Jika berkunjung ke Langkawi, D’Muara Chenang, pasti dah popular dikalangan penduduk Pulau Langkawi. Tapi agak asing bagi mereka yang baru berkunjung ke sini. Masa sepanjang aku berada di Langkawi. Aku dan asben tour jugak kat mana seafood yang best kat area Chenang ni. Hari pertama sampai makan area street seafood chenang, tapi not bad lah.

BACA : Kedai Makan Tengahari Murah Dan Sedap Di Restoran Kak Yan Nasi Campur Pulau Langkawi

Aku cuba search kat google terjumpa satu kedai makan ni, kalau tengok feedback memang terbaik, tempat makan menarik di Chenang, ternyata D’Muara Chenang yang mendapat komen positif dan menarik. Aku pulak jenis tertanya-tanya, betul ke sedap? sedap sangat ke? murah ke ? berbaloi ke? Jadi aku kena cuba sendiri baru puas hati.

Apa Yang Menarik Di Restoran D’Muara Chenang di Langkawi 

Restoran yang terbaik menjanjikan “Gendang Gendut Tali Kecapi, Kenyang Perut Senang Hati” Nampak cuma kedai biasa, khabarnya kedai tidaklah seperti hotel 5 star. Terletak di Jeti LKIM Chenang, satu sisi yang menarik untuk mereka yang suka menikmati permandangan sisir pantai, dan matahari terbenam serta melihat nelayan mula panaskan enjin keluar mencari rezeki. Perfect view lah kat sini.

Tiga menu utama yang menjadi tumpuan macam Ketam Kari, Sotong Goreng Tepung Dan Jenahak Segar Dibakar Dengan Perencah Aum. Kalau korang tanya pendapat aku, memang sangat berbaloi dengan harga yang murah dan rasa pun sedap yang amat. Terasa nak ulang alik je KL ke Langkawi semula.

Aku Bukan Penggemar Ikan Jenahak

Kali kedua aku hadap ikan jenahak ni, Suami aku paksa siot! aku sebenarnya bukan penggemar ikan jenahak pun. Tak reti nak makan. Bila suami aku nak kelainan, Ikan BaKar Jenahak menjadi hidangan kedua utama malam tu.

Ikan Jenahak Bakar | Restoran D’Muara Chenang di Langkawi 

Bila suapan pertama, aku rasa nak tolak nasi ketepi cuma nak ratah je, ya ampun! tak terkata dengan kesedapan tu. Manis, segar, murah, berbaloi. Itu lah spontan yang keluar dari  pemikiran aku. Berkali-kali hadap pun tak jemu nak ratah sampai habis.

Ketam Segar Masak Kari Nampak Macam Biasa Tapi Ada Kelainan 

Selalu kalau beli ketam, biasanya buat sup atau masak kari. Kalau pergi makan luar pun, biasanya order ketam masak cili atau ketam goreng biasa je. Rupanya aku tak sangka menu Ketam masak kari ni. Ingat berkuah kari santan. Rupanya lain dari yang lain. sedap pun sedap.

Ketam Masak Kari | Restoran D’Muara Chenang di Langkawi 

Tak pernah aku jumpa kedai yang menyajikan resipi istimewa berasaskan ketam segar ni tau. Ini lah kali pertama aku hadap jugak sorang menghabiskan seluruh makanan yang ada depan mata. Terpaksa cheat pantang gugur tau, sehari je. Sampai tak sedar tengah sedap ratah, rupanya habis 1 ekor setengah ketam di potong dua tau.

Sotong Goreng Tepung Segar Dan Ranggup 

Sotong Goreng Tepung mana-mana kedai kalau korang order pun, sama je. Tapi kat D’Muara Chenang ni lain dari yang lain. Dah lah sedap, segar, manis, ranggup adoii! macam-macam lagi lah. Sampaikan sos pencicah tu pun korang tak nak sentuh pun. Aku cuma cicah dengan kuah ketam kari tu. Pergh!!! berbaloi

Sotong Goreng Tepung | Restoran D’Muara Chenang di Langkawi 

Sotong sepinggan tu banyak tau, walhal aku order semuanya sorang sekor, tapi bila sampai macam 4 orang nak makan tau. terkujat kakak weyh! Memang semuanya segar bugar tau, mana taknya restoran terletak betul-betul dengan jeti nelayan. Memang fresh dari laut tau. Bukan dari pasar.

Terletak Berhampiran Jeti LKIM Chenang

Restoran D’Muara Chenang di Langkawi

Restoran ni, memang selalu menggunakan makanan laut yang segar, sebab berhampiran dengan jeti nelayan. Kebetulan aku makan kat sini, ada jugak nelayan yang baru berlabuh dekat jeti dan ada jugak yang baru nak turun ke laut. Jadi berbaloi lah apa yang aku makan haritu tau.

Bagi Mereka Yang Ingin Kesini 

Restoran D’Muara Chenang

Kompleks Mini LKIM, Jeti Pendaratan Ikan Sungai Chenang,

Mukim Kedawang, Langkawi, Kedah.

Che Rus Musa atau Shuwaibah Zulkefli 

017 460 0422 atau 012 475 2425 untuk membuat tempahan.

Dibuka setiap hari mulai jam 6 petang hingga 1 pagi

 

1,195 total views, 22 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge