Nasi Goreng Gila Memang Gila Terangkat Di Cheese Banjir

Restoran Cheese Banjir di Desa Pandan sekali lagi jadi tumpuan Cikza, entah ke berapa kali repeat mai singgah sini. Khabarnya ada menu baru yang menarik hati. Bukan apa, selalu duk scroll Cheese Banjir Facebook Page ni buat rasa terliur bila ada menu baru launch kat situ. Eh! bukan fokus western je tau! ada lagi menu menarik yang wajib korang cuba. Apa yang menarik kat sini, sila baca sampai habis!

Baca : Lunch Sedap Di Cheese Banjir Memang Padu Dan Terangkat Habis

Sekali Lagi Menjadi Tumpuan Dengan Menu Yang Tak Masuk Akal 

Kafe kat sini, kalau korang nak bawa pasangan untuk dating atau sambut parti hari lahir memang sangat sesuai. Persekitaran kat situ memang nampak sangat-sangat romantik. Tapi harini Cikza nak berkongsi menu gila baru yang tak masuk akal. memang meriah dan padu rasanya. Nasi Goreng Gila. Kalau sebut je Nagi Goreng Gila mesti dah terbayang pelik or tak masuk akal. Tapi kalau korang try order memang tak masuk akal ramuannya tu tau dengan portion nya lagi.

Nasi Goreng Gila Memang Betul-Betul Menu Gila Terangkat Di Cheese Banjir

Yess! in lah menu baru yang dikatakan boleh menggila dibuatnya, Nasi Goreng Gila, terdapat pelbagai variasi yang boleh korang pilih satu-persatu mengikut kegemaran korang. Nasi goreng gila ni memang betul-betul gila banyak portionnya untuk hadap 2 orang sekaligus setanding dengan harga yang di letakkan. Dengan ramuan yang memang banyak gila, memang betul-betul padu dan segalanya gila termasuk Pedas gila. hahaha!

NASI GORENG GILA KETAM SENGET | Sumber FB Cheese Banjir
NASI GORENG GILA BAWAL SEMPOI | Sumber FB Cheese Banjir
NASI GORENG GILA UDANG GALAH AMAZON | Sumber FB Cheese Banjir
NASI GORENG GILA SOTONG PENAMPAQ | MENU YANG CIKZA ORDER

Kalau korang nak tahu, harga untuk sedulang bergantung pada menu yang korang pilih. Kenapa Cikza kata ianya berbaloi? sebab semua ramuan yang ada memang kena dengan harga seperti daging kambing, sotong, udang, bebola, fishcake, eh banyak lagi lah. Dihidang bersama semangkuk kecil sup, dan telor mata. Terlupa pulak. ada sambal belacan dan ulam timun tau.

Haaa! Jangan tak tahu, Keropok mony adalah menu rasmi kat sini. Kalau korang datang sebelum nak ambil order staf dorang akan letakkan semangkuk kudap kepok mony tuk korang hadap! Serius tak cukup semangkuk, takpe boleh repeat. Disebabkan haritu habis semangkuk oleh sang suami, bersyukur ada lagi kepok mony dalam hidangan Nasi Goreng Gila yang Cikza order.

Tetamu Khas Adalah Encik Suami 

 

Tetammu khas kalini adalah encik suami kita sendiri, itulah kawan food review kita tau. Tapi asben kita memang suka datang sini, menu wajib beliau adalah Chicken Grill, dari awal Cikza kenalkan Cheese Banjir kat husband memang itulah dulu kini sehingga harini. Katanya, Chicken grill tu sedap, ditambah dengan perasa rencah grill tu buat lebih juicy. Dengan dia lah Cikza selalu berebut mangkuk kepok mony, nak minta refill malu hahahahahah!

Waktu ni, ada sebab kenapa Cikza dapat pekena Nasi Goreng Gila, alkisahnya ku tunggu beliau dari jam 11pagi hingga 6 petang di pejabat, disebabkan beliau ke Lancang,Pahang. Sebagai upah, dia beri makan apa yang tekak puan isteri nak makan. Dalam gambar tu nampak tak ada mangkuk kepok mony yang dia habiskan tanpa teringat Cikza sebagai isteri nak jugak mony tu. sadis tol!!

Makan Sudah! Kenyang Pun Sudah! Tiba Masa Berangkat Pulang Dengan Membawa Perut Yang Sebu! Terima Kasih Husband Montel!!

 

Kenyang makan menu tu sampai bertahan ke pagi, Nasi Goreng Sotong Penampaq menu yang Cikza order memang bukan calang-calang menu, dengan sotong bapak besar puas hati, pedas padu semuanya ada, now baru faham kenapa dipanggil nasi goreng gila, ( scroll balik atas, akan nampak sebab-sebabnya kenapa dipanggil nasi goreng gila ) Lekaihhh! bawa famili atau pasangan korang mai datang sini, pekena Nasi Goreng Gila! berharap korang pun tak gila macam Cikza lepas makan tu. Tersebuuuu Gila!!!!

For More Information :-

Restoran Cheese Banjir

Alamat : Lot G10, G-Village, Jalan 1/76D, Desa Pandan, 55100 W.P Kuala Lumpur
Waze : Cheese Banjir
Telefon : 017-252 0031
Waktu Operasi : Setiap Hari (10.30 pagi – 10.30 malam)
2 thoughts on “Nasi Goreng Gila Memang Gila Terangkat Di Cheese Banjir”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge