Dashing 2 In 1 Face Body Wash – Suka benar Asben kita bila puan isteri hadiahkan DASHING 2 IN 1 FACE BODY WASH, Khas buat Para Suami Untuk Diiktiraf. Sebab tanda ucapan terima kasih pada suami, agak-agak macam Isteri Untuk Diiktiraf tak. Memang jimat dan sangat berbaloi, sebab murah.Didatangkan dalam 4 variasi DASHING 2 IN 1 FACE BODY WASH khas untuk detox, memutihkan kulit, melembabkan dan pembersihan secara menyeluruh.

Baca : Dashing Sport Wangian Lelaki Aktif 

DASHING mempunyai aura yang turut menampilkan keyakinan dan sifat maskulin lelaki sebenar. Face Body Wash baharu ini dapat memberikan kesegaran, namun masih mengekalkan ciri esen moden yang dapat memenuhi kehendakan lelaki aktif sesuai dengan kehidupan aktif seharian.

Dashing 2 In 1 Face Body Wash Produk Untuk Lelaki Aktif 

DASHING kini melancarkan produk terbaru iaitu,  buih mandian DASHING 2 in 1 Untuk  Muka & Badan. Pembersih wajah dan badan ini tersedia (hadir) dalam pek pam bersaiz 700-gram. Dirumus khas untuk wajah dan badan lelaki (si jejaka) agar kekal hidrat dan juga mencerahkan kulit. DASHING 2 in 1 Muka & Badan terdapat dalam 4 variasi; Cool, Active, Hattrick dan Ultimate Kick. Diformulasi dengan pewangi DASHING eau de toilette (EDT), ia memberikan kesegaran serta haruman maskulin kekal lama untuk lelaki.

Confirm lepas ni, asben aku jadi cerah macam pelakon korea tu. Tapi jangan tak tahu, Cikza tibai jugak sabun ni. Memang buih banyak, lepastu wangi sampai ke petang. Asben puji habis bini dia ni. Ingat dia sorang je nak berwangi-wangi. Puan Isteri pun nak berwangi-wangian tau. Yang penting, usah khuatir Dashing 2 In 1 Face Body Wash boleh digunakan untuk lelaki dan wanita

DASHING 2 in 1 Muka & Badan – COOL

Khas untuk jejaka kontemporari yang berpersonaliti relak, gemar meluangkan masa dengan rakan-rakan serta menghadapi kehidupan dengan tenang. Haruman penuh maskulin ini melambangkan identiti dan daya tarikan maskulin lelaki. Haruman maskulin ini dilengkapi dengan gabungan wangian Bergamot dan Galbanum dengan campuran Powdery Amber dan Musk sebagai nota asas. Haruman ini direka untuk menyerlahkan personaliti lelaki yang cool dan maskulin.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan – ULTIMATE KICK

Wangian sebenar seorang juara. Ultimate Kick menyerlahkan ciri-ciri lelaki sofistikated dalam setiap aspek kehidupan modennya. Ultimate Kick mempunyai haruman yang menggabungkan ramuan Lemon, dipertingkatkan dengan kesegaran Cardamom serta disulami nota asas aroma Vanilla dan Musk.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan – HATTRICK

Simbol kemenangan unggul buat setiap lelaki DASHING, aroma misteri Hattrick membara  semangat dan keghairahan untuk mencapai  impian. Hattrick merupakan gabungan unik kesegaran Epal dan Citrus, berserta  dengan haruman Amber.

DASHING 2 in 1 Muka & Badan – ACTIVE

Pelengkap si jejaka yang bergaya lasak dan menikmati kehidupan aktif. Haruman ini adalah gabungan nuansa Fougére dengan Citrus, Lavender, Muguet Heart dan Amber. Wangian ini dicipta untuk memastikan setiap lelaki tampil yakin dan berdaya aktif dengan aroma maskulin yang luar biasa.

Perbezaan Kesemua Variasi Dashing 2 in 1 Muka & Badan

Variasi Cool dan Hattrick buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan mempunyai formula dwi-aksi dengan tiga kali ganda agen pemutihan yang lembut dan berkesan untuk membersihkan wajah serta memberikan anda tona kulit rata untuk tampil lebih cerah. Pada tubuh pula, formulasi penghidratan yang mengandungi mineral mikro yang membantu mempertingkatkan kadar lembapan kulit serta menguatkan sistem pertahanan kulit, agar lebih sihat dan segar.

Variasi Active dan Ultimate Kick, kotoran dan minyak berlebihan pada wajah dapat dibersihkan agar kelihatan bersih dan tidak berkilat. Dengan ciri-ciri detox dan pembersihan yang mendalam, ia membantu kulit untuk mengatasi sebarang habuk dan kotoran harian, serta memberikan anda pengalaman mandian yang hebat dan menyegarkan.

Buih mandian DASHING 2 in 1 Muka & Badan boleh didapati pada harga RM17.90 untuk pek bersaiz 700 ml dan boleh didapati di mana-mana pasaraya berhampiran.

 

 

110 total views, 3 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge