Psst! ada movie baru bakal release lah 1 November 2018 ni. Tapi kebiasaan sebelum Cikza nak menonton satu cerita tu, wajiblah Cikza tapis dulu kan, sebab nak tahu jalan cerita best ke tak? menarik ke tak? Apa tarikan terbaik dalam cerita ni? semua tu bergantung pada trailer yang dipaparkan.

Boleh Ke Filem Operasi X Movie Dinobatkan Filem Terbaik 2018 ?

Rupanya filem Operasi X Movie bakal menyusul kat panggung wayang terdekat. Rata-rata yang tengok trailer ni, semuanya kata mengarut,  itu tak kena ini tak kena. Jika tengok di youtube pun rata-rata yang komen pun semua kata mengarut. Tapi betul ke? Ke andaian korang je!

Tapi Cikza bersemangat nak jugak tengok sejauh mana mengarutnya movie ni, sebab semua yang komen tu rata-rata yang bijak bistari, kita ni masih lagi kolot di takuk lama dik! Haish! agaknya yang mengarut ni lah bakal dapat Anugerah Filem Terbaik 2018 macam Filem Dukun hakak tak percaya tau.

Trailer Operasi X Movie 2018

Filem ini mengisahkan seorang Assistant Superintendent, iaitu ASP Redzuan yang mula hilang kepercayaan terhadap pasukannya apabila dia menyaksikan sendiri di depan mata kematian rakan baiknya, Inspektor Aman. Lebih menyedihkan kawan baiknya itu dipercayai telah dibunuh oleh pihak polis.

Redzuan seterusnya membawa diri dan tidak berhubung dengan sesiapa. Beliau telah tinggal di sebuah pulau terpencil, menyembunyikan identitinya daripada penduduk di situ. Tetapi Dato’ Mokhtar dan DSP Anwar dari Bukit Aman dapat menjejakinya. Atas arahan, ASP Redzuan kemudiannya telah ditugaskan untuk mengetuai operasi yang dinamakan Operasi X untuk menumpaskan Geng Belut.

Tak Sangka Awie Dah Macam Sivaji The Boss Malaysia Bergabung Pula Dengan Aaron Aziz Rasanya Boleh Meletop Ke Filem Terbaik 2018 Ni?

Masa Cikza tengok trailer tu, mulanya ingatkan sapa lah, rupanya Dato’ Awie ngkooo! terkejut ugaklah sebab dah macam rupa Sivaji The boss Versi Malaysia. Kalau selalu Cikza tengok watak awie ni kebanyakkan semuanya jiwa lembut. Bermula dari cerita sembilu, sampai cerita Hantu Kak Limah 2018 memang tak kering gusi, ada je komedinya tu.

Lepas tengok trailer ni, rupanya nampak dah gaya-gaya samseng komedi kabonya lah. Tapi agaknya samseng hati tisu kot! Lepastu berganding pulak dengan Aaron Aziz yang tinggi, tegap dan tangkas tu, rasanya mampu tak Filem ni boleh dapat Anugerah Filem Terbaik 2018?

Barisan Pelakon Berpengalaman Mungkinkah Dapat Membantu Memberi Impak Yang Positif?

Kalau tengok barisan pelakon jangan kabo lah! semuanya ternama jugak antaranya seperti Dato’ Awie, Dato’ Aaron Aziz, Datuk Yusof Haslam, Nasir Bilal Khan, Hairul Azreen eh! banyak lagi lah semuanya berpengalaman. Sekilas pandangan tengok dah macam gaya gabungan drama Gerak Khas. Dan untuk pengetahuan korang semua, Operasi X adalah sebuah filem aksi terbitan Dream Pictures Production dibawah arahan pengarah Sandosh Kesavan.

Aduhh! komen-komen yang ada ni, macam buat Cikza semakin teruja nak tengok, best ke idok filem ni! Boleh pergi jauh ke? Don’t Judge Book By Cover tau! Ntah-ntah kebabom alan ceritanya. Tapi semuanya terjawab jika Cikza menonton sendiri filem terbaik 2018 Operasi X Movie di pawagam yang terdekat bermula 1 November 2018 ni! Eh! nak ajak asben kita lah sebab dia minat Dato’Awie.

Keterangan lanjut mengenai filem Operasi X, boleh layari:-

Facebook
Instagram
Twitter
Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *