Bikin gempak betul, penangan Khai Bahar dan Siti Nordiana ni. Netizen kalau boleh nak satukan sampai jinjang pelamin, mana taknya padan benor, aku tengok dorang berdua ni. Lagi pulak, dua-dua masih lagi single. Tapi firasat aku mengatakan, samada lagu ni marketing atau luahan. Kebiasaan pasangan bercinta ni suka buat luahan menerusi lagu. Kalau betul, cuma doa baik2 sahaja.

Kredit : Facebook Dia Semanis Honey

Satukan Rasa

 Siti Nordiana & Khai Bahar

Komposer: Dinda &  Kanda | Lirik: Iman Imran

Lamaku simpan perasaan ini
Tanpa terduga rasa cinta hadir
Puas menafi bisikan di hati
Namun tak terdaya
Untuk menghalang rindu
Aku pendam rasa
Dan menjadi teman
Engkau ingin ku miliki
Namun aku tidak mampu
Untuk memiliki cinta
Insan semulia sepertimu
Dikaulah bidadari
Temani tiap mimpi
Diriku diselubung rindu
Rasa penuh prasangka
Dia penguat jiwa
Kita pinta takdirnya
Pergilah sepi
Bulan bisik padanya
Benar ku cinta dia
Kau hidupkanlah rasa ini
Dikaulah bidadari
Temani tiap mimpi
Sungguh aku rindu
Cinta penuh prasangka
Kuatkanlah hatiku
Agar ikatan ini terjalin
Bulan bisik padanya
Benar ku cinta dia
Satukanlah
Satukan rasa
Please follow and like us:
error

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge