Alhamdulillah, diperkenalkan oleh YB Shehan, merupakan sahabat blogger ommi, Pada awal rasa macam tak berapa best sangat. Macam tak yakin pun ada. Tapi YB Shehan dan Team banyak membantu. Walaupun ommi jarang ada sale, namun bila ada sale tu, dia punya syukur tak terkata. Nak-nak sekarang, dengan keadaan yang bakal bertambah ahli keluarga. ( Doakan baik2 jika ada alhamdulillah ) wajib cari satu pendapatan sampingan.
Kenapa Ommi Join Cuckoo?
Wah! banyak aspek ommi berkenan dengan Cukcoo ni. Sebelum ni, ada yang promo pasal penapis air tapi buat pekakkan telinga sahaja. Lagi pulak waktu tu tak berminat sangat. Bila dah berkahwin ni, baru tahu apa kepentingan air bersih dalam kehidupan, nanti ommi cerita. Cuma ommi banyak buat secara online, kalau nak edar flyers tu, segan ya rabbi. Tapi cuba jugak mana tahu rezeki.
Yeay! Ommi Jadi Ejen Penapis Air Cukcoo
Alhamdulillah, berkat penerangan menarik, dan konsisten, baru ommi faham kenapa pentingnya penapis air di rumah. Kenapa Ommi berkehendak sangat nak join Cukcoo?
- Nak Tambah Pendapatan
- Nak Beri Keselesaan Pada Hidup
- Nak Penuhkan Tabung Umrah
- Nak Penuhkan Tabung SImpanan Semula
- Nak beri Kesenangan Pada Famili ( Mungkin Sekarang Belum Berkemampuan, sebab Bilis kerdil lagi, siapa yang nampak )
- Nak Bantu Suami Luaskan Pendapatan
- Nak Beli Apa Yang Diidamkan?
- Nak Beritahu Cuckoo Adalah Yang Termurah
- Nak Shoppingg
- Nak Berjaya, biar orang nampak apa yang ommi buat. ( Almaklumlah selalu di perkecilkan )
Itulah, sebab-sebab utama ommi join Team Cuckoo, selain mengubah nasib famili, sambil-sambil tu nak berkongsi wajibnya penggunaan air bersih dalam kehidupan seharian. Lagi pulak, Tiada Yuran Diperlukan untuk menjadi Agen Cuckoo pun.
Permulaan Dengan Satu Customer Dalam Satu Minggu
Baru minggu pertama dah dapat satu customer, itu namanya rezeki. Katanya puas hati, memang terbaik, biasanya ramai yang kata suruh berkongsi dengan saudara-mara, tapi senyap je! hahahaha! Maklumlah kita ni,, mana pandai marketing. Cuma buat secara online sahaja. Lagi pulak memang target kita tinggi, tapi bukan apa, saingan ramai itu tak mematahkan semangat. Apa kata korang roger Ommi bila nak pasang penapis air, murah sangat semuanya bawah RM100. –
Instagram Cuckoo By Cikza