Dikesempatan ini, Cikza nak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H buat semua rakan dan kenalan Cikza samada di dunia siber dan luar dunia siber. Walaupun menerusi blog yang biasa-biasa ini. Ingatan Cikza pada semua tidak pernah lupa.
2 Tahun Cikza.com Meniti Nama Di Dunia Blog Alam Maya
Terima kasih kerana sehingga harini masih setia mengunjungi blog biasa-biasa Cikza ni, yang sudah menjangka usia 2 tahun lamanya. Alhamdulillah semuanya berkat sokongan padu keluarga dan kawan-kawan samada didunia maya atau luar dunia maya.
Dikesempatan ini juga, Cikza dan suami memohon andai ada khilaf terkasar tuturkata dan bicara. Cikza juga ingin memohon ampun dan maaf seandainya ada yang tidak selesa atau terasa dengan tuturkata Cikza dalam penulisan blog dan sebagainya. Manusia tak lari dari buat kesilapan.
Selamat Hari Raya Aidilfitri 1439H
Secara peribadi juga ingin Cikza memohon maaf kepada semua pembaca dan pengikut setia blog biasa-biasa ni, andai apa yang ditulis selama ini telah menyebabkan mereka yang ada rasa tidak senang pada diri Cikza.
Syawal adalah waktu untuk meraikan segala kebaikan yang telah kita kecapi sepanjang ramadan. Dan juga waktu saling bermaaf-maafan sesama kita sebagai saudara islam. Apepun Cikza berharap sangat agar dijauhkan rasa dendam, dengki, hasad dan buruk sangka sesama kita semua
Untuk Mereka Yang Belom Follow Cikza Mohlah penuhkan kuota kosong yang ada ni!
Facebook Page | Instagram Cikza | Youtube Cikzacom