ke dalam faraj pada waktu malam sebelum tidur
- Biasanya selama enam hari berturut-turut.
Selepas penggunaan tu, Cikza akan rasa keputihan terusan keluar, tapi Cikza meruang untuk kelurakan keputihan serta baki ubat yang ada dalam vaginal tu. Keputihan melampau ni adalah penyebab penghalang kehamilan berlaku, jadi jika ingin merancang kehamilan, pastikan vagina sentiasa dalam keadaan bersih. gunakan pencuci vagina yang bersesuaian
Bahan utama estrak daun sireh, Pembersih Kewanitaan Daun Sirih SUMBER AYU membekalkan perlindungan tanpa bakteria. Formulasi ini diperhebat dengan wangian semulajadi yang memberikan kesegaran berpanjangan.
[…] alami masalah keputihan melampau yang boleh menganggu perjalanan merancang kehamilan. Jika mengikut pengalaman saya, tuan badan pun pernah alami. Peritnya tuhan sahaja yang tahu. sampai terasa gatal yang amat […]