Acapkali, terlihat sahabat pergi dan datang, tapi jauh disudut hati, ingin sangat diperkatakan “Kita kawan sampai bila-bila” Tapi betulke sampai bila-bila? Bukan apa, dulu kita berjanji akan susah senang bersama tapi selepas dapat kawan baru, semuanya bertukar lain ceritanya.

benar kata orang, patah tumbuh hilang berganti, tapi pengganti yang baru takkan sama macam yang lepas. Ibarat roda yang berpusing kadang kita kat atas kadang kita kat bawah, Sejujurnya, ramai dah Cikza melihat tapi buat apa difikirkan, belom tentu beliau akan memikirkan kita.

Jadi baik kita ambil super input dengan perbanyakkan masa kita bersama keluarga, kerana hakikat sebenar, keluarga yang selalu akan bersama kita dalam susah dan senang, Renungkanlah, bila kita dahulu sentiasa bersama, pergi kemana semuanya bersama. Tapi kini semuanya diam seribu bahasa, kalau komen di media sosial pun memilih kawan, bertanya khabar tiada terbalas.

Jika dahulu kita berada di bawahan, mungkin sekarang kita berada diawangan. Syukur kerana kawan-kawan baru yang banyak membantu, namun kawan lama mampu memerhati dari jauh kejayaan kawan yang pernah rapat dengan kita suatu ketika dahulu.

Bercakap Belakang Dan Menyampaikan Mungkin Penyebab

Bercakap belakang dan Menyampaikan boleh jadi penyebab, kita terlupa ianya boleh memutuskan silaturahim sesama kita. Namun jangan kerana syaitan yang yang suka bercakap belakang tu, segala hubungan persahabatan susah senang bersama terputus begitu sahaja, Orang yang tiada kena mengena pun turut tempias sama. Bila bercakap hanya memilih sahaja mana yang perlu dan tak perlu.

Ada baiknya, jangan lupa, kawan lama inilah yang selalu bersama susah senang, berkongsi suka duka, kawan lama jugalah yang sentiasa ada disaat waktu kita memerlukan bahu. Carilah sahabat lama, kekalkanlah silaturahim bersama mereka sehingga harini. Tak rugi mana pun.

Lupa Diri Dan Bermuka-Muka Memang Betul-Betul Syaitan Perosak Persahabatan

Terlupa, kadang kita jenis dapat kawan yang bermuka-muka depan baik belakang memang betul-betul syaitan perosak persahabatan. Depan bercakap dan pijak semut pun tak mati, tapi hakikatnya di belakang kita dialah raja yang selalu membuka cerita aib kita sendiri, tanpa die sedari sebenarnya aib dia jugak telah terbuka oleh kawan dia sendiri.

Berkawan tak salah, yang salah bila kita tersalah pilih kawan. itu sahaja. Tapi selalu berpegang pada kata-kata sendiri, jauh mana pergi, sahabat lama jangan dilupai. Kerana persahabatan tu adalah ibarat emas yang tiada pengganti. Bila dah berjaya janganlah kita lupa diri, kerana semuanya berkat doa kawan-kawan lama yang sentiasa diingati.

Pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah SAW) kepada anaknya, 

“Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut.”

  • Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan  jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya) .
  • Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukkan dirimu ia suka menutupinya.
  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya, pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.
  • Pilihlah sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Semoga perkongsian ini dapat menjadi panduan kita bersama dalam menilai baik buruk kawan atau persahabatan yang besar nilainya. Janji Kawan Sampai Bila-Bila

429 total views, 3 views today

4 thoughts on “Kita Janji Kawan Dan Bersahabat Sampai Bila-Bila Selamanya”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge