Jom Kekal Aktif Dan Kekal Lincah Dengan Sekotak Anlene Setiap Hari

Bila usia dah semakin ginjak berusia ni, segala spare-part tulang semakin rapuh. bukan apa, semakin hari semakin usia kita meningkat, tulang kita akan semakin rapuh jika kita amalkan gaya hidup tidak sihat. Kalau dulu, kita mampu melompat sana sini, dan aktif bergerak kesana sini. Kini semakin meningkat usia, semakin kita kurang pergerakkan berikutan, sakit lutut, mudah penat, sakit otot tulang dan sebagainya. Usia bukan penghalang untuk kita kekal aktif dan lincah, terutama wanita.

Jom cuba cara Cikza agar kekal aktif dan lincah sepanjang hari. Sebelum memulakan tugasan seharian, Cikza wajib ambil sekotak susu Uht Anlene setiap hari. Jika dulu penatlah nak usung salam beg, tupperware kecil berisi susu tepung Anlene untuk dibancuh di mana-mana. Tapi kini setiap masa, setiap ketika Cikza boleh bawa kemana sahaja susu Anlene, dan boleh diminum secara santai, sebab kini Anlene kini boleh didapati dalam pek 180ml seotak. Mudah dibawa kemana sahaja.

Jom Kekal Aktif Dan Kekal Lincah Dengan Sekotak Anlene Setiap Hari, Kaya 50% Nutrien Untuk Gaya Hidup Sihat

Kalau korang nak tau, Susu Anlene ni kaya dengan khasiat tambahan MoveMax seperti kolagen, protien dan kalsium yang tingi untuk kuatkan tulang. Maklumlah umur dah 32 ni, dah rasa sendi-sendi tu dah semakin tak stabil. Lagi pulak Cikza penggemar tegar susu tak kira brand ape sekalipun. Cuma pilihan untuk sarapan pagi, Susu Anlene UHT adalah pilihan wajib Cikza. Korang mesti tertanya-tanya apa tu MoveMax kan?

Movemax adalah Nutrien yang digabungkan menjadi satu 

  • Kalsium, Vitamin D & Magnesium 
    • Membantu dalam membina tulang yang kuat, dan untuk kekal aktif dan lincah dalam melakukan tugasan seharian.
  • Protien 
    • Dapat membantu membina dan memperbaiki tisu otot, selain dapat menguatkan otot.
  • Kolagen 
    • Terdapat dalam tulang rawan sendi, penting untuk pergerakkan sendi dalam melakukan tugasan seharian,

Dengan adanya Movemax ni, dapatlah membantu menyihatkan lagi tulang serta otot sendi yang ada. Ramai yang mengadu, malas nak bersenam. Sebenarya itu bukan alasan, Selain kita mengendong anak tu sebenarnya salah satu senaman yang sangat mudah. Selain tu juga, dalam melakukan tugasan rumah, confirm kena naik turun tangga, atau mengendong barang dapur. Jadi nak bersenan tak perlu susah payah nak ke gym. Mudah bukan! jadi tiada alasan untuk katakan TIDAK 

Stacy Anam Adalah Inspirasi Untuk Kekal Aktif Dan Lincah

Melihat pada Stacy Anam, Cikza adalah fanbatik habis dengan beliau. Mana taknya suka tengok beliau menari dengan penuh bertenaga. Adakala tertanya-tanya mampu ke Cikza menjadi seperti Stacy Anam sentiasa Kekal Aktif dan Bertenaga Sepanjang Masa. Cemburu tau!! Disebabkan itu Cikza menjadikan beliau sebagai sumber inspirasi untuk kekal lincah dan bertenaga. Baru-baru ni, masa on the way pergi kerja. Ternampak booth Anlene di Stesen LRT, sempatlah grab satu untuk buat bekalan dalam train. Promosi menarik sarapan pagi cuma RM 1 je, dapat 1 kotak susu + 1 roti memang padu dan kenyang perut. Muka senyum je, sebab hati senang perut dah kenyang.

Dah puas, mengejar sarapan pagi, kita bekejaran Roving Truck, eh! bukan sebarang Roving Truck, memang pelbagai aktiviti disediakan tau. Cikza saja nak uji kekuatan lutut dan kaki ni dengan menyahut cabaran Jump Hight. Eh!! tak rugi tau, senang je, walau penat Cikza melompat, tapi memang menyeronokkan game tersebut tau. Hanya perlu penuhkan, sekotak susu Anlene di billboard besar depan LOT10 dengan hanya melompat dengan lebih aktif untuk redeem hadiah menarik tau. Tak lama pun, cuma 20 saat je. ( Serius, kaki Cikza masih kuat dan bertenaga )

Sahut Cabaran Jump High Untuk Buktikan Tulang Masih Kuat 

Lepas dah melompat bagai bintang, apa lagi dapatlah tebus sekotak susu UHT Anlene dengan pilihan sama ada coklat atau perisa asli. Dah tentu Cikza suka yang Asli, sebab rasanya lagi sedap dari susu biasa. Jadi tiada alasan untuk kekal sihat, aktif dan lincah dengan Susu Anlene. Tiada alasan untuk malas bersenam, sebab apa yang kita lakukan seharian pun, ibarat kita bersenam.

 

Jom Kekal aktif Kekal sihat dengan susu UHT Anlene yang terbaru dengan 50% nutrisi tambahan dan ianya #LebihSekadarDariSusu 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge