Pengalaman Merancang Kehamilan Menggunakan OPK ( Ovulation Prediction Kit )

2 bulan selepas keguguran, alhamdulillah diberi bernafas sehingga harini. Bila teringat anak syurga memang sedih. Tapi mujur suami banyak beri rangsangan dan kata-kata semangat tau. Dengan usia yang menjangkau hampir 32 tahun ni, ( eh! dah 32 ke? ) sememangnya waktu dikatakan sesuai untuk mempunyai zuriat. Tapi itu semua kerja yang diatas sana. Yang penting kita jangan lupa doa dan sentiasa amalkan sedekah. Insha allah.

Umumnya selepas 2 bulan ni, memang betul Cikza disarankan untuk berehat. Tapi bergantung kepada keyakinan tubuh kita. Cikza masih mencuba untuk rancang kehamilan seterusnya. Jika entry lepas, cikza ada buat perkongsian tentang Amalan Pemakanan Sesuai Merancang Kehamilan. Kalini Cikza nak gabungkan dengan satu lagi cara. Penggunaan OPK  ( Ovulation Prediction Kit )

Mengetahui Hari Ovulasi

Untuk yang pertama, wajib ambik tau Tarikh Ovulasi sebenar, mengikut kalendar. Cikza donlod apps yang ada kat Google Play. Macam-macam korang boleh pilih. Tapi setakat ni yang sesuai dengan Cikza adalah My Calendar dan Pre-Mom. Bagi kaum perempuan yang sedang merancang kehamilan, dua aplikasi ni wajib ada dalam telefon

Aplikasi Pre-Mom

Cikza memilih aplikasi Pre-Mom ni bersebab, bila buat ujian OPK jadi tak perlulah susah nak cari sello-tape nak tampal bagai kat buku. Cikza snap pic OPK dan terus simpan dalam telefon, mengikut jadual dan CD/DPO yang dikira.

 

Aplikasi My Calendar 

Aplikasi ni adalah backup dari jadual yang ada, tapi Cikza download pun, sebab nak compare mana yang lebih senang. My calendar ni Cikza suka sebab ada gambar kartun tau, jadi makin bersemangat nak update.

 

Beza Antara OPK Positif Dan Negatif Serta Waktu Sesuai Untuk Buat Ujian

Opk Positif ada dua (2) perbezaan. Untuk OPK positif adalah hari ovulasi seorang wanita. Waktu tu, kita dalam hari subur dan juga hari sebenarnya telur dilepaskan untuk persenyawaan. Jangka hayat telur tersebut bertahan adalah 24 jam sahaja.

Bagi OPK Negatif, dikira hari bukan subur, dan tiada telur untuk disenyawakan. Bagi yang merancang kehamilan atau mereka yang belum bersedia untuk mempunyai zuriat, Waktu inilah sangat sesuai bersama suami.

Contoh OPK Positif

Opk Positif boleh dikira apa bila ada dua line sama terang, apabila control line dan test line adalah sama color dan jelas dan bukan kabur-kabur. Kadang ada yang T line lebih terang dari C. Itu dikira POSITIF, Tahniah!! korang diminta BD dalam tempoh 24-48 jam.

Contoh OPK Negatif 

OPK Negatif, bila line T kabur dari line C, itu tandanya belum waktu subur lagi, selalu bila Line hampir sama terang bermakna waktu subur makin hampir.

Waktu Sesuai Untuk Lakukan Ujian OPK

Seeloknya selepas habis period. Disuggestkan menggunakan urin pada jam 10 pagi/5 ptg/10 mlm. Bukan 1st urin tau. Paling elok test 2 kali sehari. Cikza akan lakukan kebiasaan jam 2.30 petang sebab kadar LH waktu tu tinggi. Dan 7 Malam untuk sebelah malam.  Sebab kadang-kadang LH surge tu berlaku cepat. Hormon LH ni diperlukan untuk melepaskan ovum.

Jangan minum air sekurang-kurangnya 3 jam sebelum test, lagi lama adalah lagi bagus. Ini kerana jika urine cair, hormon LH sukar untuk dikesan.

Untuk Mereka Period Teratur

Kalau jenis period teratur ni memang senang nak kira bila hari subur. Tapi kalau pakai ovulation test ni lagi accurate & reliable. Jika jenis period teratur cycle 27 kalau ikut kiraan 27 hari – 14 hari = hari ke13 adalah waktu ovulation. Tapi tak semua akan tepat pada hari 13, kadang ada yang hampir.

Macam Cikza, ambil kiraan cycle 2 bulan lepas, cycle 33 hari – 14 hari = hari ke 20 adalah hari ovulasi. Kalau ikut kiraan dan compare dengan OPK adalah sama.

Untuk Period Yang Tak Teratur

Sebagai Contoh cycle 1 = 30 hari, cycle 2 = 40 hari, cycle 3 = 50 hari, tambah semua bahagi 3 = 40 kira cycle korang 40 hari – 14 hari = hari ke26 baru subur. Jadi start test ovulation test dari hari ke20 – hari ke 28. ( Sumber : Blog Shakinafarhan )

Atau kalau korang tak yakin boleh celop OPK selepas habis period sehingga jumpa dua line terang. Tapi agak leceh memerlukan OPK yang banyak. Tapi Cikza sertakan jadual untuk memudahkan korang buat kiraan.

Contoh OPK Yang Ada Di Pasaran

P-Plan Fertility Planner ni Cikza beli dekat Watson’s dalam tu ada satu test, Kalau korang nak beli adalah bila waktu benar-benar sahih positif kedua-dua line. Sekadar untuk nak sahihkan boleh je beli. Harga RM 12++ ( Mahal kalau nak kena beli banyak )

Opk Test Strip, yang ni Cikza beli dekat lazada ( Gambar sumber google ) Sebenarnya mereka yang period tak teratur digalakkan beli dekat LAzada atau agen-agen OPK berhampiran. Sebab murah dan jimat.

Merancang Tak Salah Tapi Semua Kerja ALLAH S.W.T

Sebenarnya kita hanya merancang, tapi tuhan yang tentukan. Yang penting kita dah berusaha mencuba. Jangan sesekali abaikan doa. Sebab doa adalah segalanya. Macam Cikza dan suami sedang mencuba, Tapi semua kerja allah s.w.t

Yang penting jangan stress kan diri. Lagi pulak kalau stress semua tak menjadi, just relax, enjoy and teruskan berusaha sambil berdoa.

 

 

 

 

 

 

 

 

38 thoughts on “Pengalaman Merancang Kehamilan Menggunakan OPK ( Ovulation Prediction Kit )”
  1. Sy pon tgh ikhtiar hamil.. Mlm td test opk positif.. Dua line pekat.. Bgtau suami, Mlm td jgk suami ajak bersama 🙈 Bole ke siang ni bersama lg? Atau sy kene test lg tgu opk positif.. Sy baru berkahwin.. Lagi satu period sy mmg xteratur.. Sy susah nk tentukan waktu subur sy..

  2. Memang x digalakkan tros buat opk bile abes period ya..sy last period cycle panjang 39..so try ikot schedule sis ke?

  3. Assalamualaikum. Nak tnya. Yg calendar pre mom tu. Ape mksud utk wrna2 kat tepi tu. Hijau n oren tu. Sbb sy ada jugak, keluar wrna purple..

  4. Kalau opk expired lagi 5-6 hari boleh guna lagi ke? Result accurate tak? Sygnye nak buang ada lagi beberapa opk dalam simpanan

  5. haii …saya baru nk ttc…1st time try opk wlpun anak dah 3…tgh usaha tambah anak lg slps kguguran jan 2019 …doakan saya ya…nak bertanya kalau line doble terang maksudnya kena bersama lah ya …?

  6. Salam..hai cik za..sy pon tgh beropk skng..nk tny kita bole jumpa positif opk tu bp hari ye?sebab cd18 sy positif cd19 da negatif..normal ke tu eh??

  7. Cikza, sy baru hbs period harini. 5hari saja. Everymonth mmg tratur stakat ni. So.bila agaknya.sy boleh bersama suami?

  8. Salam cikza. Nak tanya, sy baru 2 hari hbs period. Harini adlh hari ke dua , first time harini cuba opk, naik 2 line tapi satu line terang dan satu lg xterang sgt.. apa makna nya tu ye? Bile bole brsma ? Sy dh sethun lebih kawin tp blm punyai zuriat. Nk sgt baby 😢 doakan sy semua

  9. hi cikza, saya singgah baca sini utk tmbh ilmu, baru je ber OPK 2 hari lepas, ikhtiar minum jus zuriat skli, mudah2an ade rezeki hamil lg, aamiin , anak first dh 4y..

  10. Salam cikza. Period saya 2 bulan sekali. Sebelum ni teratur je tapi tak tahu kenapa start dari awal tahun, 2 bulan sekali sampai lah sekarang. Saya tak record period sebelum ni sebab saya pening dengan calendar tu. saya start record dari bulan 8 sampai 10. Cycle bulan 8-10 tu 68 hari. Macam mana ya saya nak kita waktu ovulation? Dan adakah ovulation berlaku sama seperti period teratur, iaitu 14 hari? Harap sangat cikza dapat bantu saya

    1. Bila period tak teratur. Opk lah jawapannya kena track 10 hari selepas habis period setiap hari dr situ boleh dapat tau. Kadang ada yg sama ada yang lari 1-2 hari

  11. Hi cikza nk tnya sy ada pkai opk tu utk trace wktu subur sy..sy trace dri hri ke 8-19 tapi masih t line pudar c line terang.negatif kan cmtu…so sy kena test smpai hri ke brp ye..sebab period sy xteraturr sgt.

  12. Hai cikza..saya nak tanya..mcm saya ni ada masalah period tak teratur..saya dgn suami nak sangat baby..cuma opk tu saya tak tahu macam mana nak rujuk sb ni first time dan sy baru je berkhwin..period sy pulak kadang tu 3 bulan sekali..kdg jdi 4 bulan sekali ..saya btul2 confius..mohon tunjuk ajar

    1. boleh, opk kalau yang sama terang dikira positif, seeloknya 3 hari selepas period dah boleh mula opk, bila hampir terang, cuba baby dancing dengan suami.

  13. Hai cikza. Sy nk tnya pndpt cikza. Sy ada try guna opk. Pada cycle ke 13 dan 14, test line hampir sama terang. Tapi cycle ke 15, test line jd kabur semula smpai ke cycle 21 (skrg).. pndpt cikza kenape jd mcm tu ye. Smpai skrg sy xde jumpa sama terang lg.. untuk pgthuan cikza, sy test pukul 10mlm dan puasa air 2jam sblum test…

  14. Assallammualaikum cik za..saya farra..nk share crter je la kt cik za..saya dah kain almost 6/7 tahun..belum dikurniakan zuriat..tapi saya berniat for this year utk dpt zuriat..n beli OPK dr shoppe.bile dah beli saya lupe pula mcm mne time utk uji gune opk tu.jadi saya tgok la Google n ternampak blog cik za ni..baca dan saya dah fhm cara nye..n saya xtau pn psl apps yg cik za kate tu yg premom tu so saya upload nmpk best n senang utk saye refer..b4 ni saye ambil test dan tampal je kt buku tp bile ade apps ni mmg bagus utk saye.bagus cik za bagi step utk menyenangkan yg lain utk mnggunakn cara use opk ni..trime kasih cik za sbb tlong kami 😅👍🏻💋

  15. […] TANDA AWAL KEHAMILAN SEBELUM HAID WAJIB AMBIL TAHU | Ramai yang beranggapan Menstruasi atau haid yang lambat merupakan tanda seorang wanita itu hamil, namun bukan satu-satunya tanda kehamilan. Ini Kerana saat sel telur dibuahi oleh sperma dan ditanam di dinding rahim boleh  sebelum periode haid, atau sehingga mungkin ada tanda-tanda kehamilan lain yang muncul sebelum haid terlambat. Jadi macamana nak tahu adakah anda telah ovulasi atau tidak boleh rujuk – Rancang Kehamilan Menggunakan OPK  […]

Leave a Reply to cikzacom Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge