Baru-baru ni Cikza duk stalk IG Sheila Rusly, tapi terliur yang amat dengan rencah dan bahan yang dia gaulkan tu. Sebenarnya hajat hati dah lama nak buat kerabu maggi tapi selalu tak kesampaian sebab tak cukup bahan. Cuma kebetulan, dah mula kerja and Jaya Grocer Ampang pun sebelah pejabat je. Mulalah gigih menapak nak dapatkan bahan-bahan kerabu.

Tapi dah buat sekali, bermakna berkali-kali nak menambah. Maka tak perlu susah-susah nak ke Thailand untuk dapatkan Kerabu Maggi Pior tau. Rupanya bahan -bahan yang nak digunakan tu sangat simple, senang. Yang penting guna Produk Maggi Malaysia

Kerabu Maggi Asam Laksa

Kerabu Maggi Asam Laksa 

Bahan-Bahan

  • 4 bungkus Maggi Asam Laksa (*Rebus dan Tos )
  • 10 ekor Udang sederhana besar (*celur kejap )
  • 4 ekor Sotong (*celur kejap)
  • 10 tangkai Cili Padi Merah (*Ditumbuk halus )
  • 4 ulas bawang putih (*Ditumbuk Halus )
  • 3 ulas bawang kecil (*Dihiris halus )
  • 1 batang bunga kantan (*racik halus)
  • 3 helai daun limau purut (*dihiris halus)
  • Daun Ketumbar ( hiris halus )
  • 10 biji tomato ceri (*dibelah dua)
  • 1/2 batang lobak (* dihiris halus )
  • 2 s/b Air Limau Nipis
  • 1 s/k Namla ( Sos Ikan )
  • 1 s/k gula

Cara Penyediaan 

  • Tumbuk bawang putih, cili padi bersama gula sampai halus dan lumat. Letakkan bersama namla, air limau nipis, dan perencah Maggi Asam Laksa. Bila dah gaul sekata masukkan udang dan sotong.
  • Satukan bahan tumbuk bersama maggi yang di celur, tomato, lobak,daun limau purut, bunga kantan, dan bawang merah gaul bagi sekata.
  • Taburkan daun ketumbar dan gaul sekata. Boleh terus hidang dan makan begitu sahaja.
2 thoughts on “Resipi Kerabu Maggi Asam Laksa Padu, Pedas Dan Berapi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge