Harini aku dapat ilmu baru tau. Jenuh aku terfikir camne nak naikkan follower kat Instagram capok aku tu. Rupanya mudah je. Jadi korang pun boleh buat tau. Salah satu cara adalah korang boleh guna aplikasi Snapwidget. Jangan kata instagram je, facebook, twitter dan sewaktu dengannya pun boleh tau.

Permulaan nak pasang, sangat mudah. Tak perlu lah nak kena bukak coding-coding bagai, dengan copy paste je. code yang ada tu kat tempat yang korang nak pun dah boleh tau. Terpampang Instagram korang nanti. Pelbagai widget yang korang boleh pilih untuk letak kat blog korang nanti.

Aku dapat ilmu ni sumber dari Blog Hasrul Hassan , rupanya dah lama aplikasi ni, yang ramai blogger tidak tahu lagi. Tapi untuk pengetahuan korang ianya sangat memudahkan, kenapa aku cakap camtu? Bila pembaca terjah blog korang, mesti dorang akan scroll sampai bawah dan suka tengok gambar-gambar jadi secara tak langsung dorang boleh klik Follow kat Ig korang, jika belum menjadi Follower tetap korang.

Disebabkan intagram aku pun sangatlah sendu, jadi aku cari alternatif lain dan terjumpa artikel ni, sememangnya bagus untuk dikongsi. Caranya mudah sahaja.

  • Anda perlu pergi ke laman web berikut – https://snapwidget.com/signup
  • Login atau daftar percuma menggunakan email atau boleh terus menggunakan akaun Facebook anda.
  • Kemudian, anda boleh pilih mana-mana widget yang tersedia di situ.

Lepas dah pilih, tu korang boleh copy paste code widget yang ada tu then letakkan di mana-mana tempat widget yang korang suka. Sama ada kat side bar ke. atau tempat yang bersesuaian. Macam aku letak kat side bar mudah orang nak nampak.

 

Nampak tak ? comel letak kat sidebar kan. Mudah kalau korang nak nampak. Tapi kalau tak nampak jugak tak taulah kan. Tapi kalau korang sabar menanti lelama nanti  jumlah pengikut atau followers di laman sosial seperti Instagram akan meningkat, betul serius, tak tipu tau. Yang paling penting, korang tidak perlukan apa-apa modal nak beli likes atau follower .. semuanya percuma.

780 total views, 5 views today

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge