Jom Berbuka Puasa Di Cheese Banjir Murah Dan Berbaloi

Bulan Ramadan semakin menghampiri, maka banyaklah hotel-hotel dan restoran-restoran sedang giat mempromosikan hidangan bufet ramadhan dengan tawaran harga yang menarik. Salah satu yang menjadi pilihan Cikza adalah Cheese Banjir. Lain dari yang lain tau.

Baca : Lunch Sedap Di Cheese Banjir Memang Padu Dan Terangkat

Termimpi-Mimpi Nak Makan Kat Cheese Banjir

Semalam Cikza, ada menyinggah di Restoran Cheese Banjir, sebab terngiang-ngiang sampai termimpi-mimpi Chicken Chop Cheese  dengan Chicken Grill tau. Rasa ayam tu ranggup tak muak, kena dengan selera Cikza. Risau kalau tak dapat tempat duduk, almaklum selalunya Restoran Cheese Banjir ni Full House.

Buffet Ramadhan Cheese Meletop Menjadi Pilihan 

Kalini berkonsepkan Cheese Meletop, memang berbaloi kena dengan tekak Cikza. Mungkin Cheese adalah farvourite Cikza. Jadi jarang untuk katakan tidak atau menolak hidangan berasaskan keju ( cheese ). Ada pelbagai menu yang diketengahkan semuanya boleh Cikza rambang mata, tak tahu nak pilih yang mana.

Mana tak Cikza rambang mata, tengok hidangan grill je pun dah menyelerakan. Aduhh! bantu Cikza pliss buat pilihan. Memang juicy habis, tengok ayam / daging grill tu. Terasa rempah perap sampai ke tekak, aduhh!!!!

Ini baru hidangan, belum tambahan nasi, mee dan ulam-ulam lagi. Adoii! tengok lauk pun dah terliur belom lagi desert dan yang lain-lain. Tergoda tengok Asam Pedas Daging Tetel tu, memang win! Dengan rasa pedasnya semua dah cukup.

Tudiaa! Dah keluar segala nasi, mee dan spagetthi. Terliur tengok, makin rambang tak tahu nak mula dari mana dah ni. Cikza dah cuba spagetthi memang terangkat sedap, juicy dan banyak cheese. Nama pun konsep Cheese Meletop! harus ketengahkan Cheese tau. Aduhh! lagi tak tidur malam dibuatnya.

Dah puas kan korang cuci mata tengok macam-macam yang ada. Maklumlah lebih 30 jenis hidangan yang disediakan, rugi kalau tak cuba. Meh cuci mata tengok kuih yang kebabomm! serius tak rugi kalau bayar tapi makanlah ikut suka nak makan sampai bila. Tapi ada satu lagi hidangan yang sememangnya lagi kebabom yang belom pernah ada lagi kat Malaysia, Pizza Hut or Dominos pun belom buat lagi tau.

Meatza Pizza Tanpa Doh, 100% Daging Pertama Di Malaysia

Pizza tanpa doh, yang menggunakan 100% daging sebagai pengganti doh, mana ada rangkaian pizza di malaysia yang boleh buat camni. Bila tarik tu, macam rasa makan pizza original. Terlampau banyak Cheese, memang awesome habis! Lepastu daging tu terasa sampai ke anak tekak ni.

Ada lebih 30 jenis hidangan dan yang pastinya Meatza ni antara yang menjadi pilihan utama untuk mereka yang datang kesini. Sebab lain dari yang lain. Bertabahlah korang bila dengan Cikza bukak cerita pasal makan ni. Yang tengah puasa tu, sila tabahkan hati ye.

Memang Berbaloi Dengan Harga RM59/Seorang

Korang disarankan booking awal, sebab selalunya Restoran Cheese Banjir ni Full House, Terlalu Banjir dengan orang yang hantu Cheese ni termasuklah Cikza.

Restoran Cheese Banjir,
lot G10, G, Jalan 1/76 Desa Pandan,
55100 Kuala Lumpur
Landmark sebelah Shell Out
Tempahan : 017-252 0031
Waze : Cheese Banjir
Waktu perniagaan : 10:30am – 10:30pm

Facebook Cheese Banjir | Instagram Cheese Banjir

 

 

 

 

 

 

5 thoughts on “Jom Berbuka Puasa Di Cheese Banjir Murah Dan Berbaloi”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge