Dashing dan Lelaki dah sinonim. Apepun anniversary dah dekat, Cikza buntu sebenarnya nak cari hadiah untuk suami. Walau dia tak cerewet tapi kalau boleh nak dia sentiasa angau dengan kita haha! Mujur lah ada penyelamat. Produk Dashing Sport yang dikhaskan untuk lelaki aktif seperti suami cikza tu.

Anniversary dah makin dekat, tapi sebenarnya hadiah tidak mainkan peranan dalam satu hubungan, namun keikhlasan memberi sebenarnya lagi penting dalam satu pemberian. Siapa tak happy, bila suami hargai apa yang kita berikan walaupun ia bukan mahal beratus-ratus. Ai mampu buat suprise yang ni je hokeh!

Dashing Sport Wangian Lelaki Aktif Sesuai Untuk Suami

 

DASHING mempunyai aura yang turut menampilkan keyakinan dan sifat maskulin lelaki sebenar. Wangian baharu ini dapat memberikan kesegaran, namun masih mengekalkan ciri esen moden yang dapat memenuhi kehendakan lelaki aktif yang inginkan deodorant dan pewangi yang maskulin, segar dan sesuai dengan kehidupan aktif seharian.

Dua Koleksi Dashing Yang Wajib Korang Cuba

Terbaru DASHING kini memperkenalkan 2 variasi baharu ke dalam rangkaian DASHING Sport. Yang ada dipasaran kini ialah variasi MCFC Hattrick dan Ultimate Kick. Untuk variasi terbaru DASHING SPORT ialah Hitman and Golden Boot terdiri daripada Deodoran Semburan Badan dan Eau De Toilette.

Deodoran Semburan dan Eau De Toilette telah menjadi produk penjagaan harian lelaki yang penting. Deodoran dapat membantu mengawal bau badan serta meningkatkan keyakinan diri manakala Eau De Toilette memberikan wangian yang tahan lama dan kesegaran. Memilih Deodoran atau Eau De Toilette yang bersesuaian amat penting kerana terdapat produk yang tidak mampu bertahan lama dan meninggalkan kesan kotoran pada pakaian.

DASHING Hitman

Dicipta khas untuk lelaki aktif yang sentiasa bersedia ke mana sahaja. Di dahului dengan aroma kesegaran Citrus dan Ice Cucumber. Diikuti dengan nota Sichuan pepper dan Lavender berserta dengan Patchouli dan Gaiac Wood, menjadikan wangian  dengan daya tarikan  yang semestinya meningkatkan keyakinan aktif si pemakai.

DASHING Golden Boot

Mempunyai haruman yang lebih Musky dan menggoda. Aroma dari daun Rhubarb dan Pimento memberikan kehangatan maskulin kepada si pemakai, manakala kombinasi kayu Kashmir dan Leather memberikan aroma kelelakian maskulin yang memukau dan tidak dapat dilupakan.

Deodoran DASHING SPORT Memberi Perlindungan 24 jam

Semburan Deodoran DASHING SPORT  bukan sahaja memberi perlindungan 24 jam tetapi juga memberikan manfaat 6-dalam-1 yang berkesan mencegah bau badan. Ia mengandungi anti-bakteria, formula cepat kering, tidak meninggalkan kesan di kulit atau di baju serta memberikan keharuman dan kesegaran maskulin optimum sepanjang hari.

Kepada mereka yang mencari Produk Dashing Sport ni, semua variasi DASHING Sport boleh didapati  pada harga yang berpatutan iaitu RM12.90 untuk Semburan Deodoran 125 ml dan RM24.90 untuk Eau De Toilette 50 ml. 

 

 

 

641 total views, 3 views today

2 thoughts on “Dashing Sport Wangian Lelaki Aktif Sesuai Untuk Suami”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge