Baru-baru ni, Cikza menghabiskan cuti Anniversary dalam Malaysia je, bukan jauh oversea pun. Sebelum tu, Cikza nak ucapkan tahniah kepada Tun Mahathir b. Mohamad atas perlantikan sebagai Perdana Menteri Yang Ke-7 berikutan kemenangan berpihak kepada Pakatan Harapan.
Yang bagusnya lokasi yang menjadi pilihan ni, semuanya berdekatan dengan pusat beli belah dan kemudahan pengangkutan awam. Untuk kemudahan akses disini. Jadi mereka yang ada urusan pejabat tapi tak tahu nak menginap mana, memang sangat disyorkan disini.
Hotel De ART USJ, Selangor Bercirikan Taman Tema
Kalau korang nak tau, setiap cawangan ada tema tersendiri, macam apa yang Cikza tahu, setiap cawangan tema yang disediakan semua berkonsepkan fantasi. Dan ada yang berkonsepkan taman.
Cara nak kesana melalui Lebuhraya Damansara Puchong, dan mengambil masa selama 45 minit dari Kuala Lumpur, dan 15 minit dari Kajang, 10 minit dari Putrajaya, sebelum nak kesini, Cikza dah selidik dulu bagus ke tidak, berbaloi ke tidak dengan harga yang ditawarkan. Jujur sebenarnya ada yang menarik dan Jom kita Tour Apa Yang Terdapat Di Sekitar dan Aktiviti Di Sini.
Dari Luar, Nampak Gah, Sesuai Dengan Namanya

Melangkah masuk je, uih! kalau korang nak tahu, Cikza ni lurus, punyalah 2-3 kali keluar masuk nak confirmkan betul ke, ni hotel yang dituju, memang terpukau dengan terpaku terus. Terkedu sebab terlalu cantik dan terlalu seni sangat.

Hotel De Art Section 7 lebih mengkhususkan konsep wallpaper yang berbeza, Section 19 mempertaruhkan lukisan 3D, dan I-City yang bertemakan Fantasi Wonderland, Hotel De Art Usj bahkan lebih unik bermula dari lukisan luar bangunan, susun atur bahagian dalam lobi serta dekorasi laluan koridor yang sarat dengan elemen taman.
Tema English Garden Menjadi Konsep Tema Di De ART USJ

Bertemakan English Garden, Hotel De Art Usj merupakan cawangan keempat selepas kejayaan tiga outlet lain di Shah Alam. Ibarat berada di taman yang penuh kehijauan, Hotel De Art Usj pastinya membuat inapan anda lebih istimewa dari biasa.

Jalan sekitar lobby, semuanya konsep ala English Garden. Dengan ada buaian macam dalam taman. Sampai kaunter penyambut tetamu pun Cikza tak boleh nak bezakan. Sebab Meriah dengan daun-daun, hiasan bunga dan gazebo kayu ala berkelah dalam taman.
Bilik Luas Dan Selesa, Katil Empuk Ala Princess, Lagi Buat Kita Lupakan Dunia Luar Seketika


Melangkah masuk je! terkedu tau kami laki bini, harga dahlah murah tapi ditambah pulak keluasan bilik tu memang boleh main lari-lari tau. Anggaran satu bilik ni boleh memuatkan 4-5 orang tau. Luas tau! Encik Suami dah congak-congak kalau famili Pak Lah atau Famili Pak Mad datang, kami menginapkan disini je!



Katil tu jangan cakap memang empuk sangat. Rasa berada di awangan tau kalau baring atas katil. Persekitaran bilik memang sangat-sangat bersih. Memang Cikza rekomen sangat hotel ni, Dengan ada wallpaper flora yang sememangnya buat Cikza tak boleh move on sehingga harini.
Ruang Tandas tu pun menarik minat, sebab susun atur kemas dan terletak, disediakan jugak, ubat gigi dan berus gigi untuk mereka yang lupa bawa pekakas manda. Senang cite, kalau darurat boleh je terjah terus.
Ada Petunjuk Kiblat, Kemudahan Sejadah Tetap Disediakan Walaupun Pemilik Hotel Adalah Berlainan Bangsa. Tabikk!!


Sejuk hati bila nampak ada petunjuk Kiblat yang disediakan, Bila suami nak mengerjakan solat, sejadah juga telah tersedia di ruangan laci. Kalau korang nak tahu, Cikza tabik kepada pemilik hotel ni yang berbangsa Cina, cukup menjaga kemudahan mereka yang beragama islam dan kemudahan surau juga disediakan.
Berdekatan Dengan Kemudahan Akses Pengangutan Awam Dan Kompleks Membeli Belah Untuk Mereka Yang Nak Cuci Mata

Terletak berhadapan dengan pusat membeli-belah Main Place, anda hanya perlu berjalan kaki sekiranya ingin menghabiskan masa terluang bersama keluarga.
Kalau mereka yang datang secara berkumpulan, boleh juga naik LRT dan turun di USJ. Berbaloi sebab akses kemudahan pengangkutan awam LRT memang sangat dekat.
Harga Untuk Semalam Pun Berbaloi, Sampai Buat Korang Tak Boleh Move On.

Bermula dari RM88 hingga RM228 untuk bilik Art Suite, setiap bilik dilukis dengan tema flora dan fauna.. Kesemua 27 buah bilik dilengkapi kemudahan asas serta perabot yang moden.
Kalau Korang yang nak ke sini boleh rujuk di Link yang Cikza sertakan ni
Facebook / Instagram / Website
21, Jalan USJ 21/6, Usj 21, 47630 Subang Jaya, Selangor
03-5888 9099
( Waze : De Art USJ )