Hari Raya bakal menjelma, confirm ramai yang tengah pikir nak masak ape di pagi raya nanti. Menu wajib dah tentu ketupat, masak sayur lodeh, kuah kacang dan macam-macam lagi. Terliur pulak Cikza dibuatnya ni.

Untuk harini, Cikza nak kongsi dengan korang semua cara kita masak lodeh dengan cecampak terus jadi. Senang dan ringkas je. Kadang bukan hari perayaan pun boleh buat tau.

Resipi Kuah Lodeh

Bahan TumisĀ 

  • 1 Labu Bawang Besar ( Dihiris )
  • 2 biji Bawang putih ( Dihiris )
  • Cili Merah ( Dihiris & Taknak Letak Pun Takpe)
  • 1 S/k Udang Kering

Bahan -Bahan Lain

  • Tempe ( Potong kecil Dan Goreng )
  • Tauhu ( Potong kiub dan Goreng )
  • 1 batang Lobak
  • 10 tangkai Kacang Panjang
  • Kobis
  • Suh hun & Tauhu Kering ( Rendam dalam air bagi lembut )
  • 1 1/2 Cawan Santan
  • 1 cawan air
  • Minyak Masak
  • Garam & Serbuk Kunyit

Cara Penyediaan

  • Tumiskan Bahan Yang dihiris tadi, sehingga masak, masukkan serbuk kunyit dan garam kacau 1 minit.
  • Masukkan air, sayur kacang Panjang, lobak, kobis dan biarkan seketika.
  • Masukkan santan, suh hun, tahu kering. Setelah didih masukkan tauhu dan tempe. Biarkan 2 minit. Boleh hidang dengan nasi impit.

 

4,905 total views, 27 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge