Dua Cara Baiki Saluran Air ( Floor Trap ) Tersumbat Bermodalkan Bawah RM10

Baru-baru ni, dah masuk kali kedua, salur air asyik tersumbat je manjang. Bukan apa, sebelum ni pernah jadi, boleh bergaduh dengan jiran yang duduk bawah rumah kita. Satu lagi kita hidup berjiran kenalah berbaik-baik terutama korang yang duduk rupah pangsapuri atau apartment. Jika yang duduk di level bawah sekali tak perlu risau nak fikir, Tapi jika korang yang duduk di tingkat 2, 3 dan 4 bagaimana nak hadap kan.

Dua ( 2 )Cara Baiki Saluran Air ( Floor Trap ) Tersumbat Bermodalkan Bawah RM10

Nak upah tukang paip memang agak mahal, kebiasaannya RM 50-100 kalau nak baiki salur air tersumbat atau floor trap. Tapi sebenarnya tahukah korang ada 2 cara yang sangat berkesan untuk baiki salur paip tersumbat ( floor trap ) bermodalkan bawah RM 10 sahaja. Kadang apa yang ada di dapur rumah kta tu sebenarnya sangat berguna tau, jika tak dimanfaatkan. Maklumlah Cikza ni anak tukang paip, mujur macam-macam ilmu abah turunkan pada Cikza

#Pertama (1) : Sabun Pencuci Pinggan Joy & Sunlight Dan Air Panas ( Bawah RM 6.00 sahaja )

Kalau korang perasan, pencuci pinggan jenama joy atau sunlight sangat berkesan dalam menanggalkan minyak kotoran yang melekat dikuali, jadi jangan tak tahu, ianya boleh dimanfaatkan jika saluran air tersumbat tau.

  • Ambil sebotol pencuci pinggan JOY atau Sunlight Dan Tuangkan kedalam salur air yang tersumbat biarkan selama 15 minit. Tak perlu kacau dan sebagainya, duduk diam dan tunggu sahaja. 
  • Ambil air panas mendidih curahkan dalam lubang saluran paip tadi, tak lama tu korang akan nampak air tu semakin menurun. 
  • Rajin-rajin cuci salur agar tak tersumbat dengan sunlight atau joy 3 minggu sekali. 

#Kedua (2) : Baking Powder, Cuka Makanan, Dan Air Panas Mendidih ( Bawah RM 10 )

Siapa kata apa yang ada kat dapur semuanya tak berguna, sebenarnya sangat berguna, jangan ingat, baking powder dan cuka tiada gunanya bila korang hadap, saluran air tersumbat ( floor trap ) sebenarnya sangat berguna. Korang yang suka cuci kuali dengan buang minyak dalam sinwi tu wajib ambil perhatian.

  • Letak baking powder, dalam salur air yang tersumbat, dan cuka sebotol. Biarkan ia berbuih jika semalaman lagi bagus. biasanya tunggu 30 minit je, nak hakis sisa kotoran degil dalam lubang tu. Kadang korang cuci kuali berminyak kan boleh jadi tersumbat 
  • Selepas 30 minit, letakkan air panas yang mendidih. sehingga penuh pemukaan. Biarkan seketika ( kadang 1 jam baru korang boleh dengar air tu berdesup mengalir laluan salur. 

Tapi Cikza haritu, guna dua-dua cara, ulang sehingga floor trap tu bersih, bilas dengan sabun lagu sangat disyorkan tak perlu nak menunggu lama. Kadang ada yang rajin, duk guna dawai atau punch dengan rotan paip silap-silap boleh terjolok sampai rumah bawah. Barang yang Cikza syorkan ni jimat dan sangat bermanfaat.

 

Full Link Video

6 thoughts on “Dua Cara Baiki Saluran Air ( Floor Trap ) Tersumbat Bermodalkan Bawah RM10”
  1. Jadi kak ..t kasih banyakk atas perkongsian ilmu..al kisah cuti CNY plumber cuti..google² jumpa blog ni..
    Sunlight+air panas=it works really well !!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge