Rupanya Senang Nak Buat Produk Jenama Sendiri Dengan Modal Yang Rendah

Ramai yang pasang angan-angan besar nak jadi seperti Dato’ Aliff Syukri dan Dato’ Vida. Nak ada jenama sendiri, dan nak jadi bos duduk goyang kaki je kan. Tapi sebenarnya nak berjaya seperti mereka, kenalah berkorban sedikit. Pernah tak korang terfikir, yang produk-produk jenama korang akan terpampang di dada akhbar, majalah dan yang paling best di billboard jalan raya, tepi highway tu.

Kalau ditanya modal permulaan, mesti mahal mencekik, tapi produk pun belum tentu bagus atau tidak. Takutlah sekarang ni, produk tiruan berleluasa. Sebenarnya mudah je, nak buat jenama sendiri tanpa perlu berhari-hari nak ke kilang pantau dan sebagainya.

ZY Phyto, King OF OEM – ” One Stop Business Centre ” Semuanya Ada Disini Tanpa Perlu Bersusah Payah. 

Sumber Gambar : Miszrocker.Com

Bila terfikir modal besar, mesti punya korang sekarang tengah mencongak-congak tangan buat kiraan sempoa jari. Tapi sebenarnya mudah yang amat nak buat jenama sendiri dengan modal yang rendah je tau. Yerlah nak mulakan berpuluh-puluh ribu memang langsung payah.

Sumber Gambar : Miszrocker.Com

Tapi sebenarnya, semua tu tak perlu, sebab dah ada kilang yang buat semua tu dan kita hanya keluarkan modal sahaja. Ia dipanggil OEM “original equipment manufacturer.” Ia bermaksud sesuatu produk dikilangkan oleh seseorang untuk orang lain di bawah jenama orang tersebut.

Hanya Modal Serendah RM 5k Dan Biarkan ZY Phyto Menjalankan Kerjanya, Mudahnya!!

Tapi tak perlu risau, korang hanya keluarkan modal serendah RM 5k dan biarkan ZY Phyto Tech Industries Sdn Bhd ( ZY Phyto ) menjalankan kerjanya. yess! memang betul pun. serius tak tipu. RM5k je pun. Tapi korang hanya perlu tunggu dan lihat hasilnya. Tak payah lah susah-susah perabih minyak dan duit bayar upah makmal dan sebagainya. Dengan RM5k semuanya dah tersedia.

ZY Phyto adalah jenama 100% syarikat Bumiputera

Dikendalikan oleh Encik Zaidi Yusoff dan Puan Sharifah Ameelia Akma Mohd Ramly yang beroperasi buat kali pertama pada tahun 2007 dan mula ditubuhkan pada tahun 2011 secara rasmi. Nampak tak syarikat orang melayu kita. Dari susah payah ulang alik China beli produk, baik kita bantu melayu naikkan bisnes melayu.

Sumber Gambar : Miszrocker.Com

Turut menyediakan perkhidmatan untuk membantu usahawan dan usahawan yang berpotensi untuk mencapai impian mereka untuk memiliki produk dengan jenama mereka sendiri. Dah kata dari awal, rugi kalau korang duduk je tengok tanpa perlu buat ape.

Mempunyai rangkaian 9 anak syarikat dibawah satu nama yang  terdiri daripada

  • ZY Phyto Tech Industries Sdn. Bhd.,
  • ZY Phyto Cosmetic Sdn Bhd,
  • ZY Phyto Herbal Science Sdn Bhd,
  • ZY Academy Sdn Bhd,
  • ZY Printpack Sdn Bhd,
  • ZY Phyto Marketing Sdn Bhd,
  • ZY Phyto East Coast Sdn Bhd,
  • Yayasan Qaseh ZY Phyto
  • Emily’s Cattery.

Dengan bermodalkan RM5k, korang bukan hanya setakat dapat barang sahaja, tapi segala pembuatan dan perkhidmatan seperti rekabentuk, custom, KKM, R&D, packaging akan diuruskan pihak ZY Phyto. Dan mereka akan membimbing korang dari zero skill marketing sehingga korang bersemangat nak menjadi founder bak Dato’Aliff Syukri. Nak ke Tak Nak?

Usahawan Terkenal Pun Dah Cuba khidmat ZY Phyto, Kita Bila Lagi?

Ramai usahawan yang dah menggunakan khidmat ZY Phyto ni. Lagipun kilang mereka bertaraf GMP, dan mempunyai sistem pengurusan kualiti ISO9001, serta diiktiraf KKM dan juga mendapat pengiktirafan JAKIM & HALAL. Teruja tak? Bersemangat tak?

Jangan terkejut, dorang mengukuhkan lagi penyelidikan saintifik dengan bekerjasama antara pasukan R & D dan Kawalan Mutu bersama dengan universiti tempatan seperti UTM, UKM dan USM untuk tujuan penyelidikan dan pembangunan.

Dah jelas tak tentang Cara nak buat Produk Sendiri? Mudahnya kan. Dari Zero kepada Hero, kalau ikut step by step confirm menjadi. Jom kita tengok langkah dari Zero kepada Hero.

Langkah Kejayaan Untuk Mempunyai Produk Sendiri.

  • Buat kajian atau buat penyelidikan pasaran  untuk mengetahui apa yang produk anda akan ingin lakukan yang akan dapat permintaan di pasaran atau tidak. Menyelidiki produk untuk memudahkan anda bersaing di pasaran.
  • Dapatkan Sebutharga Dan Rundingan selepas dah ambil kira produk apa yang korang nak keluarkan, datang ke kilang ZY Phyto untuk mendapatkan sebutharga dan rundingan. Jika tidak puas hati, tak perlu buat bayaran lagi. Bayar setelah anda puashati apa yang anda mahu.
  • Pensampelan Dan Rekabentuk Produk. Sebaik sahaja anda bersetuju dengan sebut harga kami, bayaran deposit diperlukan sebelum kami membuat sampel produk dan reka bentuk untuk anda.
  • Pastikan Dapat Kelayakan KKM. Sebaik sahaja reka bentuk produk selesai, produk akan dihantar kepada bahagian pengawalseliaan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mendapatkan kelulusan produk sebelum proses pengeluaran produk dijalankan. Untuk pendaftaran TIDAK mengambil 2 – 4 minggu sahaja. Untuk pendaftaran MAL mengambil masa 3 – 6 bulan.
  • Pembuatan Dan Penghantaran dilakukan setelah semua langkah selesai, maka pembuatan produk akan dimulakan dan dihantar kepada korang atau boleh mengambil sendiri di kilang sebaik produk siap.

Nampak sangat mudah dengan hanya pilih produk apa yang korang nak seperti makanan tambahan, produk teh, produk kopi, kosmetik warna dan  produk penjagaan kulit, sediakan duit modal dan juga idea macam mana produk yang korang nak, selepas itu tunggu je produk siap.

Untuk promosi, korang boleh gunakan khidmat blogger sebagai permulaan. Jangan lupa PM kita, kalau nak kita promotekan produk korang nanti. Tapi nak berjaya kena berusaha sendiri untuk memasarkan dan memperkenalkan produk korang tu tau.

Tapi  kalau tak mampu ambil modal RM5k, boleh je ambil pakej Chomey RM3K. Kalau nak tau lebih lanjut, korang boleh layari

Website ZY Phyto | Facebook ZY Phyto Group

Email  info@zyphyto.com

Address:
No 55A Jalan TIAJ 2/1 , Taman Industri Alam Jaya , 42300 Bandar Puncak Alam , Selangor

Phone +603 6038 8898/6898/7898

Fax +603 60388798

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge