RESEPI

Resipi Nasi Tomato Dan Ayam Masak Merah Macam Lauk Kenduri

Petang semalam, asben tiba-tiba request nak makan nasi tomato. Bila teringat, lama rasenya tak makan nasi tomato air tangan mama. Dulu masa sebelum kahwin, rajin tolong mama masak nasi tomato, nasi minyak, nasi ayam, nasi lemak, macam-macam lah. Bila dah kahwin ni, kalau boleh persiapkan diri, sebab takut apa suami nak kena cuba dan buat.

Baca : Soto Ayam Ringkas Dan Menyelerakan 

Mujur dah hafal step by step masa mama ajar dulu. Tapi ada masalah besar melanda, rupanya beras basmathi terlupa nak beli. Cuba tanya mama, rupanya kalau guna beras biasa pun boleh tapi tak berapa nak umph! tapi try and error je. So! apa lagi moh ke dapur kita. Tapi yang ni, aku kongsi resepi nasi dan ayam masak merah. Sampingan lauk macam dalca dan acar timun aku kongsi kemudian.

Resipi Nasi Tomato

Bahan-Bahan

  • Beras Biasa / Basmathi ( sukatan : 1 pot beras bersamaan 2 pot air )
  • air sukatan beras
  • 3sb minyak sapi
  • 2sb minyak masak
  • Rempah tiga beradik ( bunga lawang/Kulit Kayu Manis/ Buah Pelaga ) 
  • 1/2 tin susu cair
  • 1 tin susu
  • 1 tin tomato puree
  • Daun ketumbar
  • Daun pandan
  • 2 biji tomato ( potong 4 bahagian )
  • Garam

Bahan Kisar

  • 1 Ulas Bawang besar
  • 3 ulas Bawang Putih
  • 1/2 inchi halia

Cara Penyediaan

  • Panaskan minyak dan minyak sapi, tumiskan bahan kisar dan rempah tiga beradik sampai garing dan naik bau. Lepastu masukkan tomato puree, kacau rata dan kalau boleh dalam 5 minit.
  • Masukkan susu cair dan air yang di camca mengikut sukatan beras tadi. Biarkan separuh didih
  • Masukkan Garam / daun pandan / daun ketumbar / tomato
  • Bila dah didih masukkan beras, kacau bagi rata. Terus pindahkan ke rice cooker. ( kalau tumis atas dapur gas )
PETUA JIKA GUNA BERAS BIASA
KALAU NAK NAMPAK CANTIK BILA NASI DAH MASAK, WAJIB GORENG TERLEBIH DAHULU BERAS TERSEBUT

 

Resipi Ayam Masak Merah Macam Lauk Kenduri 

Bahan-Bahan 

  • 1kg ayam ( Goreng Terlebih Dahulu )
  • 1/2 tin tomato puree
  • 1/2 tin susu cair
  • air
  • Minyak
  • Garam & Gula
  • Daun Ketumbar ( potong 4 bahagian )

Bahan Kisar 

  • Segenggam Cili Kering
  • 1 Ulas Bawang Besar
  • 3 Ulas Bawang Putih
  • 1/2 inch Halia

Cara Penyediaan

  • Tumiskan Bahan kisar tadi sehingga masak dan garing.
  • Masukkan tomato puree dan biarkan 5 minit.
  • Lepastu masukkan susu cair/air ( ikut suka ) sebab nak bagi berkuah/ garam/ gula dan biarkan seketika,
  • Bila dah didih masukkan ayam terus gaul rata. Lepastu tabur daun ketumbar dan kacau rata. Boleh terus hidang.
  • ( Kalau nak sedap letak kacang pea’s)

 

You may also like...

19 Comments

  1. Thanks cikza.
    Resepi yang menyelerakan…
    Mesti cuba ni…..

    1. ya ampun ni tahap confident level tau, walau guna beras biasa je pun..

      1. Khairul says:

        Salam..resepu nasi kat atas utk brapa pot@kg?

        1. Macam saya buat dalam tu dalam 4 pot beras. Boleh 5-6 orang makan 2 kali tambah.. ** tgk pada kuantiti..

  2. alahai..sdapnya nasi tomato cik za ni..

    1. sedaplahhh.. heheheheh farvourite kita ni.

  3. wah senang jer rupanya . tpi lisa tk makan nasi tomato … uhukkk
    lisak recently posted…PENJAGAAN KESIHATAN MULUT DENGAN PHILIPS SONICAREMy Profile

    1. heheh try dik, sedapp tau

  4. One of my fav ni. Nanti boleh try resepi cikza

    1. heheheh, cykin bahan tu ada yang tak cukup. nt cuba cukupkan bahan ye hehehe

  5. Salam..nak tanya.1 tin susu tu susu pekat ke? Dan tomato puree tu 1 tin besar mana? Agak2 sukatan sudu besar berapa ye?

    1. 1 tin susu cair, rasanya tomato puree saya beli yang size kecil.. tp ikut pada kesukaan lain org suka yg moree puree,..

  6. Salam, nak tnya sukatan beras ni utk berapa org mkn ye?

    1. Macam saya buat dalam tu dalam 4 pot beras. Boleh 5-6 orang makan 2 kali tambah.. ** tgk pada kuantiti..

  7. sebiji macam nasi kenduri tu, terima kasih sudi shar eresepinya ye =)

    1. sama-sama , mohon share kalau manfaat

  8. kalau susu cair tu ganti susu dutch lady yg kotak boleh ke?kat rumah tak ada la pulak susu cair. tgh PKP ni nak pi cari, bercinta…

    1. Cikza x sure kak.. Tp kita buat beliauu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge