Baru-baru ni, aku dapat satu parcel, dari Eucerin. Tapi kerana ianya #cabaran14haribersamaEucerin, aku sahut cabaran tu. Walaupun parcel aku sampai lewat. Mulanya aku takut nak cuba tau, seriuss wakk! kulit muka kita sensitif ni, kalau bercampur-campur dengan pencuci muka lain. Tapi kerana hati melonjak nak jugak cuba, ku turutkan jua.
wak! nak tau tak? masa mula dapat parcel tu, teruja tapi ada cerita kelakar disebalik kisah Eucerin ni tau. Disebabkan waktu tu excited sangat, kita ingat ini pencuci muka tau! malu kita wakk! terus laki aku beli one set bermula dari cleanser, toner dan barulah di gabungkan dengan Krim Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ni. Patut beragin muka tau, mujur masih still macam neelofa, bukan macam lopak air tu.
Tapi sebenarnya muka aku takda jerawat waktu tu, cuma kusam dan berminyak sahaja. Kadang pening aku dibuatnya, camne nak control minyak berlebihan keluar dari muka
Sayang, Kat rumah kita minyak masak habis, kalau guna minyak kat muka awak tu boleh tak?
Nampak tak? ada je nak complain! rasa nak cili je mulut dia tu yang comel and laser. Pertama kali guna produk ni mulanya tertanya-tanya jarang dengar jenama ni. Setelah diselidik memang produk ni bagus dan sangat bagus untuk diketengahkan.
Pengalaman Menggunakan Eucerine
Apakata aku tentang Eucerin Pro-Acne Solution ni, adakah memuaskan?
Hari pertama je, aku dah gabungkan dengan dengan pencuci muka dan toner sekali, dan aku nak cakap wow! sebab terasa tegang kulit muka, bila part Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment ni, yang bagusnya ibarat aku tenyeh muka tu macam pakai foundation. walhal krim anti jerawat je. Teksturnya tak melekit, soft-gel, dan mudah dibawa kemana je sebab saiz yang kecik boleh dibawa masuk dalam beg samada santai atau travel je. Disebabkan kulit muka aku kusam, jadi aku cuba dan hasilnya bukan sekadar menghilangkan jerawat, tapi kulit lebih anjal, tegang dan mulus.
Eucerine Ni Baguske?
Dilancarkan lebih 100 tahun lalu, Eucerin adalah peneraju inovasi dalam sains penjagaan kulit. Hari ini, jenama ini telah menjadi salah satu jenama dermo-kosmetik yang paling dipercayai di dunia, dibangunkan dan disyorkan oleh ahli dermatologi, dengan disokong oleh kajian terperinci. Menggunakan pendekatan berasaskan sains,
Produk Eucerin membangunkan penjagaan kulit derma yang selamat dan efektif dengan menggabungkan manfaat kosmetik dan keberkesanan produk farmaseutikal. Jenama ini membuat pelaburan besar dalam kajian dan pembangunan diikuti dengan ujian-ujian ketat untuk memberikan pengguna produk penjagaan kulit yang inovatif dan efektif untuk kulit yang sihat di samping memberi penjagaan khas pada kulit untuk sekarang dan di masa hadapan.
Ia Diformulasikan dengan bahan-bahan aktif yang terbukti berkesan, Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment mengurangkan jerawat komedon* dalam masa hanya DUA minggu tanpa mengeringkan kulit. Formulanya yang mengawal kerengsaan untuk kulit lebih licin dan sihat terdiri daripada:
- Sepuluh peratus Hydroxy Complex, kombinasi tiga ejen pengelupasan yang berkuasa tinggi iaitu AHA (asid glikolik), BHA (asid salisilik) dan PHA (gluconolactone) yang membantu memperbaharui permukaan kulit, membersihkan pori, mengurangkan bakteria penyebab jerawat, P. acnes, dan menanggalkan sel kulit mati;
- Licochalcone A, bahan anti radang yang mengurangkan kerengsaan dan membantu mengurangkan kemerahan pada wajah;
- Dexpanthenol, yang terhasil daripada vitamin B5 adalah pelembap yang mengekalkan kandugan air dalam wajah untuk meningkatkan daya tahan kulit dan melindunginya daripada pencemaran alam sekitar.
Dan sebab itu aku tertarik dengan produk ni, kerana Eucerin ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment direka dan diuji khas untuk membersihkan pori yang tersumbat, mengurangkan dan menghalang kemunculan semula jerawat, di samping mengekalkan kelembapan kulit.
Selepas Penggunaan Berterusan Eucerin® ProACNE Solution A.I. Clearing Treatment
Jangan kata laki aku, aku pun terkejut, sebab muka makin feloles tau, tak kusam macam dulu. Minyak pun dah berkurangan. Jerawat halus tu dah kurang. Sangat disyorkan sebab tak mengandungi merkuri dan ianya bukan produk yang berbahaya.
Video ni, sila tengok buat penghibur korang! aku bila tengok dan teringat salah cara penggunaan tu memang gedabak nak tergelak berdekah-dekah tau. Bukan apa, kita orang kampung wak!!!
Hai, saya nadhirah. Nak tahu kulit muka sis sebelum pakai produk ni banyak acne tak?
acne halus2 gitu. Pakai ni kena konsisten baru hilang.
Salam..cikza knape kulit muka sy mengelupas pakai set eucerin ni…sbb kulit muka sy nie sensitif dan brjerawat
rasanya tak sesuai tu, kena stop terus..
tapi untuk sekarang saya kekal pakai warda acnederm sbb kulit saya agak sensitif naik jerawat . peralihan hormon pun boleh jadi
yeayyy!!! saya pun baru beli pro acne solution toner! tak sabar nak try 🙂
Kalau masalah jerawat berlubang ni boleh rawat tak?
Setakat ni im not sure, sbb yg ni produk berubat jadi dapatkan keterangan dr pharmacist
Assalamualaikum cikza. Saya nak tanya, toner tu cikza pakai satu muka ke atau dekat jerawat sahaja?
Waalaikumsalam, toner tu pupur je kat muka, lebihkan pada jerawat