Jika sebelum ni, aku dikhabarkan mengandung 1-2 minggu, di peringkat awal kehamilan lagi. Hati ibu mana tak gembira, bila dalam rahim ada yang menghuni. Setiap hari aku berdoa supaya anak syurga ni sentiasa dipelihara dan di jaga semasa dalam rahim aku ni. Namun, tuhan menguji bila aku Keguguran yang buat aku redha atas segalanya . Aku anggap allah lebih menyayanginya.
22 Januari 2018 – Proses D&C Dijalankan
Pada 22 Januari – Proses D&C dijalankan. Alhamdulillah semua berjalan lancar seperti yang dimaklumkan. Maka terjawablah proses bleeding aku selama ini adalah disebabkan masih ada sisa janin yang ada didalam rahimku. Alangkah sedihnya, tuhan sahaja yang tahu. Isi Hati aku sebagai ibu. Terus teringat mama.
Berpantang di rumah sendiri waktu tu, memang payah. Tapi nak bergerak kemana pun susah. Abah dan mama jarang berada dirumah berikutan sibuk menguruskan hal-hal rumah di muar.
Isnin 5 Febuari 2018 – Hari Pertama Kerja Selepas Cuti Pantang 2 Minggu
Waktu tu pagi, dapat panggilan urgent, doctor minta buat Beta-HCG di HUKM hari Khamis ni. Tapi disebabkan aku jaga hati kawan-kawan almaklum 2 minggu cuti kan. Aku pilih untuk ke HUKM selepas waktu kerja
4.30 petang – Badan aku waktu ni mula dedar, perut memulas. tapi rileks je macam biasa. drive balik waktu ni, memang senak ya ampun perut, rasa mencucuk-cucuk.
6.30 petang – Sampai di kawasan perumahan, terus berehat dalam kereta. sebab tak tahan sakit perut. subhanallah memang tuhan je tahu macam mana sakitnya.
- Simptom Yang Aku Rasa lah Melalui Pengalaman Sendiri
- Demam Dedar
- Loya Tekak
- Bahu Sakit
- Badan Bergas
- Rasa Nak pitam
- Perut sakit keliling sehingga menangkap pinggang
- Muka Pucat
7.01 malam – Terus perlahan-lahan naik tangga, hallooo! tingkat 3 tu. Waktu tu, mujurlah geng-geng makcik yang suka berborak ni, setiap tingkat ada sediakan kerusi untuk duduk. Aku dengan jayanya naik satu tingkat lepastu duduk, begitulah seterusnya, bila sampai di tingkat aku, terus perlahan jalan kerumah, namun waktu tu kepala berpinar, nak jatuh namun gagah jugak. Pada awalnya aku ingat, cuma bentan disebabkan keguguran lepas.
Pada keesokkannya aku rileks pergi kerja macam biasa. Ibarat macam takde pape terjadi. Namun aku ada jugak mengadu kat suami, kenapa perut aku sakit waktu jalan dan lalu bumper rumah atau lopak. Namun aku buat endahh.
Khamis 8 Febuari 2018 – Kejutan Selepas Ambil Beta HCG Dan Scan Rahim
Ikutkan dah janji dengan mama nak balik kampung minggu ni tau, tapi suruh mama balik dulu sebab ikutkan jumaat nak balik kampung. Happy waktu ni, masa dalam perjalanan nak pergi HUKM tu, aku siap gelak-gelak buat lawak bila video call dengan asben kacak lagi montel tu. Kena tegur dengan asben
” Ini, kalau dah gelak sakan ni, confirm nangis jap lagi..’
6.45 petang – Sampai di HUKM aku terus parking di petak doktor, kau hadooo! terpaksa drive sendiri, sebab suami tugas luar waktu tu. Terpaksa aku berdikari tau. Namapun superwoman.
7.30 petang – Aku tak dibenarkan pulang, sebab waktu tu dah high jugak demam tu. Redha je, Cuma terus pergi scan sebab masih lagi ada bacaan Beta HCG.
8.00 Malam – Waktu tu, seramai 4 pakar yang kerumun aku tau, dia macam berkerut tengok sesuatu. Bila last pakar perempuan turun, terus lagi kerut muka beliau. Nampak macam serius, aku pulak berdebar macam jantung ni nak roboh dibuatnya.
Haniza, kami nak beritahu, dikawasan rahim ni, ada fluid yang kami sendiri tidak ketahui, nampak tak tompok yang ada tu disekitar rahim, kandungan air badan yang normal, tidak mempunyai sebanyak begitu. Jadi kami nak buat laparscopic terus nak masukkan kamera, tengok apa yang ada disitu, jika didapati mencurigakan, terus kami czer bawah perut untuk keluarkan fluid tersebut.
8.15 Malam – Aku terkedu, mundar mandir, siap call mama, tapi aku minta doctor sendiri cal suami kacak aku, sebab aku tak sanggup nak bercakap dengan beliau.
8.45 Malam – Suami aku sampai, waktu tu aku peluk menangis ketakutan, sebab selalu mama abah yang temankan aku, tapi suami depan mata aku menangis teruk sebab takut. Tanya kenapa aku diuji macamni, satu persatu allah beri dugaan pada aku. Suami pun nangis sama. Hanya allah maha mengetahui.
9.15 Malam – Aku bersiap-siap dipakaikan baju untuk Emergency OT. Masih lagi mood meleleh air mata. Berzikir pada allah, doa minta dijauhkan segalanya. Masa nak lepaskan dari pelukan suami tu, nak masuk bilik OT, hati aku sedih yang teramat. sebab aku tengok muka suami aku sedih.
Jumaat 9 Febuari 2018 – Rupanya Aku Disahkan Kandungan Luar Rahim Kronik Sehingga Tiub Sebelah Kanan Pecah Yang Boleh Membawa Maut.
Bila tersedar rupanya, nampak muka suami, orang pertama. Nangis tepi bucu katil, usap rambut kita, nangis sekali lagi. Waktu ni aku rasa pedih sangat. Almaklum mak ayah jauh, tinggal dengan suami je. Harapkan dia je. Mujur lah boleh diharap tapi duk tengok meleleh air mata aku jugak risau.
Abang sayang awak, abang takut kehilangan awak, sayang kita redha sekali lagi ujian allah ye, tapi abang bersyukur, allah panjangkan umur sayang. Sebab abang terlalu sayangkan awak.
Waktu tu aku terpinga-pinga jugak, sakit lagi dengan nangis lagi, tertanya-tanya lagi. Bila ditanya suami taknak cakap kenapa dan kenapa, mujurlah doktor yang rawat aku ni datang,
Haniza, takziah sekali lagi saya ucapkan. Rupanya allah sayang kat awak dan masih bernafas sampai harini, sebenarnya, kandungan awak yang lagi satu tersekat di tiub sebelah kanan sehingga menyebabkan pecah, dan tak dapat diselamatkan lagi. Fluid yang sayakatakan itu adalah darah dari tiub awak yang pecah. Kandungan awak 8 minggu disahkan meninggal, tapi kami terpaksa bawa keluar untuk di hantar ke lab. Bayangkan dah ada dot mata, itu yang saya boleh katakan, mujur awak cepat ke sini, sebab ada ibu yang takdapat diselamatkan sebab kes ni.

Waktu tu, aku tak menangis, tapi aku bersyukur allah beri aku pengalaman dan dua anak syurga yang bakal tunggu aku disana nanti. Bila terjadinya ujian maka allah sayang kat kita. Tapi apakan daya, anggap allah nak beri rezeki yang terbaik selepas ini.
Seminggu Di Hospital Akibat Demam
Sehari selepas Operation, doctor dah suruh bangun jalan ke tandas, hiba jugak kadang, kita masuk bersalin tanpa budak, kiri kanan katil ada baby pulak tu. Kadang mak-mak baby tu, minta kita tengokkan anak beliau. Nangis jugak tapi redha bak kata suami dan keluarga. Tapi allah punya perancangan lebih baik. Namun selepas seminggu baru aku dibenarkan pulang.
Tips Cepatkan Luka Sembuh
- Makan limau sunkist / anggur
- Minum Sunquick ( untuk mereka yang tak suka minum pati haruan atau gamat )
- Makan Vitamin C itu penting
- Selepas Mandi Lap luka bagi kering betul-betul.
Tips Penjagaan Cucian Luka ( Jika luka masih belum sembuh sepenuhnya )
- Cuci tangan sebelum memulakan pencucian luka di tempat czer dan pusat
- Pakai Sarung Tangan
- Sediakan Dressing Kit ( boleh beli di farmasi RM 3.50 x 7 hari )
- Setelah selesai proses cucian luka, penting untuk sembur Opsite agar kuman tidak melekat. ( Opsite boleh di beli di farmasi RM 29.90 botol kecil sahaja )
- Lakukan sehingga luka sembuh sepenuhnya.
Contoh Opsite Spray
Untill now jugak aku gunakan spray opsite ni, bagi melindung kuman dari terkena tempat yang luka belum sembuh, kalau dah sembuh pun masih gunakan sehingga bila korang spray tu, tak terasa pedih. Setiap kali mandi bersihkan spray lapisan lama lepastu baru spray lapisan baru.
Waktu Lepas Operation Untill Sedar, Rupanya Doctor Bagi Aku Morphine Tu! Mujur Tak Gigil hahahah!
Terkejut jugak, diberi morphine. mujur tak ketagih hahahaha! namun semua tu pengalaman yang sangat aku tak lupakan. Namun bersyukur anak-anak syurga tunggu diatas sana. Dugaan yang allah beri itu adalah kifarah, dia tarik semua nikmat kita di dunia, tapi dipulangkan kembali setelah sihat, namun segala dosa kita tidak dipulangkan semula, bahkan gugur semuanya. Inilah dugaan ibu untuk anak-anak syurga.
InsyaAllah pasti Allah dah sediakan sesuatu yang indah utk Za n hubby..
Tq kak tati..
Demam dedar tu macam mana?
Demam tp belom sampai high lagi.. mcm panas sejuk
Jaga pantang elok² tau, keguguran ni sama je macam melahirkan. Moga Cik Za cepat sihat!
mas saari recently posted…Bubur nasi pertama Aiyra
Ni masih pantang lagi kak. Makan minum jaga, still cari nasi and sup je.. kadang nasi sup ikan goreng tu jer lauk saya
Kalau lepas ada pengalaman macam ni, peluang untuk hamil ada lagi tak ye sis?
insha allah ada rezeki.
Terima kasih atas perkongsian
amin, terima kasih
Terima kasih atas perkongsian ni.. semiga bermanfaat untuk yang membaca.
Gja recently posted…ANTARA DUIT DAN KASIH SAYANG, YANG MANA JALAN KEBAHAGIAAN ?
Semoga dipermudahkan urusan cikza ye.
Nurjuwaini recently posted…ANTARA DUIT DAN KASIH SAYANG, YANG MANA JALAN KEBAHAGIAAN ?
amin, terima kasih
Moga cikza cepat sembuh dan boleh beraktiviti seperti sebelum ni. Pasti ada hikmahnya
amin, terima kasih
Semoga cikza kuat menempuhi ujian ini..cepat sembuh…jaga kesihatan ok..
Terima kasih
Sis,,,saya 2 kali sis kandngan lua rahim…kiri dan kanan….mujur awak selamat sis…saya doakan awak cepat sembuh yea…
amin, terima kasih ye..
boleh ceritakan kedua-dua pecah ke tiub tu
dua2 sempat kesan awal so xsempat pecah lg… … yg first 2010 kiri…then 2011 mengandung ok semua… anak dah drjh 1 dah pon… pastu dec 2015 twin pon doc kesan ectopic pregnancy lagi… tiub kanan…nie besar sikit operate nye… so klu nk mengandung kne IVF… xleh normal pregnant da sbb dua2 tiub da xda…doc pesan lps ectopic pregnancy 2010 tu cpt2 lar usahakan mengandung…..alhamdulillah dpt lah sorg anak mengubat duka lara… so sis kne usaha ya….
baik, terima kasih atas sokongan dan doa ye. saya sebelah kanan, cara nak bd bagaimana ye?
Salam… Nk tanya.. Masa buang tiub sebelah kiri..2010…dan awak mengandung lagi awak lahir anak lelaki ker perempuan…..
salam, sy buang tiub bulan 2/2018
gender baby tak sure, sebab waktu tu dah ruptured dalam. bleeding internal.
kira first baby belom dikurniakan cahaya mata.
Pernah laluinya juga
kak azni, peluang untuk hamil tu ada ke dengan satu tiub..
Happy sgt2 bila kte tahu Kita mngadung..tp sedih bila dapat tahu mngadung luar Rahim..pnh trjadi pada sy.2.7.2021..sy redha.insyallah suatu hr nanti ad rezki sy.tuk ad zuriat
Sabar, bersyukur ada yang menanti kita di syurga. Allah beri ujian sebab sayang.. Enjoy life jgn terlalu sedih memikir. Cuba lagi. Saya sampai tiada tiub kanan
besar dugaan cikza …semoga allah gantikan dengan yg lebih baik untuk keluarga cikza …
terima kasih kak long.. amin..
Baru tau kisah cikza. Ni kita pun doktor suspek mcm tu. Hope next checkup result yg keluar baik² je. Cume nak tahu rasa sakit kat abdomen tu sakit mcm mne erk. Huhu
Ummi Zarra recently posted…Udang Galah Viral Masak Lemak Cili Api
WAKTU DAH PECAH TU MEMANG NAK PITAM, UNTILL NOW BERDENYUT2 LAGI DEKAT TIUB YANG DIBUANG TU.
Maksudnya, akk pregnant twins ke masa tu….
Aah tp berlainan tempat
Sakit sgt x kak?? Sy baru 5 minggu..tp dktr x dpt nk sahkn lg..sbb dktr kata kalau kandungan luar rahim sy xkn stabil mcm ni..akn ade bleeding hari² dan akan sakit
yup betul, kena doa tawakal.
Salam Za,
Sy zara,
Sy pun mengalami perkara yang sama.hamil yang pertama Pun lebih kurang mcm awak juak. Dan bacaan beta HCG pun makin meningkat walaupun sy dh complete miscarrage.after 2 week.. dr kata sy ectopic plak..dah pecah terpaksa buang tube sebelah kanan sy.dan 7bulan selepas itu.. sy mengandung lagi.. sy tak sangka hamil sbb hanya bergantung pada 1 tube sahaja.. tapi masih bukan rezeki sy.. dr kata Ectopic sebelah kiri.. tapi sy syukur sbb bukan lekat kat tube..so dr manage selamatkan tube sebelah Kiri sy.skrnag sy masih dlm prosea kimo utk matikan sel dan kecutkan..
salam, proses kimo untuk apa ye. boleh kongsikan tak?
saya masih belom rezeki dah 3 bulan tidak period lagi since period ketiga lepas ectopic selesai.
salam cikza,story saya pun sama seperti cikza..tpi saya sebelah kiri tube kena buang..saya baru 2mingu lebih lepas emergency operation. Ni saya nak tahu brapa lama cikza bepantang? mcm mana nak tahu yg luka jahitan tu dh sembuh?
Saya pantang lama. Ais tu kalo boleh lagi lama.. kena jaga elok2 ikut nasihat sy bagi dalam blog
Assalamualkum…cikza..sy nk tnya mse cikza mula2 mgndung check upt mmg positive ke?cikza check upt kndugan brp minggu..sy mengalami skit perut dan skit pinggang ..period xdtg lg..check negatif..
aah memang positif tp samar2, waktu awal2 tu bleeding..waktu dah ep baby baru 1 month lebih
Assalam kakza.. Sy pun pernah buat operation mengandung luar rahim, bby sangkut dlm tube , now tube sebelah kiri sy xde, n dr bg tau rahim sy kena jangkitan kuman,lps dh bole blik uma tu, dr bg sy antibiotik bnyk giler, n ade juga special anti biotik tuk sy n husband, lps tu dr akan bg tarikh checkup kita, sy operat ectopic tu 5/11/18 thun lps la.. Tp skrg pun some time sakit tu dtg krem denyut, kt dlm tmpt operate tu, kakza ade rasa sakit cmtu x, kdg2? Kot lain org lain ,lain rase dia
ya allah! yke. semoga dipermudahkan urusan selepas ini ye. mcmana boleh detect, now tiub macamana?
Sama sya pon kdg2 dtg skit denyut2 kat tmpt yg d belah bhgian kiri..tp yg d buang belah kanan..yg lain kena buang tiub pon mcm tu ke ?
Normal.. kalau tengah subur pun denyut
Salam Cik Za,
Saya pcoser dan dah nikah dari April 2017. atas bantuan ubat clomid pada cycle saya dec 2018, sy preg pada 15 jan 2019 (first pregnancy). tapi, seminggu lepas tau sy preg, sy missed mc 22 Jan 2019. cun janin 6 weeks. and sy pun tgk sendiri janin tu keluar kat atas pad sy. doc pun kata sy early pregnancy ritu. tp nak tanya Cik Za, lepas doc sahkan Cik Za full mc, diorang ade tak ambik darah nak buat beta HCG. sbb tgk experience cik za, dah d&c kan, tapi doc x cakap pun cik za ectopic, sbb doc assume janin mmg dah completely keluar ke? sy takut je kalau terjadi mcm ni kat sy. tp doc ade suroh saye buat beta HCG dua kali,. and sekarang tgh tunggu result beta HCG untk second time tu. ape2 pun Cik za, ikhlas dari hati sy yg sama pcoser dgn cik za doakan cik za akan mengandung 9 bulan 10 hari, sampai melahirkan baby tu dengan sihat walafiat. amiinn. reply sy ye cik za :))
Lepas dr luar rahim tetap ambil beta hcg after 2 weeks sbb nak tgk pada hormon beta ada lagi ke x. Lwpastu still on appt setiap 3 bulan sekali
Saya pon kdg2 dtg sakit tmpt yg d operate belah kiri..yg d buang belah kanan..mmg mcm tu ke kpd yg alami mcm saya ? Lepastu sblum sya operate x perna senggugut..lps je bedah sya baru alami senggugut..ni kandungan yg pertama
Normal kalau ianya tengah subur.. kat tiub yang ada..
Salam Cik Za, saya pun mengalami pengalaman yg sama. Baru kahwin April tahun lps, dan bunting pelamin.. Bila scan 6minggu tak nampak kantung dan bleeding tak stop, pergi hospital check beta hcg naik tp tak normal. Rupanya ectopic pregnancy, removed tube belah kanan.. Alhamdulillah lps 10 bulan operation dan dgn 1 tube yg ada, saya diberi rezeki pregnant lg sekali.. Tp baru masuk 5minggu, kantung pun dah nampak.. Doakan journey pregnancy saya berjalan dgn lancar yer, saya masih trauma lg..
amin, jaga makan minum dan jangan lasak-lasak.
Nak kongsi juga.
1st. 2014 – dah stanby nak start keje jam 2pm, tiba2 bunyi meletup dlm perut. Dari duduk terus melepek kat meja. Tak boleh bangun. Sempat call husben. Husben dtg bawak pegi klinik panel,doc cakap gastrik saja. Dapat mc terus balik umah mak. Sampai umah mak rasa loya, cirit birit, macam nak demam. Makan ubat tak ok jugak. Husben balik keje ajak juga pergi hospital tapi tak nak. Sampai tengah malam asik duduk dlm jamban terus dia angkat bawa ke emergency. Di kecemasan masuk zon merah terus disiapkan untuk operation. Sakitnya tak boleh nak gambarkan. Sedar dah kat ICU hari ke 2. Bila dah sedar terus masuk wad biasa.
2nd. Mac 2019 – 8am checkup di Klinik Kesihatan, jumpa doc untuk scan. 1st doc scan tak nampak apa2 dlm rahim, 2nd doc scan pun sama. Tak puas hati, suruh buat UPT lagi – positif. Scan lagi tapi tak nampak apa2. Terus dapat surat rujukan ke hospital. Di kecemasan hospital doc scan pun tak nampak juga. Terus kena hantar masuk wad. Di wad, 1st doc scan x nampak, 2nd doc scan & check laluan bawah pun x nampak. 3rd doc pakar, segala nya buat pun sama hingga kene seluk baru doc tu cakap macam ada kelainan. Doc agak ectopic. Kene tunggu result darah.
Dlm menunggu result darah keluar,doc pakar cakap ada 2 option. Kalau result darah bawah 3000, cucuk ubat kimo saja tapi kene duduk wad lebih sminggu. Kalau lebih 3000 terus operate. Dalam 6pm result keluar 9779 terus option 2. Mlm kalau ada sakit2 terus masuk ot. Kalau ok esok pagi baru operation. Esoknya jam 10am masuk OT pukul 3.15pm balik wad semula. Doc tunjukkan gambar janin yang hampir pecah.
Sekarang masih dalam minggu ke2 mc.
Alhamdulillah, masih diberikan peluang bernafas.
alhamdulillah, pantang elok2 jaga makan minum, kalau tersilap kita boleh kena bentan.
Pernah melaluinya…
Mula2 miscarriage pd 4.9.2017.
2 mggu bpantang. Lepas tu saja cek upt tgk masih +ve. Even sebuln lps tu masih +ve. Pelik sgt2. Gi klinik doc suh buat beta hcg. Result mnunjukkn pregnant 2-3 weeks. Repeat beta hcg nk tgk result makin naik atau makin turun. X sempat tau result dh sakit bwh perut. Sakit sgt2. Terus rush ke hosp then lps diagnose smua doc confirmkan ectopic. Buat laparoscopy sbb belum pecah lg. Tp tetap jugak buang sebelah tiub. Tiub belah kanan yg dibuang. Tup2 januari 2019 sy mngandung balik. X sangka sgt2. Now dh 21 weeks. InsyaAllah sis pun boleh mengandung lg. Bykkan berdoa. Jaga pemakanan.
amin.. insha allah doa baik2
Hai cikza
Sy baru je 1 minggu buat laparascopic disebab kn etopic preagnancy…tanda2 sakit tu sama mcm cikza…tapi janin sy tu baru 3 mnggu masa check beta hcg…mula2 sy ingatkn kena jangkitan kencing sbb sakit masa buang air kecil…lepas buat scan then operation baru taw etopic….sakit tu sy faham rasa mcm mn tapi sy gagah kn diri p keja…sampai la sy menyerah kalah tgh night duty sy p terus jumpa Dr n terus admited…sbb kononnya sy nurse jadi sy ingat yg sakit tu sbb kencing kotor..xsangka pulak etopic… Baru je tgk recording video operation hr tu rasa sedih nak nangis tgk janin dh terbentuk.
banyak bersabar, insha allah ada rezeki lagi lepasni..
Assalamualaikum Cik…
Saya teringin nak cerita pengalaman saya dgn cik. Mohon izin utk saya hantar emel kpd cik… Terima kasih.
Boleh email saya di cikzacom@gmail.com
Nk tnya sy keguguran ank kedua kmudian disahkan kandungan berada diluar rahim, kira skrg dah selesai pembedahan, tp ada keluar sdikit melalui rahim, normal ka ? Pembedahan baru selesai dlm 2-3 hari .
Normal.. Pada saya.. Maaf lambat reply selamat berpantang ye
[…] Dah bersedia nak buat semakan? Adakah anda mempunyai tanda-tanda berikut seperti yang dinyatakan dibawah? Tetapi jangan terlalu berharap, cuma yang penting ambil langkah berjaga-jaga dari segi pengambilan makanan dan pergerakkan. Salah satunya boleh mengelakkan Kandungan Luar Rahim, dan Cikza mempunyai pengalaman seperti tu. – Pengalaman Kandungan Luar Rahim […]
Assalamualaikum cik za,kes kita sama saya baru je lepas emergency czer sebab ectopic n dah pecah Kat tiub belah kanan.bila baca kisah cik za saya rasa sedih sebab Kita sebagai ibu kan memang terasa sgt la kehilangan tu.
waalaikumsalam, yke.. lekas sembuh tau, jaga diri.. jgn down2 ya..
[…] 2018, menerusi buku 9 bulan 10 hari. Tak rugi membaca. Walau tiada rezeki zuriat lagi disebabkan Kandungan Luar Rahim Cikza tetap ambil tahu ilmu-ilmu […]
Salam cikza.. Sya bru lepas operasi ectopic pda 30 Julai lepas. Nk tnya, normal tak 34 hari slepas tu period, then rsa period pain ya Amat.. Cikza dulu slepas czer ada period jugak tak.
Maaf lambat reply, normal kalau period selepas tu
1st day n 2nd day period sakit tak cikza
segugut takde, tak sangat. sbb dlu sy amalkan d folia dan sedu arrow.. bagus sangat produk sendayu tinggi, cuma sedu arrow tiada stock sekarang..