Menjerit kat dapur, lepas suami request nak makan konsep bihun sahaja pada sbelah malam. Sebab nak diet katanya. Tapi serius memang Cikza ni tak berapa yakin nak masak bihun hailam ni. 10 kali google pun pening tak tahu nak pilih yang mana satu. Udahnya, Cikza buat ikut resipi sendiri cam[ak-campak sahaja. Rupanya memang senang, dan mendapat pujian suami kacak kita tu.

Perkongsian harini, buat mereka yang malas nak masak sakan sangat. Bila dah menjadi, boleh jugak jadi santapan kengkawan dan jiran tetangga rumah korang, Macam perkongsian harini, Cikza tak menggunakan seafood. Jadi 100% menggunakan isi ayam.

Resipi Bihun Hailam Senang 

Bahan A

  • 1 peket bihun ( celur dengan air panas )
  • 200gm Isi Ayam ( rebus dan asingkan air stok ayam ) 
  • 2 cawan air rebusan ayam
  • 1 bji bawang besar ( hiris )
  • 2 ulas bawang putih (hiris)
  • 2 tangkai cili merah (hiris)
  • 2 s/b cili boh
  • 1 s/k tepung jagung ( bancuh dengan air )
  • * sos tiram
  • * sos cili
  • * Kicap Manis
  • * Garam
  • Minyak Masak

Bahan B (Ikut Suka) 

  • Kobis
  • Lobak
  • Cendawan
  • Sawi
  • Putik Jagung
  • Brocoli
  • Tomato Ceri

Cara Penyediaan 

  • Panaskan minyak, tumis bahan yang hiris tadi, ( bawang besar, bawang putih dan cili ) dengan cili boh hingga naik wangi.
  • Masukkan air rebusan ayam dan juga isi ayam. Dalam api sederhana.
  • Selepas itu, masukkan **kicap, sos cili, sos tiram ( ikut suka ) biarkan sehingga didih. Perasa garam secukp rasa.
  • Masukkan sayur-sayuran yang ada ikut suka, kalau suka sayur lebih letak lebih. Sayur tu boleh kombinasikan, atau letak semua diatas pun takpe. Biarkan didih seketika. ( Kalau nak pedas, letak cili padi pun boleh ) 
  • Masukkan air tepung jagung, ikut kepekatan korang inginkan. ( Macam Cikza buat tak pekat, tak cair tapi sedang elok je ) 
  • Bila dah didih boleh hidang dengan bihun sekali.

Ada yang asingkan antara bihun dan kuahnya, Ada yang masuk sekali bihun dengan kuahnya. Jadi korang boleh pilih mana yang bersesuaian. 

 

Please follow and like us:

2 thoughts on “Resipi Bihun Hailam Senang,Mudah,Ringkas Dan Sedap”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *