Bulan Ramadhan pasti, ada yang pening nak fikir menu ape yang sesuai untuk berbuka dan bersahur. Ada yang nak lagi mudah, kalau boleh menu tu tahan sehingga sahur. Bila suami kata, suruh masak lauk simple yang kalau boleh tahan hingga sahur.

Pening jugak fikir, takkan menu yang sama. Jadi Cikza nak kongsi dengan korang 30 jenis menu mudah untuk sebulan puasa ni, kalau bukan bulan puasa pun boleh praktikkan. Jimat masa dan senang.

10 Jenis Lauk Mudah Dan Senang Tahan Sehingga Sahur

Sotong goreng kunyit tapi versi berkuah. Boleh tahan sampai sahur tau. cecampak je. tak perlu susah payah nak fikir lagi dah. Kalau simpan sampai sahur pun boleh sebab masa duk bujang selalu gak buat camtu.

Resipi Sotong Goreng Kunyit Berkuah

Bahan Utama

  • 500 gm Sotong
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Minyak Masak
  •  Garam
  • 1/2 sk Kunyit

Bahan Untuk Dikisar

  • 1 ulas Bawang Besar
  • 2 ulas bawan putih
  • 1/2 inci halia
  • 4 tangkai cili merah / hijau ( nak pedas boleh campur cili padi )

Cara Penyediaan 

  • Gaulkan sotong yang telah dicuci dengan garam dan kunyit. biarkan selama 5 minit untuk sebatikan perapan.
  • Panaskan minyak, masukkan sotong, dan biarkan separuh masak.
  • Masukkan bahan kisar, gaul sebati biarkan selama 10 minit.
  • Masukkan air asam jawa. Perasa garam jika kurang harus tambahkan.
  • Bila dah masak, hidangkan dengan nasi panas-panas.

Resepi Sambal Sardin

Bahan-Bahan

  • 4 sudu besar cili boh
  • 1 ulas bawang besar ( dihiris )
  • 1 tin sardin ( apa-apa brand )
  • Sedikit air asam jawa
  • Gula
  • Garam

Cara Penyediaan 

  • Tumiskan cili boh tadi hingga bebetul masak, masukkan bawang besar yang telah dihiris, biarkan 2 minit.
  • Masukkan 1 tin sardin, kacau rata, letak sedikit air asam jawa, garam dan gula semuanya ikut suka, sebab ada yang suka manis ada yang suka masin-masin sedang
  • Masak sampai kering sedikit, boleh hidangkan ketika panas.

Asam Pedas Muar Ikan Tenggiri 

Bahan-Bahan

  • 1 kg Ikan Tenggiri ( potong beberapa bahagian )
  • Daun Kesum ( 1 ikat kecil )
  • Air Asam Jawa
  • 2 sk garam
  • Minyak Masak

Bahan – Bahan ( Kisar )

  • 20 tangkai Cili Kering
  • 2 ulas Bawang Besar
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1/2 inch halia
  • 1/2 inch kunyit hidup

Cara Penyediaan 

  • Tumiskan bahan kisar sehingga garing dan naik baunya tau. Bila dah garing masukkan daun kesum kacau sampai naik bau.
  • Masukkan air asam jawa, dan biarkan didih.
  • Masukkan ikan dan tunggu sehingga masak. Jangan lupa bagi perasa garam takut tawar jer nanti.
  • Bila dah didih, ikan pun dah masak boleh hidangkan terus bersama nasi panas

Resepi Ayam Goreng Kunyit Mudah & Ringkas 

Bahan-Bahan

  • 500 gm Isi Ayam
  • 1 batang lobak ( potong ikut suka ) 
  • 1/2 Cauliflower ( potong ikut suka ) 
  • 1 peket Putik Jagung ( potong ikut suka ) 
  • 10 tangkai kacang panjang / buncis ( potong ikut suka ) 
  • 1 Ulas Bawang Holland *dihiris 
  • 2 ulas Bawang Putih *dihiris 
  • 1/2 inci halia *dihiris
  • 2 tangkai cili merah *dihiris 
  • 1 sudu kecil Maggi Sedap Rasa
  • Garam
  • Kunyit
  • Minyak Masak

Cara Memasak 

  • Gaulkan isi ayam bersama kunyit dan garam dan perapkan selama 15 minit. Seterusnya goreng isi ayam tersebut sehingga garing dan kekuningan.
  • Bila ayam dah garing masukkan bahan-bahan hirisan tadi, dan tumis sehingga naik bau dan wangi kekuninggan.
  • Masukkan sayur dan goreng sehingga masak. Jangan lupa taburkan Maggi Sedap Rasa kacau rata dan terus hidangkan bersama nasi panas atau bubur nasi.

Resipi Telur Ikan Goreng Kunyit Sedap, Mudah & Ringkas

Bahan-Bahan 

  • 500 gm telur ikan tenggiri
  • 1 ulas bawang besar ( hiris)
  • 1 ulas bawang putih (hiris)
  • 1/2 inci halia ( hiris )
  • 10 tangkai cili padi merah (hiris)
  • kunyit
  • garam
  • minyak masak

Cara Membuatnya

  • Gaulkan telur ikan bersama garam dan kunyit dan goreng sehingga garing.
  • Setelah semuanya telur ikan dah goreng garing, tumiskan hirisan bawang-bawang, halia dan cili padi tadi sehingga ranum baunya.
  • Masukkan telur ikan yang sudah digoreng dan di gaul rata. Biarkan selama 2 minit
  • Hidangkan bersama Nasi putih panas.

Resipi Gulai Tempoyak Ikan Kerisi 

Bahan-Bahan :

  • 2 ekor ikan kerisi ( size XL potong dua bahagian )
  • 15 tangkai cili padi ( ikut suka )
  • 1 inchi kunyit hidup
  • 2 sudu besar Tempoyak
  • Garam
  • Air

Tambahan :

  • Daun Kesum ( ikut suka nak letak )

Cara Membuatnya

  • Kisar kan Cili Padi dan kunyit hidup sampai lumat, tapi kalau nak original tumbuk guna lesung batu pun lagi sodap tau.
  • Satu kan bahan dalam periuk, dan dimasak atas api sehingga didih.
  • Hidangkan bersama nasi panas bersama ikan masin. Perghh!!!

 

Resipi Sawi Tumis Air 

Bahan Kisar Halus 

  • 1 ulas bawang besar
  • 1 ulas bawang putih
  • 2 tangkai cili merah
  • 6 ekor ikan bilis

Bahan-Bahan 

  • 1 ikat Sawi
  • 3 biji telor ayam
  • 3 biji kentang
  • Suhun & Tuhu Fucuk ( direndam)
  • Air
  • Garam
  • Minyak

Cara Penyediaan 

  1. Tumis bahan kisar tadi, sehingga garing dan naik bau wangi tau, jangan sampai hangus pulak. Masukkan air (ikut suka) dan kentang biarkan sehingga kentang menjadi empuk.
  2. Masukkan Sawi / Suhun / Tauhu Fucuk/ garam dan biarkan sehingga mendidih. Pecahkan telor dan biarkan sehingga masak
  3. Hidangkan bersama nasi panas dan ikan goreng garing atau sambal getuk. Selamat Mencuba !

Resipi Sardin Goreng Pedas 

Bahan-Bahan 

  • 1 Tin Sardin Ayam Brand’s
  • 1 ulas Bawang Besar ( hiris )
  • 2 ulas Bawang Putih ( hiris )
  • 1/2 inci Halia ( hiris )
  • 20 tangkai Cili Padi Kampung ( hiris )
  • 1 biji kentang (hiris dan goreng *asingkan)
  • 1/3 air
  • Garam
  • Minyak Masak

Cara Penyediaan 

  • Panaskan minyak masak, Goreng ikan sardin terlebih dahulu, sebab nanti masa menggaul tak mudah pecah dan kirai. Bila dah 1/2 masak masukkan bahan hirisan kecuali kentang yang siap di goreng masak sampai naik bau.
  • Masukkan sos sardin tadi gaul rata dan jugak kentang yang telah digoreng dan biarkan 1 minit sebelum di masukkan air serta garam.
  • Biarkan selama 3 minit sebelum di hidang bersama nasi panas dan ummphhhh!

Resipi Kari Ayam Mudah

Bahan-Bahan A ( Dikisar Halus )

  • 2 Biji Bawang Besar
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1 inci halia

Bahan Lain-Lain

  • 1 Ekor Ayam ( Buang kulit / Potong 14 bahagian )
  • 1 Biji Kelapa Parut
  • 3 biji kentang ( dibuang kulit )
  • Serbuk Kari Baba’s ( Dilarut dengan sedikit air )
  • Rempah tumis
    • Buah Pelaga
    • Kulit Kayu Manis
    • Bunga Lawang
    • Bunga Cengkih
  • Daun Kari
  • Tomato ( Dipotong 4 )
  • Asam Gelugor
  • Minyak Masak
  • Garam

Cara Membuat

  1. Panaskan minyak, tumiskan bahan kisar sehingga garing dan kekuningan bersama rempah tumis.
  2. Bila dah kekuningan tu, masukkan rempah kari yang dah dilarut dengan sedikit air. Masukkan jugak daun kari. Masak hingga pecah minyak dan garing.
  3. Selepas kari yang di masak dah pecah minyak, boleh masukkan kentang dan ayam, sekatakan dan biarkan 5 minit.
  4. Selepas 5 minit, masukkan santan, asam gelugor dan biarkan sekali lagi pecah minyak, dan mendidih.
  5. Setelah masak, tutupkan api, dan terus masukkan tomato yang dibahagi kepada beberapa bahagian. Biarkan 3 minit. terus hidang bersama nasi panas.

Resipi Udang Goreng Kunyit 

Bahan-Bahan

  • 1 Kg Udang Harimau
  • 1 Labu Besar Bawang Holand ( Dihiris )
  • 2 Ulas Bawang Putih ( Dihiris )
  • 2 inci Halia ( Dihiris Halus  )
  • 2 Tangkai Cili Hijau / Cili Merah ( Dihiris )
  • Garam & Kunyit
  • Minyak untuk menggoreng
  • * Air Asam Jawa Pekat ( Jika ingin berkuah )

Cara Penyediaan Yang Mudah Lagi Ringkas

  • Perap udang dengan garam dan kunyit selama 2 minit, lalu Cikza goreng kesemua udang tersebut separa masak.
  • Tumis separa masak bahan yang dihiris tadi dalam kuali , lalu di gaul bersama udang yang telah separuh masak tadi. Dibiarkan selama 3 minit.  ATAU
  • Bagi mereka yang ingin berkuah, bubuh sedikit air asam jawa yang pekat dan dibiarkan selama 5 minit dalam api sederhana.
  • Tutup api, sedia untuk dihidangkan bersama nasi panas.

Kesemua menu diatas ni, senang dan ringkas. Nak cecampak pun boleh. Lagi pulak, bila tak habis waktu buka, boleh bawa ke sahur, caranya dengan panaskan aje. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *