RESEPI

Resipi Puding Roti Kukus Berkuah Kastard Sedap Dan Cepat

Assalammualaikum Semua! Harini perkongsian kita, tiba-tiba teringat ada puding roti kastard versi kukus mudah dan cepat, Senang cerita campak-campak sahaja. Lagi pulak, resipi ni sesuai dihidangkan buat tetamu yang datang menjamah. Cikza punya style mudah je, barang tak berapa nak cukup pun boleh je buat hahah! Jom baca sampai habis perkongsian kita ni.

Resipi Puding Roti Kukus Berkuah Kastard

Bahan A

  • 15 keping roti putih ( carik-carik sampai halus )
  • Kismis Hitam / Buah ceri Campuran

Bahan B ( Guna Blender Je )

  • 2 sudu marjerin ( dicairkan )
  • 1 tin susu cair
  • 2 biji telor
  • 1 sk vanila
  • Gula ( ikut suka )

Bahan C ( Kuah Kastard )

  • 3 sudu besar tepung kastard
  • Gula ( ikut suka )
  • 1 tin susu cair
  • Air ( jika perlu )

Cara Penyediaan

  • Panaskan pengukus dan biarkan, sambil-sambil nak tunggu didih, Roti putih dicarik sehingga halus atau ikut suka nak carik besar mana pun, lepastu terus letak bahan yang di blender tadi, taburkan kismis hitam dan buah campuran kering. Bila pengukus dah mendidih, terus letak dan biarkan selama 45 minit – 60 minit.
  • Penyediaan kuah mudah je, satukan bahan C lepastu panaskan atas api yang perlahan, sehingga sedang-sedang likat.
  • Bila roti dah masak, curahkan kuah kastard atas puding roti tu, memang mabeles, jika makan dalam keadaan panas-panas atau ada yang suka makan dalam keadaan sejuk. Selamat Mencuba

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge