Haritu suami ajak Cikza layan movie, almaklum belum sempat nak bagitahu ada movie dah release, dia offer sendiri ajak layan filem baru yang baru je Cikza nak bagitahu dia, Filem Operasi X The Movie. Orang dah belanja takkan nak menolak.

Tapi Cikza tengok pada Trailer Operasi X The Movie pada awal nampak macam best, dengan pelbagai aksinya, kebabomnya, feeling romantiknya adoii macam-macam ada. Tengok pada trailer tu pada awal belum terbukak hati sangat nak layan, tapi lepas baca sinopsis dan jalan cerita buat Cikza tertanya-tanya nak tahu, adakah Operasi X gempak sangat atau hanya sekadar nama je. 

Jom Kita Throwback Balik Sinopsis Filem Operasi X The Movie

Filem ini mengisahkan seorang Assistant Superintendent, iaitu ASP Redzuan yang mula hilang kepercayaan terhadap pasukannya apabila dia menyaksikan sendiri di depan mata kematian rakan baiknya, Inspektor Aman. Lebih menyedihkan kawan baiknya itu dipercayai telah dibunuh oleh pihak polis. Redzuan seterusnya membawa diri dan tidak berhubung dengan sesiapa. Beliau telah tinggal di sebuah pulau terpencil, menyembunyikan identitinya daripada penduduk di situ. Tetapi Dato’ Mokhtar dan DSP Anwar dari Bukit Aman dapat menjejakinya. Atas arahan, ASP Redzuan kemudiannya telah ditugaskan untuk mengetuai operasi yang dinamakan Operasi X untuk menumpaskan Geng Belut.

Filem Operasi X The Movie Mempunyai Kekuatan Dengan Barisan Pelakon Berpengalaman 

Kalau tengok pada barisan pelakonnya, bukan calang-calang, semuanya dah otai dalam industri filem ni. Macam Dato’Awie, Datuk Yusof Haslam, Dato’ Aaron Aziz. Zaidi Omar Hairul Azreen Dan ramai lagi. Itu salah satu tarikan ramai yang berkeyakinan filem ni mampu pecah panggung dibuatnya. Tapi betul atau tidak dah pecah sila panggung ke belum, korang wajib tengok tau!

Kalau korang perasan, penampilan Istimewa Datuk Yusof Haslam ni, pada mulanya ingat ini Filem Gerak Khas tau! Tapi tekaan Cikza silap. Tak dinafikan beliau memang pelakon berpengalaman yang sedikit sebanyak  membantu dalam menaikkan impak Operasi X The Movie ni selain Dato’Aaron dan Dato’Awie.

5 Review Tentang Operasi X Filem Terbaik 2018 Padu Dan Gempak

#1 – Operasi X Kaya Dengan Peralatan Canggih Dan Perisik Berkaliber Sambil Terselit Unsur Ala Marvel. 

Fuh! Bukan calang-calang ni, Operasi X bermula dari penggodam, perisik, smash termasuk pemandu yang tak menahan tu pun ada. Dengan menggunakan peralatan yang terlampau canggih, Cikza terkejut, bila kecanggihan tu  boleh buat Cikza  katakan sedikit seakan dengan Filem Marvel Iron Man. Bezanya, tak secanggih empayar Stark yang boleh duduk sahaja, tangan bergerak, sampai tengah tidur pun masih bekerja. Tapi berbanding filem ni, masih menggunakan kuasa Keyboard. ( Nak tau kena tengok, Eish! Dalam Panggung tak boleh ambil gambar ) 

Intipati marvel pun, Pendapat Cikza lah, sebab  ada lah diselitkan sedikit kalau korang nampak, bila isyarat layang-layang dihantar kepada semua ahli Operasi X seakan Tony menghantar isyarat kepada ahli Marvel yang lain jika ada musuh menyerang. Dengan barisan ahli Operasi X yang mempunyai kepakaran Class A seperti Janggut seorang penggodam, Nash seorang perisik penyamaran yang hebat, Ali Mat seorang pemandu yang profesional dan Pablo seorang yang tangkas dan terlatih dalam seni mempertahankan diri mampu membuatkan Operasi X lagi nampak gah.

#2 – Watak Belut Yang Nampak Ganas Tapi Hati Tisu Teruk!!

Jika kita lihat Dato’ Awie memegan watak sebagai belut, seorang gangster yang sangat di geruni dan yang paling Cikza tak menahan dalam muka ganas tu, hati tisu terok! Dalam hati ada taman. Kita buka part watak bengis dulu tau, dimana waktu Awie bersahaja tembak rakan niaga beliau di tanah perkuburan secara bersahaja tanpa rasa bersalah. Lepastu part dia bantai pecahkan gitar, memang nampak ganas dah kat situ. Dengan alur muka tu dah boleh tau muka ganas ala gangster. Rambut pulak macam ala-ala gengster tamil. aduhh!

Sampai part, bila adik beliau mati di tembak dengan ?? Eh! tak best kalau bagitahu, part tu korang pergi tengok sendiri. Waktu adik beliau, Bong mati kena tembak, dia punya sedih tu adoi! kalau ada part tambahan elemen hindustan rasanya dah kena agaknya dengan jalan cerita ni. Next kita tengok part belut berhadapan dengan guru salsa tu pun, buat Cikza nak tergelak manjang. Dengan keras badan menari salsanya, lepastu muka gengster tapi mulut busuk, tak gosok gigi. Memang satu panggung boleh tergelak besar. Kalau Cikza cerita lagi, nanti tak suprise korang nilaikanlah sendiri bila tengok si belut, yang memang kena dengan namanya Gengster hati Tisu.!!

#3 – Bila Tok Adi Beralih Dari Tanah Kubur Kepada Dunia Jahat 

Selama ni Cikza tengok watak Tok Adi, yang lembut dan bersahaja memang terpaku ayu lah kiranya, tapi bila  duk tengok rupa tok adi kesayangan beta terus hilang dah tok uban putih, jadi muda beb! Betul! Cikza tak tipu, Tok Adi dah tukar profesion dari penggali kubur ke watak jahat! Gaya lentok beliau tetap masih kekal macam Tok Adi kesayangan beta! Cuma lepas di transform kepada watak jahat, terbang segala serban atas kepala tok, terus hitam rambut tu haaaaa!  Satu part bila part dia sebut tentang kematian memang masih lagi nampak unsur elemen Tok Adi kesayangan beta dalam Tanah kubur waktu tu memang tak dinafikan. Terbahak Cikza gelak.

Aku bisik kat laki aku…

” Agaknya, Tok Adi Dah Bosan Jadi Penggali Kubur, Sesekali Nak Tukar Profession HaHaHa!!” alahai Tok Adi Kesayangan Hamba!!

Lakonan orang lama ni, memang tak dinafikan bagus dan berpengalaman, tapi bila beliau bawa watak jahat, makanya kakak flip hair bertanyakan’why tok adi!!!!!!!’

#4 – Asp Redzuan Lakonan Aaron Aziz Bagus Tapi Masih Perlu Penambahbaikkan 

Kalau kita bagi Watak utama kepada Hairul Azreen, pun tak sesuai sebab nampak muda sangat muka budak, Bila Asp Redzuan di pegang oleh Aaron Aziz, ada part yang sesuai dan ada part yang tak bersesuaian. Part kisah bertumbuk di Kelab Malam, kat situ nampak jugak lah beliau dah nampak mengah nak bertumbuk saja dengan penjenayah yang ada tu. Mimik muka beliau rasanya nampak tak bersesuaian pegang waktak Polis. Sebab gaya beliau sesuai dah bawa watak lelaki, romantik. Bila mungkinlah pengarah nak kelainan, nampak kaku kat situ tapi kesiann, Pancit!!!!!! (opppps! sorry Dato’Aaron, kita cakap apa yang kita nampak) 

Cikza ambil contoh Dato’Ac Mizal, kalau tak silap beliau dalam waktak Filem Gerak Khas The Movie beliau multipurpose sebab serba boleh, mimik muka ganas, romantik, muka berlagak bagus, muka riak dan sebagainya. Berbanding Dato’ Aaron Aziz ni nampak pada watak romantik je yang sesuai, sebab ada part sedih dimana kehilangan kawan baik  yang dianggap seperti saudara sendiri. Memang sangat bertepatan dengan watak yang diberi. Ada unsur elemen sedih, kasih sayang, suka duka, Cinta dan sebagainya.(Sorry Tuan Pengarah, Ini Pendapat Peribadi Cikza heheheh )

#5 – Sinematografi Cantik Tak Sangka Rupanya Pulau Pinang Ni Ada Tempat Menarik Yang Wajib Diketengahkan Seperti Pulau Aman 

Sumber : Sini.Com

Part Redzuan balik kampung kat Pulau Aman tu, buat Cikza teringat tentang Pulau Aman, jarang sangat diketengahkan. Bila Cikza google, rupanya memang terkedu tau, sampai nak ajak suami bercuti kat situ, gara-gara cerita Operasi X The Movie ni terus, Cikza google dimana terletaknya Pulau Aman. Rupanya di Pulau Pinang jugak! cuma ambil masa nak kesana bila naik bot. Bila part Redzuan lepak santai kat sana, memang buat Cikza teruja sebenarnya nak explore kat situ. Ada pulak scene main layang-layang lagi bertambah teruja nak datang sana.

Baca ni : 10 Tempat Menarik Di Pulau Aman Yang Korang Tak Tahu

Kalau pengarah tak ketengahkan confirm ramai yang tak tahu tempat ni. Pulau Aman terletak di dalam kawasan Batu Kawan & Bukit Tambun yang mana lokasinya terletak di antara jambatan pertama dan jambatan kedua Pulau Pinang, Kerana filem ni lah berharap Pulau Aman dapat dikomersialkan.

Keseluruhan Tentang Cerita Operasi X Filem Terbaik 2018 

Tahniah! Buat  Dream Pictures Production dan Pengarah Sandosh Kesavan untuk hasil buah tangan Operasi The X Movie. Keseluruhan Jalan cerita ni kalau nak di cerita pun sampai besok pun tak habis, tapi segala kritikan dan kebaikkan harap dapat diperbaiki untuk movie yang akan datang. Nak cari pelakon kalau boleh biarlah bersesuaian dengan watak, Cuma hasil gabungan Awie dan Aaron Aziz ni pada Cikza nampak okeh lah! ( Ni komen jujur tau bukan main-main ) 

Keseluruhan cerita ni, memang menarik untuk ditonton. Walau ada beberapa part yang rasanya boleh di take note  untuk penambah baikkan dalam movie akan datang. Filem Operasi X The Movie ni, ada beberapa unsur nilai murni yang telah diketengahkan, seperti kekeluargaan, kasih-sayang, persahabatan, dan kepercayaan. Cikza ambil contoh persahabatan dan kepercayaan. Dalam kehidupan kita tak boleh seluruhnya percaya pada rakan kita sendiri, Jalan cerita memang memang best gempak sangat, tak kering gusi asyik gelak memanjang sebab ada part komedi aksi yang wajib korang tengok, lepastu dengan DatoÁwie dah macam Ranjinikant. “i like this mamat poyo” siapa yang tengok memang tau lah part mana dialog ni bakal ke udara. (sila lah tonton sendiri, berapa banyak kali daaaa kena repeat).

Dalam satu filem tak semuanya 100% bagus, masih ada beberapa part yang hilang mood nak tengok. Dalam penggunaan teknik CGi, kena kena diperbaiki nampak sangat Fake dan nampak kartun sangat!. Tu buat orang akan rasa, “aduh! ruginya bayar tiket mahal-mahal, sebab tertipu dengan trailer yang cun melecun “. Rasanya   pengarah boleh ambil contoh filem Munafik, atau filem-filem melayu yang lain. Tapi yang bagusnya cerita ni memang tak membosankan pun, tak rugi beli tiket sebab yang betul-betul membantu keseluruhan cerita ni, adalah Dato’Awie. Dengan komedi tak kering gusi. Part nak belajar menari dengan guru salsa. Part tu tak boleh Cikza lupakan sampai sekarang,

Terlebih dahulu, maaflah kalau komen Cikza ni terlalu terang sangat, sebab ni komen review jujur dan bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak. Dengan penambah baikkan dari apa yang dikritik mana tahu, boleh bertambah lagi rezeki beliau dalam movie akan datang. Apepun semoga Filem Operasi X The Movie Menjadi Filem Terbaik Tahun 2018. Saje Cikza buh banyak gambar, sebab nak buat korang tertanya-tanya part mana yang kelakar sangat tu! dan part mana yang buat korang akan tertanya-tanya.

Kesudahan Filem ni, Cikza bagi 4 bintang sahaja, sebab jalan cerita menarik, 

rasanya macam cerita tamil menarik pun ada. tau! Best!! Penuh elemen dan komedi aksi yang best apepun Team Operasi X memang GEMPAK

 

 

 

 

Please follow and like us:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *