Seronok Atau Teruja Sangat Ke Underwater World Langkawi Ni ?

Baru-baru ni, sebelum Czer Kandungan Luar Rahim asben kacak, reward diri ke Langkawi. Rasanya macam dah lama tak berkunjung ke sini. Almaklumlah jika dulu datang dengan mama abah je. Tapi kalini pertama kali datang dengan asben kacak, kiranya honeymoon lah kan untuk sambut besday beliau yang ke ehem-ehem.

Kalau dulu, Cikza pernah masuk UWL dengan adik berdua je. Sebab target utama nak tengok peguin yang cute miut tu. Rugi tau kalau kesini tak jengah sahabat kecik kita tu. Dahlah comel, jalan terkedek-kedek pulak tu. Yang Cikza target kesini nak release tekanan akibat keguguran lepas je. Tapi asben kita pertama kali datang sini.

Ahh! Bosan Ke Kat Underwater World Langkawi Ni?

Bila terfikir dah kesini banyak kali, rasa mungkin tempat yang sama bakal dilawati. Terfikir lagi alah! bosannya tempat yang sama..”, target masa pun dalam 1-2 jam sebab dah janji dengan penjual tiket  di Cable Car Langkawi. Rupanya memang masa tak mencukupi dari 1 jam kepada 2 jam rupanya 3 jam baru selesai semua dalam ni. Ya allah memang best rupanya, end up pun suami puas hati.

 

Hari kejadian, adalah hari jadi suami kacak kita jatuh pada 29/1. Jadinya Cikza bawa dia bertemu kawan baik dia Mr and Mrs Peguin yang comel lagi bergaya. Pelbagai aksi dapat dirakam. Tengok muka suami rasanya dia lagi excited habis, teruja pun ada. Sampai kalau dia ligat berjalan dalam tu, Cikza tertinggal belakang.

Best Sangat Ke Underwater World Langkawi Ni?

Soalan ni memang, win! kalau korang nak tahu. Tersangat best tau, rupanya macam-macam penambahan ada. Selain dapat tengok macam macam haiwan yang bukan selalu dapat tengok dekat dekat, ibarat lawatan sambil belajar lah kiranya kan rupanya korang dapat tengok pelbagai jenis ikan, termasuk pelbagai spesis hidupan laut yang lain pun ada kat sini. Meh tengok gambar yang sempat kita rakam sebelum beralih ke tempat lagi ekstrem

 

Peguin Antartika Pun Ada Kat Underwater World Langkawi Jimat Duit Ke Obersea

Tak payah nak keluar beratus-ratus ribu semata nak pergi tengok peguin kat antartika sana. Lagi pulak membazir semata nak layan peguin kat sana. Di UWL semuanya ada. Singa laut pun ada tau.

 

Menarik Lagi Di Underwater World Langkawi Yang Menyebabkan Mengambil Masa Berjam-Jam Lamanya Sampai Lupa Jalan Balik

Dah penat berjalan, duk tengok eh! macam ada pembaharuan je kat UWL ni. Rupa rupanya sekarang dah ada beberapa tarikan lain dan aktiviti interaktif di Underwater World Langkawi ni tau. Jangan kata budak – budak, bapak orang pun boleh teruja tau. Cikza pun confuse tak tau nak mula yang mana dahulu.

Life Magic World Penuh Dengan Magis 

Waktu ni, asben kacak kita yang teruja, mana taknya kita slow berjalan dia hilang entah kemana, rupa-rupanya ada kat Life Magic World. Bila kita melangkah masuk wakkk! kita sendiri pun teruja sama tau wakk! terbayang kalau ada anak nanti confirm tak reti nak tengok jam nak balik, itu baru anak kalau yang bapaknya pun dah lupa jam berapa nak balik sebab teruja.

 

Nak masuk Life Magic World ni Percuma tau! tapi yang terujanya bila korang lalui pengalaman lukis, dan warna tau. Lepastu lepaskan kat skrin 3D yang ada didepan tu, macam Cikza pilih untuk warnakan singa warna pink. maka apa yang hasil kerja Cikza akan terpapar kat skrin tu. Ingat Cikza je yang teruja, Famili Mama Kembar Tiga pun teruja terutama  si kembar tu. 

Sementara mewarna sepuas di Life Sketchbook, asben kacak kita sibuk main VR ( Virtual Reality, yang ni kena bayar, tapi tak mahal pun cuma RM10.  Tapi yang ni Cikza tengok, suami pilih part tembak zombie, kita pulak yang teruja habis. Kelakar tau.

Dah puas main VR ( Virtual Reality) , jangan lupa tangkap gambar dengan Magic Mirror, waktu tu Cikza ngan asben bergambar dengan singa, ibarat pegang singa betul tau.

Pavillion Taufan

Nak masuk pavillion taufan ni, kena bayar tau. Tak mahal pun, cuma RM18 untuk dewasa dan RM12 untuk kanak-kanak. Tapi sebelum masuk, kami akan bagi baju hujan pakai buang tu sorang satu. Maklumlah lupa nak beritahu, telefon tak dibenarkan bawa masuk. kalau damage pihak UWL tak tanggung segala kos kerosakkan tau.

Fuh! sorry gais, bila masuk dalam tu, dah nama pun tak dibenarkan bawa telefon, Cikza cerita pengalaman lah ye, waktu tu dua-dua tangan dah pegang railing, dengan macam-macam cuaca yang kena tempuh, kena rempuhan ombak, puting beliung eh! macam-macamlah. Kalau tangan tu terlepas je dari railing confirm jatuh.

Menjerit lah weii! ingat diam saje, laki ai memang over jeritnya hahahah! tapi basah bila kapal dilambung ombak, terasa macam dalam Jumanji pun ada ni tau. Selebihnya baik korang pergi bawa famili tau.

Lost World Tunnel 

Yang ni memang best giler. Laki ai sukalah ibarat macam puzzle cari jalan keluar. Waktu ni korang diberi belon penukul tu, untuk ketuk cermin dan kasut dibalut dengan kain agar permukaan dasar cermin tidak bercalar.

Waktu masuk je, pening ibarat berjalan  sambil berpusing-pusing. Dengan lampu pelbagai warna lagi, pastu cermin depan tu buat kita terperangkap dan tertipu semata nak cari jalan keluar.

Interactive & Panoramic World Virtual Reality

Part ni memang enjoy memang kelakar, tergoyang-goyang lemak kami tau, malu itew! Harga RM15 asben kacak pilih hantu. Memang terkejut habis, bila dah terkejut makanya sekali dengan lemak-lemak terkejut. Jadi disyorkan kalau ibu hamil dan pesakit jantung abaikan game ni.

Dah puas berjalan tentu lapar

Jangan risau, jangan kata makanan tapi tempat shopping pun ado tau! tak rugi pun habiskan masa kat sini. Lepas korang terjerit-jerit tu, confirm tekak dah kering kan. Boleh lepak makan dulu. Okeh lepasni jauh lagi perjalanan cerita sepanjang di Langkawi.

Apepun Alhamdulillah Cikza puas hati dengan UWL harini, dah pelbagai pembaharuan telah pun dibuat kat situ. Yang pasti, suami kata nak repeat lagi lepasni. Jadi korang yang nak datang kesini, nak penginapan murah dan berpakej boleh rujuk di Harga Murah Berbaloi DiNu Melati Hotel, Pantai Chenang 

Maklumat Lanjut:

Facebook: Underwater World Langkawi

Waktu Operasi: 10 pagi hingga 6 petang

Tiket Masuk (dengan MyKad): Dewasa RM36 / Kanak-Kanak RM26

 

2 thoughts on “Seronok Atau Teruja Sangat Ke Underwater World Langkawi Ni ?”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge