Rancang Kehamilan Selepas Keguguran Dengan D’ Folia Dan Sedu Arrow

Korang masih ingat lagi tak Cikza pernah alami Pengalaman Mengandung Luar Rahim? Kalau masih ingat, bila di kira-kira dah hampir setahun rupanya. Tapi kalau korang nak tahu, Cikza ni jarang nak consume sebarang jamu sebab penyakit SLE yang Cikza hadapi. Namun dalam diam Cikza cuba amalkan secara diam-diam tanpa pengetahuan doctor! ( Kalau doctor tau, memang kantoi lah! ) 

Baca : Pengalaman Kandungan Luar Rahim Yang Mengerikan

5 Bulan Tidak Datang Haid Selepas Mengandung Luar Rahim

8 Febuari 2018 adalah tarikh Cikza kena EP ( Ectopic Pregnancy ), 3 bulan selepas tu period datang on time seperti biasa, ingatkan dah normal back. Jika dulu, nak sampai ke period seterusnya kena tunggu 46 hari tau. Lamanya tapi ramai je yang alami seperti Cikza. Selepas 3 bulan period datang teratur, masuk bulan ke-4 terus period tak datang, bila masuk 2 bulan je, siapa tak cemas. Mulalah terfikir nak buat UPT

Kawan-Kawan Support EP Group Jadi Pemberi Semangat Dan Tips Nasihat

Masuk bulan ke 2, terus buat UPT, tapi Cikza tetap chill dan positif, ( Bukan UPT yang positif ) bila semuanya negatif, termasuk bulan-bulan seterusnya, ia berlarutan selama 5 bulan. Siapa tak sedih, ada ketika Cikza menangis juga. Tapi banyak bersabar, suami dan famili serta rakan-rakan yang banyak memberi nasihat dan galakkan. Dalam masa 5 bulan, Cikza chill dengan bantuan suami tersayang, hari=hari sepanjang masa Cikza tergelak sakan. Tiada satu pun asyik berfikiran negatif.

D’ Folia Dan Sedu Arrow Memang Jamu Terbaik Dan Puas Hati Keluaran Sendayu Tinggi

Lama tak datang period hati mula risau, lepastu ada yang syorkan, D’Folia Dan Sedu Arrow, tapi sebelum tu memang Cikza tak yakin langsung dengan produk ni. Namun 3 hari Cikza study dekat google tentang D’Folia dan Sedu Arrow adakah bersesuaian dengan Cikza. Jadi bila doktor SLE dah bagi greenlight kena stop ubat, siapa tak seronok. Terus consume D’Folia Dan Sedu Arrow itupun pertengahan bulan 11 (November)

Har[ yang ditunggu telah tiba, masa tu nak nangis bila sebulan consume D Folia dan Sedu Arrow memang period keluar, walau tak banyak, namun Cikza tetap puas hati. Masa tu, segugut pun tak rasa, tapi mual macam orang mengandung tu ada. Cuma waktu OPK positif tu selang beberapa hari dapat False Line UPT cuma redha je. Teruskan jugak consume sampai harini.

Bulan Kedua Period Terkejut Dengan Teramat Sangat Tapi Itulah Buktinya

Masuk bulan kedua period memang terkejut yang amat, period datang on time, tak miss. Tapi hari pertama je, keluar spot blood tau. Waktu tu terfikir eh! mengandungkah aku. Rupanya, esok tu, dibilasnya dalam rahim, keluar Black Blood mula risau, tapi syukur bila ke klinik, doctor terkejut. Jangan panik bila keluar darah hitam, kalau korang nak tahu itu adalah darah kotor lama yang tersimpan dalam rahim kita. ( Rujuk Gambar )

5 bulan tak keluar period, tapi bulan pertama tak berapa ummph! masuk bulan kedua berterusan keluar selama 6-7 hari seperti biasa. Bila lama tak period, banyak darah lama akan terkumpul dalam rahim. Tapi Cikza teramat puas hati dengan produk ni, melancarkan darah haid tau rupanya. Masa awal-awal memang akan rasa lesu, lama-lama makin cergas dan cergas. Cuma kena banyak amalkan air putih, Rutin Cikza setiap hari sebelah pagi 1 liter dan sebelah petang 1 liter.

Kebaikkan D Folia Dan Sedu Arrow 

Ramai yang tidak tahu kebaikkan, kalau korang nak tahu, CIkza amalkan kedua produk tersebut setelah disyorkan untuk membaiki dalaman dan reproduktif kesuburan Cikza. Alhamdulillah baru-baru ni, result teramat baik, jika di bandingkan dengan rawatan yang lepas. Tapi meh Cikza nak kongsi.

Kelebihan D’ Folia Untuk Rancang Kehamilan Dari Dalaman 

  • Merapatkan otot dan tisu dalaman rahim dan sistemnya
  • Menyuburkan, menyihatkan rahim dan mengatasi masalah keputihan
  • Menguatkan kembali cengkaman otot-otot rahim selepas bersalin
  • Mengurangkan sengal dan merapatkan tulang punggung selepas proses mengandung dan bersalin
  • Meransang hormon seks wanita dan mengurangkan lendir berbau, kotoran dalam rahim
  • Menyembuhkan luka dalaman selepas bersalin, keguguran atau selepas pembedahan
  • Menaikkan seri wajah dari dalaman

 

 

**Pengambilan Hendaklah Konsisten Untuk Mendapat Kesan Yang Lebih Baik 

Kelebihan Sedu Arrow Untuk Dalaman Wanita

  • Melambatkan proses menopaus yang dialami oleh setiap wanita.
  • Mencuci untuk mengelakkan salur fallopian tersumbat akibat ovum yang mati.
  • Meransangkan hormon dan mengaktifkan ovum (telur) untuk menyuburkan dan mencantikkan kulit.
  • Menyuburkan ovari, menyihatkan rahim dan mencantikkan kulit.
  • Mempercepatkan proses pelangsingan.
  • Melancarkan perjalanan darah.
  • Mengatasi masalah tombong atau rahim terkeluar, lemah dan kencing tidak lawas.
  • Menambah keinginan seks dan hormon wanita.
  • Membantu masalah wanita yang mengalami pusingan haid yang tidak teratur.
  • Menstabilkan hormon estrogen

**Pengambilan Hendaklah Konsisten Untuk Mendapat Kesan Yang Lebih Baik

Siapakah Yang Digalakkan Mengambil Produk Ini?

 

  • Wanita yang sering keguguran
  • Wanita yang bersalin secara pembedahan
  • Wanita yang sering beranak dan mengalami masalah perut buncit
  • Wanita yang memiliki rahim yang tidak subur atau kuat
  • Wanita yang mengalami masalah keputihan
  • Wanita selepas bersalin ataupun keguguran kurang dari 2 bulan
  • Wanita yang inginkan anak
  • Wanita yang mengalami masalah seksual
  • Wanita yang mengalami haid tidak teratur

** Cara Pengambilan : 2 biji ( 30 Minit Sebelum Makan ) Pagi / Petang

Jadi tak salah mencuba, ini adalah botol kedua tau setelah Cikza consume, sebab dalam botol ada 60 biji, harga ada yang lain-lain, cuma haritu Cikza beli dekat Shopee ! Murah Gila! tahan untuk sebulan, Cikza amalkan 2 kali sehari. Dan pengalaman ini adalah hasil dari apa yang CIkza rasa, dan review ni jujur dan telus. Memang sangat digalakkan untuk mereka yang baru keguguran.

Jom Beli D’Folia Dan Sedu Arrow Murah Gila

DISINI

11 thoughts on “Rancang Kehamilan Selepas Keguguran Dengan D’ Folia Dan Sedu Arrow”
  1. Wahh diam diamm eh consume tanpa doktor tahu. Nak call doktor jap lah, nak habaq hahahaha.

    Alhamdulillah~ syukur kepada Allah usaha membuahkan hasil@ Moga cikza lepas ni datang bulan dengan konsisten dan sihatt Aamiin 😀

  2. Saya mula makan dfolia dan sedu arrow..tapi boleh ke 1biji dfolia 1biji sedu arrow setaip kali makan?

  3. Antata fungsi sedu arrow adalah mencuci salur follopia yg trsumbat..jadi boleh kah wanita yg salur follopiannya telah diikat/dipotong mangamalkan sedu arrow inii.

    1. Saya sendiri salur fallopian dah dipotong sebelah kanan. Berikutan baby membesar dan pecah disitu.. alhamdulillah. Waktu tengah 2ww sy xmakan. Takut panas pulak nt bila ovulasi berlaku.. lepas 2ww if xde sy makan semula. Sbb org kata jamu xelok tuk bakal early pregnancy

  4. just nak share pengalaman saya … bulan 12 , 2017 saya juga membuat pembedahan ektopik ..buang tiub fallopian sebelah kiri …berpantang x lama …kemudian saya d sahkan mengandung semula dengan kandungan normal … bersalin bulan 10 , 2018 …saya hanya mengamalkan jamu kampung ..saya doakan sis juga cepat menimang cahayamata ..Aminn

Leave a Reply to Azimah Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge