Dulu Berjodoh Kerana Tayar | Kronos Flat No More, Tyre Sealant & Inflator

Tajuk tu memang gah habis kan. Aku bila tengok botol Tyre Sealant ni, teringat kisah waktu aku zaman muda-muda dulu. Semuanya gara-gara tayar tau. Pergi balik kerja setiap hari, mak aku for sure risau kalau tiba-tiba tayar pancit dekat kawasan sunyi. Lepastu takde hero yang menyelamatkan anaknya. Jadi sepanjang aku bertugas di Ampang ni. Rasanya dah 3 kali aku mengalami tayar pancit, pecah dan sebagainya semua tu terjadi waktu nak pergi kerja.

Percaya tak kalau aku cerita, kerana sebiji tayar, aku bertemu jodoh dengan suami aku tau. Korang jangan tak tau pulak. Meh baca sampai habis. Pengalaman aku dari tak pandai nak tukar tayar terus jadi superwoman tukar tayar. Ada ke perempuan nak kena secalit kotor-kotor kat tayar tu?

Dulu Aku Berjodoh Kerana Tayar

Jodoh ni, macam-macam boleh jumpa. Berbalik pada kebiasaan aku nak pergi kerja seawal 5.45 pagi ni, mula lah, kelam kabut kalau terlewat sikit, almaklum kalau lewat, masuk 6.30 je, laluan Cheras tu dah banyak kenderaan, almaklumlah waktu tu tengah sibu projek MRT, memang teruk lah jemnya tu. Bila tepat jam 6.15 pagi, sibuk lalu situ, tiba-tiba terlanggar lopak wakk! gerun kita. Pecah tau tayar kita habis spotrim bengkok. Nangis tepi tayar tau.

Petronas – Sumber Google

Pepagi mana ada orang lalu, jadi kebetulan tunggu dekat simpang masuk Petronas Cheras tu mujur ada sahabat satu opis yang lalu kat situ, menumpang kita tau. Sesampai di pejabat. 1001 perasaan risau dekat hati, takut orang pecahkan cermin kereta atau samun kereta aku kat petronas tu. Tiba-tiba….

” Nanti, ada orang yang akan tolong awak tukar tayar kete tu, kebetulan driver tu free takde tugas luar.. ” 

Tunggu punya tunggu, tiba-tiba ada yang menyapa, nurul kan. Dia kenalkan diri nama aiman, serius wakk! muka suci habis. Lepastu dalam kereta sepanjang nak menuju ke petronas tu, ya allah! pendiamnya. Tengok pada muka, macam bapak orang anak tiga. Tapi dia punya sweet tu, and badan sesedap montel gitu, memang taste aku lah. Bila dah sampai dekat Petronas Cheras tu.

Memang, awak ni tak sayang baju uniform eh! letak merata kang konyok pulak..” mulalah aku nak bebel. 

” Mane ada, penyangkut baju takde, eh! dalam kereta awak ada tak?…… 

” Sangkut jerlah kat kerusi tu. Bukan kena bayar pun.. bebel aku. 

Mulalah acara, menukar tayar, macam-macam dia mintak. Mujur pekakas semua lengkap dalam kereta, spare tyre kurang angin, waktu tu pam angin rosak wakkk! dugaan betul. Masa nak sampai di kedai tayar tu, aku macam biasalah peramah tak bertempat. Sempat tukar no telefon. Rupanya laki aku ni baru 3 bulan start keje hahaah! Aku selidik tau, dia ni single father ke, single and available ke, gigih tau tanya geng driver yang rapat dengan beliau.

Nampak tak effort aku kat situ. Tulah nak tunggu dia mulakan lambat sangat. Jadi aku pun texts dengan muka selamber ajak keluar. Dan setelah setahun lebih kenal, kami pun ikat pertunangan selama 5 bulan dan terus kahwin. Taknak tunggu lama sebab dah gatal hahahahah!

Kronos Flat No More, Tyre Sealant & Inflator Adalah Hadiah Melampau Tapi Berbaloi Dari Suami 

 

Bila tiba harijadi aku ni, kebetulan sebelum ni, kami berhabis RM400 ++ akibat terlanggar lopak lagi, sampai spotrim bengkok, adoi lah jalan KL penuh nau lopak-lopak! Lepastu spare tyre pulak takde angin. Teringat masa mula-mula kenal asben kita wakk! Disebab kan kejadian itu, Asben kita bawa balik botol Kronos Flat No More, Tyre Sealant & Inflator.

” Ambil ni, ada kawan abang bagi. Simpan dalam kereta buat penyelamat awak lepasni.. boyfriend halal awak ni selalu tugas luar ” 

Setelah diteliti botol tu, ternyata memang betul-betul penyelamat, rupanya tak perlu nak tunggu lama sam[ai berjanggut baru ada orang datang tolong kita. Dengan Kronos Flat No More, Tyre Sealant & Inflator semuanya dihujung jari. Walau tengah drive sensorang pun, kalau dulu panik bila tayar pancit, sekarang ni, aku mampu buat muka selamber sebab dah ada penyelamat. Terima kasih asben kerana menjodohkan aku dengan Kronos Flat No More, Tyre Sealant & Inflator ni.

 

Fakta Perlu Tahu Tentang KRONOS Flat No More Tyre Sealant & Inflator :-

  •  Tidak perlu tukar tayar
  • Senang untuk digunakan
  • Tampalkan lubang tayar dalam 90 saat
  • Tidak memerlukan sebarang peralatan
  • Tidak merosakkan tayar dan rim kereta
  • Formula yang mesra alam dan tidak mudah terbakar
  • Dibuat daripada 100% polimer organik
  • Jangka hayat selama 3 tahun dari tarikh pengilangan
  • Waranti 2 tahun (tarikh luput adalah 3 tahun dari tarikh ianya dikeluarkan)

Jadi korang kena simpan satu KRONOS Flat No More dalam bonet kereta untuk kegunaan kecemasan nanti. Produk ini diedarkan oleh DKS INTERNATIONAL SDN BHD untuk pasaran di Malaysia yang mempunyai isi kandungan sebanyak 650ml. Harga pengenalan yang ditawarkan adalah RM49.99 sahaja. Murahkan? Jadi korang, aku nak sarankan wajib simpan sebotol terutama kepada wanita. Kalau korang nak sebotol boleh tinggalkan detail korang untuk aku hubungi nanti. 

Untuk maklumat lanjut sila layari:

Facebook | Instagram | Whatapps | Email

+601126073633

Jangan lupa untuk “LIKE” dan “FOLLOW” media sosial KRONOS Flat No More dan istimewa pada bulan Mac ini, setiap pembeli layak untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah yang ditawarkan adalah  LATTISSIMA TOUCH NEPRESSO COFFEE MAKER yang berharga RM1699.

 

4 thoughts on “Dulu Berjodoh Kerana Tayar | Kronos Flat No More, Tyre Sealant & Inflator”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge