Semua orang punya azam setiap datang dan pergi silih berganti setiap tahun, begitu juga Cikza dan keluarga. Jika tahun lepas Cikza punya 5 azam yang tiga daripadanya telah tercapai. Tapi tidak kesampaian. Tapi bagus sebenarnya jika kita mempunyai azam, sebab boleh jadi bersemangat untuk mencapai target yang diperlukan.
Adakalanya azam yang yang diciptakan sekadar indah khabar dari rupa, sebab kadang boleh bertahan tak sampai 2-3 minggu je, sekadar menulis dan tutup sebelah mata. Senang cerita mengikut orang lain macam meniru orang lain. Tapi harini, Cikza nak berkongsi Whistlist 2019 yang akan Cikza cuba sedaya upaya untuk capai. Jom baca beberapa azam tahun baru 2019 dari seketul Cikza yang menjadikan Neffos C7 sebagai pemangkin semangat.
5 (Lima) Azam Tahun Baru 2019 Cikza Yang Penuh Warna Warni
1 – Hadiahkan Abah Tersayang Telefon Pintar Untuk Kegunaan Harian
Cikza bersemangat nak hadiahkan abah telefon pintar yang canggih, sebab telefon abah yang ada selalu sangat bermasalah. Abah selalu mengadu telefon beliau bermasalah sehingga kalau Cikza nak bercakap lama-lama pun, kejap je terus terputus sebab bateri bermasalah. Semoga kasih sayang Cikza ni akan ku hadiahkan sama seperti bateri Neffos C7 kapasiti hanya 3060 mAh, yang mampu bertahan sehingga 429 jam (Standby Time) dan 23 jam untuk waktu bercakap (Talk Time). Walau berjauhan, tapi terasa dekat dengan adanya Neffos C7 disisi abah, dapat video call dan telefon abah lama-lama.
2 – Cipta Lebih Banyak Kenangan Bersama Yang Tersayang Dengan Rezeki Zuriat
Cikza pernah lalui, satu episod duka, dimana pernah keguguran & Pengalaman Kandungan Di Luar Rahim waktu tu perit sekali nak menerima hakikat. Alhamdulillah, suami dan keluarga banyak memberi semangat dan pemangkin untuk Cikza teruskan kehidupan. Kini Cikza bersemangat untuk berkongsi Hitam putih kehidupan perjalanan hidup Cikza bersama kamera hadapan 8MP untuk pengalaman selfie yang lebih menarik digandingkan bersama Real Time Beauty Mode (10 tahap).
3 – Nak Menjadikan Blog Sebagai Perkongsian Yang Bermanfaat.
Blog bukan sekadar diari, tetapi Cikza selalu berkongsi tentang lifestyle dan perjalanan tentang seketul Cikza. Ada hitam manis kehidupan, terutama bab makan. Selain pekerjaan tetap, blog adalah sumber pencarian kedua untuk Cikza. Dengan hasil kemenangan yang lepas, harap dapat menjadikan tahun 2019 sebagai pembuka semangat untuk Cikza berblogging secara serius sama seperti sensor 13MP f/2.0 dengan sokongan PDAF (phase-detection auto-focus) dengan kepantasan 0.2 untuk memastikan anda tidak terlepas mana-mana detik penting ketika mengambil gambar. Pantas dan berkeyakinan jika diberi kepercayaan untuk membuat review produk yang berkaitan.
4 – Nak Capai Target Untuk Mendapatkan Rumah Sendiri
Penat duduk menyewa, tapi berbalik Azam No 3 ianya berkait rapat. Walau tidak seberapa. Cikza punya keinginan untuk duduk dirumah sendiri. Jika blog dapat membantu memberi manfaat apa yang diperlukan, usaha tangga dan kejayaan adalah kunci untuk Cikza terus berjaya sama seperti Neffos C7 yang didatangkan dengan paparan skrin HD bersaiz 5.5inci untuk pengalaman yang lebih baik.
5 – Nak Turun Berat Badan Untuk Kesihatan Lebih Baik
Jika berat sekaran 80kh, Cikza kena dapatkan berat badan ideal seperti 70 – 75 kg untuk dapatkan Azam Tahun 2019 Yang No 2 tu. Bukan apa, Korang semua tahu, Cikza ada masalah Penyakit SLE yang hampir 10 tahun lamanya, jadi untuk rezeki zuriat, Cikza perlu kawal pemakanan disamping dapatkan berat badan yang ideal sama seperti Neffos C7 yang mempunyai jaminan selama 2 tahun, betul ke? Rupanya bukan itu sahaja, tapi turut ditawarkan One To One Exchange sekiranya telefon pintar anda bermasalah dalam tempoh 3 bulan pembelian.
Yeay! harap sangat Azam Tahun Baru 2019 Cikza dapat direalisasikan dengan sempurna dengan semangat memiliki Neffos C7 yang dijadikan sebagai inspirasi kehidupan. Kawan-kawan doakan tau, dalam kesemua azam diatas harap dapatlah disempurnakan. Eh! mesti tertanya-tanya apa tu Neffos C7 tu. (Baca Sini – Ciri-Ciri Neffos C7 Yang Buat Korang Tersuka Tanpa Paksa)