Skin Routine : Review Althea Petal Velvet Sunaway SPF50++

Sebulan lepas, Cikza terima parcel dari Althe Korea tu. Tapi disebabkan nak review bukan setakat sehari dua, Cikza letakkan masa selama sebulan untuk mencuba ke atas produk tersebut. Eh mesti korang tertanya-tanya kenapa Cikza selalu dapat kotak pink? Bertuah rasanya bila terpilih sebagao barisan Althea Angel yang melayakkan untuk membuat review segala produk keluaran Althea yang baru. Bahagia rasanya.

Meh kita nak kongsi produk terbaru dari Althea’s, Petal Velvet Sunaway. Ramai yang tertanya-tanya bagus sangat ke sebenarnya produk korea ni. Ini yang Cikza nak cerita dengan korang, jadi sila baca sampai habis. Jangan separuh jalan sebab ggih nak buktikan bertapa berkesannya produk ni.

Pertama Kali Penggunaan Terus Menjadi Kewajipan

Kulit Cikza sangat sensitif dan mudah sangat nak tumbuh jerawat, jika satu produk tersebut tidak bersesuaian. Tapi bila Cikza mencuba sendiri Althea’s Petal Velvet Sunaway sebagai base makeup untuk lindungi kulit Cikza, sememangnya sangat puas hati. Kadang ada setengah produk boleh menyebabkan kulit Cikza akan ditumbuhi jerawat halus dan tona tak sekata. 

Althea Petal Velvet Sunaway SPF50+  PA++++ ini mempunyai tekstur yang sangat ringan dan tidak mudah kelihatan telah diformulasikan dengan hyaluronic acid dan Damask Rose untuk memastikan kulit anda tetap segar dan hidrasi sepanjang hari tanpa timbul rasa kasar dan kesan putih pada kulit..

Disebabkan teksturnya yang sangat ringan, jadi ianya tak seperti produk base lain, ada yang likat tapi terus naik bebintik merah, Cikza tersangat puas hati dengan produk ni bukan sahaja, sebagai base mekap tapi turut melindungi kulit dari sinar UVA dan UVB. Jadi Cikza dapat buat aktiviti seharian tanpa halangan. 

Kalau Dulu Sentiasa Berpayung, Kini Tidak Lagi 

Kalau dulu, kulit muka Cikza kerap sangat Sunburn. Maklumlah selalu terdedah bawah matahari. Jika dulu Cikza sebelum nak pakai mekap, tiada satu produk apa pun untuk dijadikan base. Tapi setelah sebulan penggunaan sememangnya sangat sesuai dengan kulit, dan Jeragat serta jerawat halus di muka Cikza semakin berkurangan. Jadi pentingnya untuk kita guna pelindung matahari, mesti lah untuk melindungi kita dari sinaran UVyang  sekaligus menghalang terbentuknya jeragat. Selain tu untuk mengekalkan kondisi kulit yang cantik, agar tidak berkedut atau tidak sekata.

Cara Penggunaan Yang Sangat Mudah 

Cara penggunaan pun sangat mudah, Cikza hanya “apply” di kulit sebelum di oles dengan “Compact Powder” tidak terlalu sedikit dan banyak, tapi sedang-sedang je. Setiap kali nak mekap, benda penting untuk di apply kat muka kita yang comel ni. Dengan botolnya yang cute dan comel bersaiz 55ml ianya mudah dibawa kemana-mana dan disimpan. Sebut Compact powder, Cikza adalah pengguna setia Althea Petal Velvet Set (Sunaway + Powder) tau

Bagi korang yang ingin untuk dapatkan produk tersebut, boleh rujuk detail dibawah yang Cikza kongsikan, tapi rugi sangat kalau korang tak dapatkan, sebab ada setengah produk korea yang lain, agak tak sesuai dengan kulit kita, tapi dengan Althea’s, Petal Velvet Sunaway tak perlu risau lagi. 

RM 53.10
 
RM 43.00
 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge