Resipi Tortilla Cheezy Chicken Oat Mudah Dan Ringkas Menyelerakan

Baru-baru ni, Cikza cuba buat resepi baru tau, memang mudah senang dan ringkas je. Tak perlu nak fikir panjang. Resipi ni sesuai untuk mereka yang sedang diet. Cikza hanya menggunakan Oat sahaja untuk bagi keranggupan yang sememangnya sekali buat pasti berkali-kali nak buat lagi.

Cheezy Chicken Wrap ni, sebenarnya Cikza cuba buat untuk suami, kemain dia puji habis, dalam masa yang sama Cikza buat untuk berniaga secara kecilan dari rumah. Alhamdulilllah mendapat pujian. Jom scroll sampai bawah.

Quacker Oat Kaya Dengan Karbohidrat Dan Vitamin Untuk Nutrisi Seharian 

Dengan 9.4g serat dalam setiap 100g (7 kali lebih daripada beras putih!) dan protein yang lebih tinggi daripada beras perang, barli dan tepung gandum , Quaker Oats menggunakan bijirin penuh supaya nutrisinya dikekalkan. Bijirin penuh mengandungi pelbagai nutrisi yang baik untuk kesihatan: bran (lapisan paling luar) yang tinggi dengan Beta-Glukan dan vitamin B,

Termasuk endosperma oat yang tinggi dengan karbohidrat dan protein, serta lapisan germa oat yang juga tinggi dengan vitamin B, vitamin E, mineral dan fitokimia. Quaker oat ni memang padat dengan nutrisi dan serba boleh dan mudah digunakan dalam pelbagai resipi manis dan berempah! Apakata Jom cuba resepi Yang Cikza Kongsikan Dibawah Ini. 

Resipi Tortilla Cheezy Chicken Oat

Bahan A : 

  • 10 keping isi ayam ( jenis jejari )
  • 1 sk serbuk rasa
  • 1 sk lada sulah
  • 3 Sb Tepung Gorengan Spicy ( Brand Nona atau ikut suka korang )
  • 2 sb Quacker Oat
  • 1 biji telor ( untuk celop )
  • Minyak Masak

Bahan B 

  • 10 Keping Tortilla ( Mission Brand ) Dipanaskan atas api terlebih dahulu
  • 1 batang lobak ( Disagat )
  • Salad
  • Tomato
  • Kobis Unggu
  • Sos Cili
  • Serbuk Cheezy ( bancuh dengan air panas )
  • Mayonis

Cara Penyediaan Ayam Gorengan 

  • 10 keping isi ayam diperap bersama serbuk sedap rasa/lada sulah dan dibiarkan selama 2-3 jam
  • Gaulkan Tepung bersama Oat tadi.
  • Setelah ayam diperap, panaskan minyak
    • celop ayam didalam tepung tadi
    • celopan seterusnya dalam telor
    • celopan terakhir dalam tepung yang sama dan terus masuk goreng
  • Masak sehingga garing.

Cara Penyediaan Tortilla 

  • Tortilla dipanaskan atas kuali terlebih dahulu, untuk mengelakkan terkoyak
  • mulakan dengan :-
    • Salad
    • kobis unggu
    • lobak
    • tomato
    • ayam goreng
    • letakkan kesemua sos.
  • Ulang langkah seterusnya pada tortilla seterusnya

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge