Manjakan Diri Hujung Minggu Di Diva Balinesse Spa Murah, Ampang

Letihnya Badan Ya Ampun. Baru harini lah dapat tengok blog sendiri selepas bertunang haritu. Letih badan terasa sampai harini, cuma kesempatan nak update tu, baru nak menaip dua tiga patah perkataan terus masuk draf. Letihnya tuhan jerlah yang tahu. Bila dah jadi isteri ni memang penat, dengan letih melayan suami, letih buat Tugasan seharian dan letih siapkan barangan niaga untuk kawan-kawan.

Eh! Mujur lah suami paham kita ni as perempuan, nak manjakan diri. Tapi kita nak beritahu, sepatutnya kita datang dengan BFF tapi apakan daya, BFF kita ada hal, jadi secara kebetulan pakej kami pilih kesemuanya kita yang punya.

Ya! Inilah Spa yang disyorkan, Diva Balinese Spa yang terletak di Ampang. menawarkan pelbagai rawatan seperti urutan badan, rawatan muka, manicure pedicure, sauna, mandi bunga dan rawatan rambut. Nampak macam ekslusif dari luar, rasanya nak masuk kena fikir 2-3 kali dulu agaknya ni. Mujur senang sikit, dalam suami menunggu isteri, bolelah dia pekena yong tau fu! entah berapa mangkuk dia tibai nak tunggu 2 jam tu.

Layanan Memang 1st Class Dengan Kakitangan Yang Ramah, Macam Spa Mewah Pulak

Kalau korang nak tahu, Cikza melangkah je masuk ada 2 orang staff sambut Cikza macam sambut menteri datang. Layanan tu macam terasa di spa mewah pulak. Bukan apa, walau nampak biasa yang mahal adalah budi bahasa dan tutur kata. Setiap penerangan telah diberi satu persatu. Cikza punya teruja tak sabar nak cuba, apa yang Cikza pilih.

Kalau rujuk pakej kebabom semuanya memang terbaik, ruginya kalau korang tak cuba. Tapi bila ambil satu pakej, tamak pulak hati nak semua pakej! boleh rabak poket woo! Masa nak naik tu rasa macam risau kalau mahal, malu je tak cukup duit. Kang keluar headline ‘Selebriti blogger berhutang dengan Spa‘ rasanya memang dah tau sape. Tapi melangkah je kat tangga nak naik tu, harumm! bukan harum sundal malam. tapi bau aromaterapi yang menenangkan, tu belom terjah masuk dalam

 

Pakej BFF RM99 Untuk 2 Orang Itu Pilihan Dan Cara Cikza Menghargai Insan Bergelar Kawan

Sekali lepas dah tengok menu  ala-ala order makanan gitu!, terus tarik  lega dan tertawa kecil. Pekerja kat situ, explain yang dorang ada tawarkan perkhidmatan secara ala carte dan package. Memula Cikza ingat nak ambil yang ala carte tapi  setelah melakukan pengiraan timbang tara  secara pantas dalam Cikza mendapati harga package lebih murah rasanya dah cukup murah tapi  nak murah lagi. Pakej BFF RM99 Untuk 2 Orang Itu Pilihan Dan Cara Cikza Menghargai Insan Bergelar Kawan

Pakej BFF RM 99 Untuk 2 Px 

Body Scrub

Jacuzzi Milk Body

Sauna ( Additional )

 

Mulanya Takut Nak Bersauna Dalam Bilik Gelap! Tapi.. 

Perkara pertama adalah masuk dalam sauna ni. Macam penyiksaan sebab panas gila. Jika dulu, masa pengalaman di Beringin Spa, Cikza bertapa duduk dalam bilik kecil , sambil baca majalah. Untuk sihat dan cantik punya pasal, ku gagahkan jua membaca majalah dalam tu sampai khatam. Sesekali terpaksa bukak pintu nak hirup udara luar. Kini tidak lagi, cuma duduk dalam bongkah kayu je. Sampai terlelap sebab best je rasa. Serius korang patut cuba.

 

Waktu Lulur scrub tu. Cikza pilih yang coffee! macam biasalah, nak buang daki-daki yang ada tu, kena lah sental teruk, lagi pulak kita dah penat bekerja, mandi sabun badan macamana pun, daki tetap ada, sebab tulah bau badan pun datang. Euw! kita pulak bertugas, seringkali berhadapan dengan media, jadi penampilan diri kena lah jaga. ( Gambar Lulur Coffe Tidak Disertakan, Aurat badan kena jaga , ketiak, namoo ashemm! ) 

 

Bila selesai bersauna, kita masuk Part ke-2 pulak. I was told that the whole package will take about 1 hours and 15 minute. To be honest,Mata Kuyu! Best gila weyh. Tau-tau je dia suruh pusing depan, pastu pusing belakang. Dengan instrumental music, betul-betul memang relaxing and feel comfort sangat! Lepas dia urut, dia proceed dengan body scrub yang Cikza pilih dari 3 jenis iaitu Coffee Scrub.  Yang body scrub tu sampai ketiak pon nak scrub. So make sure you all shave ye apa yang tak patut tau hee. Lepastu biar selama 15 minit, terus berjacuzzi.

Jangan Terlalu Fokus Kerja, Badan Tak Terjaga! Lesu Pergi Kerja! 

Seronok la dapat orang urut dan belai badan yang dah expired  ni. Sekali sekala apa salahnya kan. Daripada beli baju atau barang yang tak berpatutan tak berhenti apalah salahnya kita bazirkan  duit untuk health. Badan sihat, otak cergas, hati pun gembira! Jangan sibuk kerja tapi badan kita tak terjaga. Dah Dapat pakej yang murah ni, rasanya rugi kalau tak mencuba.

 

Nampak tak segala kotoran dah keluar, lepas Jacuzzi tadi! malunya kita! Dah-dah jom balik! cukup masa dah ni! Tapi sebelum balik tu, jangan lupa nak teguk air yang disediakan, Cikza minum Lemon Tea! rasa kelat tapi nak cantik punya pasal berbaloi rasanya! Sedap ke tak telan aje. Rasanya berbaloi dengan harga dan pakej yang ditawarkan, staf dan owner pun friendly sangat. Papehal penuhkan tabung Spa dulu. Baru suku syiling penuh dalam tabung tu. Apa pun Cikza puashati dengan layanan Spa Dan Pakej Yang Diambil 

Untuk yang berminat, Boleh Call No Dibawah Untuk Booking.

Diva Balinese Ampang 

49, Jalan Mamanda 9, Taman Dato Ahmad Razali, 68000 Ampang, Selangor

Phone: 03-4265 5385 | 013-2197221 ( For Booking ) 

Operation Hour : 9.00 am – 6.00 pm 

Facebook Diva Balinese Ampang 

2 thoughts on “Manjakan Diri Hujung Minggu Di Diva Balinesse Spa Murah, Ampang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

Proudly powered by WordPress | Theme: Lean Blog by Crimson Themes.