Husband aku ler, tiba-tiba mengidam nak sangat pekena Asam Pedas. Tapi ramai yang suggest semua tempat yang aku dah pernah pergi, rasanya suam-suam kuku lah. Tapi dok cakap kat husband yang aku teringin nak makan Asam Pedas dekat Pasar Borong, Cheng Melaka. Kalau sedap, memang pack gila lah. Nak cari parking pun payah. Tapi kalau dah sebab teringin, memang gigihlah Usaha Tangga Kejayaan.
Masa baru sampai tu, alhamdulillah masih tak ramai lagi. Tapi duk dengar ramai yang dah booking tempat. Ada yang 10 orang, ada yang booking meja sampai 5 meja panjang. Fuh! kalau dah sedap, memang ramai lah yang datang sini. Duduk borak dengan pekerja kedai tu, rata-rata ramai pengunjung yang sanggup datang dari Kelantan, Pahang dan Utara semata-mata nak makan Asam Pedas je tau.
15 Minit Dari Plaza Tol Ayer Keroh, Melaka
Mengambil masa 15 minit dari Plaza Tol Ayer Keroh, Dan 2 Jam dari Kuala Lumpur. Hanya perlu Google Maps sahaja “AsamPedasPasarBorong” rasa dah tak sabar nak pekena ni. aduh! Mujurlah perut dikosongkan terlebih dahulu adududu! KOrang dinasihatkan kalau nak JJCM Melaka ni, better kosongkan perut dulu.
Pekena Asam Pedas seeloknya waktu malam, baru syok sebab feel dia tu lain macam, bukan apa biasa makan berat2 pun kita ambil waktu dinner itupun ada acara family gathering. Tapi waktu kami pekena asam pedas tu around 9.30 malam, haaa kena lah tu. memang sesuai lah dengan perut. Ikut jerlah tekak suamiku ni. Giler apa laki bini ni menternak lemak waktu-waktu camtu.
Asam Pedas Gerai No 1 Matahari Cafe Menjadi Pilihan
Rata-rata ramai yang duk suggest salah satu kedai wajib dekat sini, sesuai dengan tekak dengan pedasnya tu. Weyh! aku dah cuba, memang sedap dan padu Asam Pedasnya tu. Sorry! aku memang cerewet bab Asam Pedas, sebab kalau di Kuala Lumpur, kebanyakkan yang aku jumpa semua jenis Cair je kuah rasa pun kelaut. Cuma Kalau nak cari Asam Pedas belah Nilai Boleh lah terjah D’Laila Mee Udang, situ Asam Pedas Telor Ikan Mayong memang fofular. Berbalik pada Asam Pedas Pasar Borong ni
Lokasi kedai ni, terletak betul-betul belakang Pasar Borong Batu Berendam tau, mulanya aku ikut maps yang diberi ingat, kedai tu dah pupus atau bertukar ke, rupanya belakang pasar je.
Alright! dihidangkan bersama, papedom, kobis goreng, telor masin tu wajib, tapi sambal belacan tu pedas dan padu, tak mustahil, laki aku minta nasi tambah 2 kali dengan sambal belacan tu sekali. Telor dadar dalam tu add-on je!
Aku tak sempat nak snap apa yang laki aku order, yang pasti dia punya menu mantop! Tapi dia punya menu mantop! Asam Pedas Ikan Jenahak Claypot, datang hidang memang berasap weyh! puas hati. Yang gambo atas ni, Aku punya menu lah! Asam Pedas Telur Ikan Tenggiri Claypot. Harga RM10 jer! Sorry lah korang gambo tak menarik, sebab pergi waktu malam.
Bila dapat kicap, gaul sekali dengan asam pedas ni, memang padu lah! bukan apa, kicap tu manis, asam pedas ni mantop pedas siap boleh hirup weyh! Kalau satu Claypot boleh habis, itu tandanya memang sedap dan wajib datang lagi. Tak Percaya?
Okeh! dah caya ke belum, licin kan? Ini bukti tanda sedap!
Keseluruhan memang padu dan sedap, lokasi pun strategik, ikan dan telor ikan yang aku dan husband order pun memang fresh, sedap Kuah tu, memang padu rasanya semua rencah complete, Tapi weekend kena mai awal, sebab kalau lambat, memang penuh, Kalau penuh tandanya sedap. Jadi rancang masa perjalanan korang tau, sebab waktu aku pergi weekday, main terjah je!
Asam Pedas Matahari Corner
Belakang Pasar Borong Batu Berendam, Gerai No 1
Waktu Operasi :
Selasa – Sabtu – 7.00 Malam sehingga 5.00 Pagi
Ahad – Isnin – Tutup
Akk peminat asam pedas. Nt boleh try zini
Try lah. X rugi dtg berbaloiii
Da dekat da tue ngn umh my mil..mmg mlk trknal ngn masakan asam pedas die..boleh cuba nie..
Wajib cuba.. rugi kalo x cuba memang sedap and padu
Kalau ke Melaka memang Marsha akan cari asam pedas. Boleh masuk wishlist tempat ni
Wajib masuk whistlist tau
Adoiii teruih rasa lapaq ni, sedapnyaaa
Aduii sabar mama. Nt p try na
Kena set kat reminder hp ni. Rasa macam nak try jugak.
Wajib cuba memang sedap padu