Bulan Ramadhan hampir tiba, korang dah fikir ke menu untuk berbuka atau bersahur selama 30 hari berpuasa ni nanti. Kalau boleh menu yang dicari mesti nak simple dan mudah ataupun masakan ringkas. Harini aku nak kongsi dengan korang salah satu menu yang sesuai untuk berbuka atau sahur nanti.

Sotong goreng kunyit tapi versi berkuah. Boleh tahan sampai sahur tau. cecampak je. tak perlu susah payah nak fikir lagi dah. Kalau simpan sampai sahur pun boleh sebab masa duk bujang selalu gak buat camtu.

Resipi Sotong Goreng Kunyit Berkuah

Bahan Utama

  • 500 gm Sotong
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • Minyak Masak
  •  Garam
  • 1/2 sk Kunyit

Bahan Untuk Dikisar

  • 1 ulas Bawang Besar
  • 2 ulas bawan putih
  • 1/2 inci halia
  • 4 tangkai cili merah / hijau ( nak pedas boleh campur cili padi )

Cara Penyediaan 

  • Gaulkan sotong yang telah dicuci dengan garam dan kunyit. biarkan selama 5 minit untuk sebatikan perapan.
  • Panaskan minyak, masukkan sotong, dan biarkan separuh masak.
  • Masukkan bahan kisar, gaul sebati biarkan selama 10 minit.
  • Masukkan air asam jawa. Perasa garam jika kurang harus tambahkan.
  • Bila dah masak, hidangkan dengan nasi panas-panas.

 

287 total views, 1 views today

2 thoughts on “Resipi Sotong Goreng Kunyit Berkuah Mudah Dan Cepat”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge